Ahad, 29 Jun 2014

Tempat Jatuh lagikan Dikenang..






Assalamualaikum..


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat yg mencorakkan kehidupan kita...segala peristiwa manis, masam dan pahit bergabung bersama menjadikan ia suatu kenangan yg mengasyikkan..

Begitulah perasaan suka dan duka rasa hati saya ini pada kawasan tempat kami membesar dahulu di tanah rancangan, terlalu byk kenangan manis dan tidak kurangnya saat2 sedih sepanjang kami menetap di sana dahulu..


Semuanya terpaksa diharungi demi erti sebuah kehidupan, biasalah kan..di mana2 shj pasti ada dugaan dan cabaran sekalipun kita ditakdirkan menetap di hujung dunia...


 
 
Saya ini tidak suka menyimpan perasaan sedih2, cukuplah sekadar kenangan itu menjadi peringatan selagi mana kita bernafas di dunia ini...
 
insyaallah, suatu yg baik itu dijadikan tauladan manakala yg tidak elok dan cela itu pula menjadi sempadan serta tidak diulangi lagi di masa2 akan dtg..


Selalu juga Pak Aji Mat dan Wan Timah ulang2 balik cerita suka dan duka kami, saat2 sedih dan drama2 'lawak' yg kami buat dulu..teringat balik kisah Nyah Rahman memasukkan serbuk pencuci dlm telaga..emmm..dulu kami mandi air telaga yg dikongsi sesama jiran2 sekeliling..

Bila air telaga kering, segala urusan mandi dan membasuh kain berpindah ke parit pula..budak2 mandi berkubang lagi sambil menyauk anak2 ikan..
tak pun kami jadi pelombong, menyaring pasir dlm besen jarang mencari duit siling yg tercicir dari poket seluar yg dibasuh....masa tu selalu nampak lintah besar2 dlm parit tu...tak tahu pula rasa takut masa itu,  hanya rasa seronok bermain dan meredah parit tu hari2..

 
Rumah kami 2 tingkat..selalu ler kami adik-beradik bermain lompat2 dr tingkat atas ke bawah tanpa rasa bersalah apa2...nasib baik lah tak de sapa2 yg patah kaki masa tu..agaknya itu latihan kami, tu yg jadi atlit memsg..kehkehkehh..
 
Ini belum lagi cerita kepala Adik Adham kena cangkul dgn Abang Halim dek kerana sungguh2 mencari cacing utk buat umpan memancing...emmm..kelam-kabut betul masa tu!!..masa tu pulak Pak Aji Mat dan Wan Timah sedang menunaikan haji di Tanah Suci..Saya yg paling tua berpaksalah arah2 kan diaorg pergi ke klinik kat atas bukit tu...

 
Sampai sana, org klinik kata tak sanggup nak buat, suruh Nyah bawak Adik Adham pergi ke Sungkai..sampai Sungkai pun diaorg tak sanggup jugak nak buat, katanya ini luka dlm..

suruh plak Nyah pergi Hospital Tapah..kat sini, barulah org hospital jahit kulit kepala Adik yg terkopak tu, ngeriii....

 
Nasib baiklah Adik tu panjang umur sampai ke besar nie, kesan jahitan tu masih kekal hingga sekarang di kepalanya...

eemmmm...mcm2lah perangai budak2 nie kan, sabar bebyk lah..









ni sekolah rendah saya dulu..


Saya mula masuk sini dlm pertengahan darjah 5 kerana waktu itu baru sekolah ini siap...
perasmiannya disempurnakan oleh Datuk Anwar Ibrahim (1986-1990) selaku Menteri Pelajaran..
sebelum itu sekolah kami menumpang di rumah peneroka...






Sepanjang hampir 14 tahun kami berpindah ke kg ini, ada juga sekali-sekala saya akan melencung masuk ke tanah rancangan itu...saje2 mengimbau kenangan lalu..
cerita kpd suami dan anak2 tentang lorong2 yg saya pernah berjalan dulu, tgk2 balik keadaan rumah yg sekarang nie nampaknya sudah semakin usang...

makan2 buah rambutan kat depan rumah tu, tak pun mengambil buah cempedak jika kena dgn musimnya...
dan ada juga saya terjumpa dan bersembang dgn jiran sebelah kanan rumah saya nie iaitu Makcik Zizah, dia nie peramah orgnya sejak dulu lagi..







Semlm, hari Sabtu..dgn ajakan suami maka sampailah juga saya sekali lagi ke tanah rancangan itu..saya bersetuju dgn hajat utk menyempurnakan penyerahan fidyah saya kepada Makcik Bas, jiran sebelah kiri rmh kami..Makcik Bas ini duduk di rumahnya itu bersama anak lelaki sulungnya, Nan dan isteri...

