Khamis, 7 April 2016

The Kabin 2



Assalamualaikum...

Mari saya sambung lagi catatan ke The Kabin tempohari. Hanya gambar2 shj utk tatapan semua. Untuk keterangan lanjut tempat ini, nanti korang bolehlah tgk2 di SINI yer... 


Tuhari saya sudah tunjukkan gambar persekitaran The Kabin ini, so hari ini kita terus masuk ke dalam kabin pula ye..





 
 kerusi rehat disediakan di antara 2 kabin







masuk ke dalam kabin terus Husna menjerit, mama..mama, ada 'hular'...
ni bukan ular Una, tuala ni mereka bentuk jadi angsa..ooohh..



 
4 katil single, agak sempit lah ruangan di dalam ni dan panas...
nasib baiklah ada icon sebagai penyelamat...
 
Husna dah cop dulu, tu katanya katil dia...
Bila tidur mlm cari mama jugak...
terpaksa lah bersempit2 sekatil dgn dia..
huhuuu, rasa sesak nafas dan kejung badan saya..
 

 
bilik air bersih dan selesa..
air pancuran pun kuat dan laju, best mandi
 
 


 
 
 
 

 
sorry yer, no smoking inside the room..

outside ok ler tapi kang sakit paru2 korang tanggung ler sendri..
 
 
 
 
 
 

ni gambar gantung di dinding kabin...
dah mcm betul pula bila terpancar terang lampu tu..
 
 

 
 
 
ok, itu sahaja utk kali ni..
 
 
 
 
Balik tu kami singgah di Cendol Bakar Kuala Selangor yg terkenal tu...
makan nasi ayam dengan cendol..
macam2 makanan ada dijual di situ..
semuanya nampak sedap2 belaka, nanti korang cubalah yer...
 
 
 

 

Jumaat, 5 Februari 2016

10 Makanan Membantu Melindungi Daripada Kanser Payudara




 10 Makanan Membantu Melindungi Daripada Kanser Payudara



1. Makan organik.
 
Pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran yang anda makan adalah organik.Ia juga lebih baik untuk makan daging organik, ayam dan telur kerana ini tidak diberi dadah melainkan benar-benar diperlukan
 

2. Sayuran/Buahan Hijau
 
Sayuran/buahan hijau penting untuk pencegahan kanser payudara adalah pelbagai yang cruciferous - termasuk kubis, brokoli, kembang kol dan kale. Untuk meningkatkan pengambilan anda, tambah kubis dan sayur-sayuran cruciferous lain untuk sup dan stews.
 
3. Minum teh hijau

Satu kajian ke atas 74,000 wanita Cina didapati kerap minum teh hijau boleh melambatkan serangan kanser payudara. Teh ini mengandungi catechin, yang membantu menyahtoksik bahan-bahan penyebab kanser.
 
4. Masak dengan kunyit

Kunyit adalah kuasa bahan kimia anti-kanser. Ia mengandungi lebih daripada 24 bahan kimia anti-radang dan membantu hati menyahtoksik bahan kimia berbahaya.' Digunakan dalam masakan Asia untuk beribu-ribu tahun, rempah adalah salah satu daripada bahan-bahan anti-radang yang paling kuat ditemui.
 
5. Tukar ke ikan berminyak

Omega-3 lemak yang terdapat dalam ikan air sejuk, mengandungi dua jenis lemak, DHA dan EPA. Kajian klinikal menunjukkan bahawa DHA dalam minyak ikan boleh membantu mencegah sel-sel kanser payudara . Tambahkan salmon segar salad dan sandwic anda, atau cuba ikan cincang dan sayur-sayuran pada pizza anda.
 
 
6. Buat pelangi

Ia adalah pigmen dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang memegang tahap tertinggi antioksidan. Setiap warna berkaitan dengan kimia tumbuhan yang lain yang boleh menahan atau mengelakkan kanser dalam pelbagai cara. Beralih kepada Terung ungu untuk antosianin kanser melindungi; melihat kepada buah-buahan berwarna kuning dan sayur-sayuran untuk lutein dan zeaxanthin.
 
7. Kerap gunakan cendawan

Cendawan mengandungi beratus-ratus bahan kimia yang menyokong sistem imun dan membantu menghalang kanser. Kajian tabung uji menunjukkan beberapa jenis cendawan yang boleh menghalang sel-sel kanser daripada berkembang. Cendawan putih biasa membantu hormon lelaki berhenti di badan wanita ditukar kepada estrogen. Dan berita baik ialah, anda tidak perlu makan kuantiti yang luas cendawan untuk mendapatkan kesan anti-kanser - hanya 100 g.
 
