Khamis, 31 Mac 2011

Mengupas naluri lelaki..

Sebaik shj mdirikan rmhtangga dgn seorg lelaki, ini bmakna kita telah memasuki satu dunia baru. Wpun kita telah mengenali dan mnyayangi pasangan tetapi lebih banyak yg kita tidak mengetahui tentang dirinya. Namun andainya kita dpt mengupas naluri dan cita rasa pasangan terutama suami, sudah tentu kita akan mengecapi kemanisan syurga dunia.

Seorg lelaki, wpun pd luarannya nampak 'simple' tetapi pd hakikatnya, dia adalah sorg insan yg sederhana dan sungguh sensitif serta ada kalanya mempunyai ego yg sangat tinggi. Tetapi apabila kita bijak membelai dan manabur pujian yg ikhlas secara berterusan, tentu sekali jasa baik yg dicurahkan akan dibalas. Cara utk kita menjaganya adalah dr segi fizikal dan emosional.

keh...keh..keh...nampak skema lak...keterangan lanjut, u all boleh ler pegi ker http://www.karangkraf.com/keluarga

laaaaa!!! laman webnya tgh kemaskini, so beli ajelah majalah Keluarga bulan April 2011 nie..gambar Eja dgn anaknya yg comel tu, rege RM6.50 kupang aje...(jadi tukang promosi lak teman niee...)

Hilang di mana...

"pegi tunggu danial, abg tak jumpa dia", begitulah ayat dr sms yang teman dpt tghari tadi. Teman tel MDZ, "saya dah kat rumah nie, tunggu ke kejap, sat lagi ada ler tu"....MDZ jawab "abg ada meeting 2.30 ptg nie" dan terus offline. Ehhhh!!! geram betul ler, ke mana lak angah nie pegi, ke padang ke tengahari buta nie...selalunya dia tunggu di kantin sama2 dgn Klong.

Teman tanpa lengah terus pecut sampai sek, melilau2 cari kat kantin...ramai lagi bebudak lepak2 kat situ, susah ler nak cari nie, kena tgk muka sorang2 almaklum ler semua pakai baju sekolah. Kat kantin tak de pegi lak kat tepi laluan keluar-masuk tu...cari2 lagi, pun tak de...mana ler angah nie, tup2...

terpandang ler angah kat kerusi simen bawah pokok buluh tepi laluan tu...kesian dia, muka tunduk sedih dan ada ayor mata meleleh sampai ke pipi dia (heheheee... tahu gak takut ayah tak ambik dia. ) tanya dia, angah pegi mana tadi, dia diam aje...tu ler angah, lain kali main jgn jauh2 sgt...

sapa tak sayang anak yek!!!...