Sampai sana, kami terus memetik buah rambutan yg sedang ranum di hadapan rumah...seronok kami memakannya kerana rasanya yg lazat dan manis..
setahu saya rambutan itu hidup sendiri di situ...mungkin dulu bijinya dihanyutkan air semasa hujan lebat..



Selepas itu saya melawat ke persekitaran rumah...
kawasan belakang telah penuh ditanam dgn ubi kayu dan lain2 tumbuhan oleh jiran belakang rumah..kebanyakan pokok2 yg besar2 dulu (nangka, cempedak, belimbing, durian dan mangga) sudah ditebang dan diracun oleh Pak Aji Mat, tak pun oleh Nan...kasi kawasan bersih katanya..

Selepas itu saya terus ke rumah Makcik Bas..rasa terharu sgt kerana katanya dgr suara saya shj dia tahu itu Nani yg dtg...saya menyampaikan ucapan tahziah saya atas kehilangan anak perempuannya, Ilah pada bulan Feb lalu..ceritanya saya ada tulis di SINI...

Sedihnya saya mendengar  cerita Makcik Bas ini..katanya dia sangka dia yg dulu pergi mengadap Ilahi kerana sebelum itu dia yg selalu berulang-alik ke hospital tapi, itulah kematian tidak mengira usia..sampai masanya maka pulanglah insan itu kpd PenciptaNya semula..

Agak lama juga saya bersembang2 dgn Makcik Bas ini, dlm setengah jam gitu...Setelah itu saya mohon mengundur diri utk bersembahyang Zohor di masjid..rupa2 Makcik Zizah dan suaminya Pakcik Badul juga telah lama bersembang dgn suami saya sejak saya pergi ke rumah Makcik Bas tadi...Makcik Zizah memberi sebekas tempoyak dan duit kelapa utk disampaikan kpd Wan Timah...

Pokok kelapa kami masih banyak mengeluarkan buahnya, besar2 pula itu...selalu juga jiran2 mengambilnya utk jualan nasi lemak dan utk buat kenduri..selalunya Wan Timah niat sedekah shj tanpa ambik duit2 ni...

Selesai sembang, kami terus ke masjid utk sembahyang Zohor...selepas itu kami terus keluar dr tanah rancangan dan cadangnya nak balik ke kg utk menyampaikan kiriman Makcik Zizah tadi..



dlm perjalananan balik jumpa lori ni...
..sahdunya bila ingat2kan waktu dulu2 menolak buah kelapa sawit dlm kereta sorong...huhhh!!, penatnya Tuhan shj yg tahu..




Kami terus ke Teluk Intan, singgah sekejap kat Gulam Rasul utk makan..




paling yg dicari adalah ayam goreng berempah...umppph!!


tekun sungguh dia makan..



2 org nie sampai terpejam2 mata...sedap sgt ke tu??
Husna nak makan pinggan sendiri..tertukar plak dgn pinggan mama dia...


dia makan 2 jenis nasi, nasi putih separuh dan nasi beriyani separuh..
katanya dia lebih suka nasi yg warna oren tu!!
 

 ini menu terbaru, cendol...dlmnya ada kacang merah, cincau besar dan jagung..
simple tapi sedappp!!



cepat shj sudah tinggal separuh..


nak buat majlis besar2-an pun boleh, 
pihak Gulam Rasul ada menyediakan perkhidmatan katering..
sapa2 yg berhajat bolehlah hubungi no. tel. tu yer..


***************





Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kwn2 blog semua...
semoga Ramadhan kali ini memberi kebaikan, keberkatan dan kerahmatan buat kita semua..aminn..


p/s: Saya mohon maaf banyak2 lah yer, kat sini saya tunjuk pulak gambar2 makanan..
tapi ini catatan perjalanan saya semlm, iaitu sehari sebelum 1 Ramadhan...semlm pun org ramai makan kat Gulam Rasul tu, mungkin ramai yg balik kg utk sama2 bersahur dgn ayah, ibu dan sanak-saudara masing-masing...





Ok, jumpa lagi..

Segmen | Bloglist Irrayyan.com #1 Julai/Ramadhan 1435H





Assalamualaikum...


                                              Salam perkenalan semua ...




Klik Banner untuk Join



Tempoh berada dalam Blog List adalah dari 1 Julai -31 Julai.

 
 Tempoh penyertaan sehingga 30 Jun 11:59 pm. 

Jom sertai bloglist irrayyan.com!
Rapatkan ukhuwah antara kita.
Selamat menyambut Ramadhan.
Selamat berpuasa.
Selamat berblogwalking yer kawan-kawan...Dari Mommy Irra.

 
 
Ok, jumpa lagi...