 8. Makan mentah

Adalah penting untuk memasukkan makanan mentah dalam diet anda kerana ia mengandungi enzim yang bermanfaat yang menjaga tubuh anda dalam keadaan teratas. Bahan-bahan mentah juga boleh menawarkan lebih banyak nutrien yang biasanya dimusnahkan oleh memasak. Walau bagaimanapun, sesetengah orang mendapati sukar untuk mencerna makanan mentah dan sayur-sayuran tertentu, seperti lobak merah, menghasilkan lebih banyak nutrien apabila dimasak. 'Idea terbaik adalah untuk makan campuran makanan mentah dan yang telah dimasak dan mengunyah semua makanan mentah dengan baik
 
9. Makan kacang 

Kacang mengandungi selenium mineral antioksidan yang kuat, yang meningkatkan tahap detoxifiying enzim hati glutathione peroxidase. Tahap yang rendah selenium dalam diet dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi hampir semua jenis kanser, termasuk kanser payudara. Dengan mengambil 200 mcg selenium sehari telah dikaitkan dengan 50 per peratus risiko lebih rendah untuk kanser payudara.
 
10. Ambil probiotik

Flora usus yang sihat adalah berguna untuk pencegahan kanser kerana 'bakteria baik' mengawal selia hormon, terutamanya estrogen. Dalam satu kajian, strain probiotik lactobacillus acidophilus dan Bifidobacterium infantis menghalang pertumbuhan sel-sel kanser dengan 85 peratus selepas sembilan hari. Kajian epidemiologi juga telah mendapati bahawa wanita yang mengambil probiotik mempunyai risiko yang lebih rendah daripada kanser payudara. Anda boleh mendapatkan ini bakteria dalam makanan diperam seperti yogurt dan sayur-sayuran yang ditapai seperti kubis. Anda juga boleh mengambil makanan tambahan probiotik, yang mengandungi berbilion mikroorganisma.
 
 

Kata Kata Hikmah 1

 
 
 
 
Assalamualaikum..
 
 
 
Kata Kata Hikmah's photo.

 
 
 
 
 
 

 
Jeti Pengkalan Nelayan
Kg. Teluk, Port Dickson
Negeri Sembilan
 
Date Taken: 7 Jun 2015  7.01pm



 

Khamis, 4 Februari 2016

The Kabin 1




Assalamualaikum..


Ni cerita dah lama, tapi baru sekarang nak berkongsi dgn rakan2 sekalian. Pada cuti sek lepas, kami geng2 Melaka sepakat utk membuat Family Day di The Kabin, Jeram.
Cik Jang selaku Pengarah Urusan melakukan segala2 demi memastikan Family Day Keluarga Hj Lutpi & Hjh. Hindon berjalan lancar. Kiranya juga ini Family Day kami yg ke-2 selepas buat di Janda Baik pada tahun 2014.

Tujuan utamanya diadakan Family Day adalah utk merapatkan lagi ikatan persaudaraan kami sekeluarga disamping menjalinkan hubungan kemesraan antara anak buah yg semakin bertambah. Sekarang ni cucu Hj Lutpi & Hjh. Hindon sudah 13 org. Kut-kut tahun depan bertambah lagi, Allah shj yg tahu kan..






Jika kawan2 inginkan maklumat lengkap tentang The Kabin ini, boleh ke SINI yer..

Bagi saya secara peribadi, tempat ni sesuai utk backpackers yg remaja2 gitu. Jika yg golongan senior remaja pun sesuai juga untuk relax dan lepak2 sambil minum kopi.

Semasa kami sampai itu ada serombongan abang2 motor besar sedang berehat di situ...memang cool ajer lagak diaorg, gelak2 sambil sembang2..
Walaupun begitu ramai juga yg bawak anak2 sempena cuti sek tuhari utk sama2 berehat bersama keluarga tersayang..










 
 




Nanti saya sambung lagi yer..Insya Allah..
 





 

Khamis, 21 Januari 2016

Ulang Tahun Perkahwinan







Assalamualaikum...


Saya ini sudah lama sgt tidak menulis di blog. Alasan biasa tiada masa terluang. Bila sudah masuk semester baru makanya berlakulah perkara baru. Seperti biasa (emmm..) saya akan dapat subjek baru lagi semester ini. Kiranya setiap semester on off dengan dua subjek ni..so sebagai seorang kakitangan yg baik (maafkan saya jika saya terperasan yer), saya terima aje lah subjek baru tu dgn akur.

Kadang-kala kita ini janganlah emosi sgtkan, bukan susah sgt pun subjek tu..selalunya itulah kata2 hikmah saya dgn pelajar2 ni..tambah saya lagi, pejam mata pun boleh buatkan...yg penting kena selalu buat latihan, yg susah akan jadi mudah, bila mudah pasti terasa senang kan..

Cerita keluarga pula, biasa-biasa shj. Husna masuk tadika umur 5 tahun. Dua minggu pertama ke tadika kemain ceria, kejut bangun tidur sekali aje panggil terus bangun.
Terus bukak baju dan mandi dgn senyum2. Bersemangat!!...

Masuk minggu ke-3 ni, hari Isnin dah bagi alasan sakit perut. Kejut berkali2 tak bangun2 jugak. Sampai saya angkat dia masuk bilik air pun mata masih tertutup rapat. Dlm perjalanan ke tadika tu selalu buat muka sekupang..:(

Hari Selasa bagi alasan sakit tekak pulak, siap batuk2 lagi sampai muntah2 dlm kereta. Sebelum sampai tadika dia ckp nak bawak sosej goreng..mak tuan oiii, mana le mama nak cari sosej goreng pagi2 ni Una...kesian mama dia ni, ikut jln jauh sikit nak tgk kat kedai kuih2 tepi jln tu kut2 ada org jual sosej...

Demi untuk melihat anak ceria ke tadika saya ikutkan shj katanya...sampai situ tak memandang le jawabnya. Org perak kata tak memandang tu maksudnya tiada ok)..

Dah tak de sosej, dia tukar lak nak roti canai..pecut pulak ke satu lagi kedai ni cari roti canai lak...emm, nasib baik ada, lega ler hati mamanya ini..minta tolong jugak abang tu carik2 kan roti canai dia supaya senang nanti Husna nak makan..masuk dlm bekal simpan dlm beg..

Sampai tadika, bila masuk buat muka takut2...tak tahu ler apa kena dgn Husna tu, terlebih manja sgt agaknya..hari Khamis dan Jumaat tu dia demam, mungkin belum sembuh sepenuhnya kut..

Semalam (Rabu) bagi alasan sakit perut plak..mcm2 le alasan dia tu...

Pagi tadi buat perangai lagi, kat dlm kereta muntah sampai habis kena tudung, t-shirt dan seluar pj..balik ke rumah semula utk tukar baju lain...dia kata tak nak pergi tadika, nak ikut mama ke ofis...saya hantar juga dia ke tadika, sampai sana muka sudah pucat, tangan sejuk mcm air batu...dia tarik tgn saya sampai masuk dlm kelas dia kat tingkat atas taska....

Bila cikgu ambik, dia mula meraung kuat2...
Hati kita sbg emak ni sensitive betul, bila anak jerit2 mcm kena sembelih mula ler hati tak keruan dan air mata lak berlinang...

Dlm hati saya selalu berdoa semoga anak kesayangan saya ini selesa belajar di tadika dan gembira belajar di sana...

"YA ALLAH, tenangkan jiwa hambaMu yg lemah ini.., berilah kekuatan untukku menghadapi dugaan ni, perkenanlah harapanku ini...amin"


Hari ini juga ulang tahun perkahwinan kami, suami isteri yg ke -15 tahun. Untuk meraikannya maka malam tadi kami makan Shell Out atas daun pisang di Restoran Nur Kasturi, sebelah Butik Ratu, tepi 7E, lokasi Greentown. Saya ni dah malas nak bergambar2 ni, lagi pun kamera dah rosak masuk air, terterjun dlm kolam renang tuhari...kamera hp pun dah rosak, pun sama2 kami masuk kolam renang..dah sampai masa nak rosak, pasti ada sebab munasabab kan, kena terima dgn redha..


So gambar ni dari Perak Today yer..lebih kurang sama cam 'Shell Out' kat restoran tu..



PERAKTODAY3 (18)
 
Ada ketam, udang, sotong, lala, sayur2 dan nasi putih..free 1 botol air kosong dan free nasi putih...ada kelainan sikit di sini, ada tambahan kerang rebus...emmm, sedap dan segar rasanya..

Saya dah mkn Shell Out ni di Mydin dan Restoran Pak Tam, tapi ini yg palingggggg ok...kerang-kerangannya panas iaitu baru dimasak dan terus dihantar kepada pelanggan dan nasi putihnya pun panas...nanti sapa2 yg dtg area Ipoh atau duduk sini, saya cadangkan dtg ler ke Restoran Kasturi ni untuk makan Shell Out..betul2 best, saya tak tipu okey...:)


Ok, kami berdoalah semoga ikatan perkahwinan kami ini sentiasa diberkati oleh ALLAH dan jadilah keluarga kami bahagia, ceria dan aman sentosa selalu..



Ok, itu shj utk kali ini, jumpa lagi..itu pun jika ada kelapangan masa dan waktu yer..:)