Assalamualaikum...
Tetiba pagi nie saya rasa sayu...dipanjatkan setinggi2 kesyukuran, Alhamdulillah...masih bernafas lagi dan masih dipanjangkan umur...
...boleh bangun pagi, sembahyang subuh dan seterika baju suami dan anak2...
Juga Alhamdulillah kerna saya juga selamat sampai ofis...walaupun jaraknya tak ler jauh mana sgt, anggaran 10 minit dah sampai tetapi jika Allah telah menetapkan sesuatu kejadian itu terjadi, maka terjadilah ia...
Cuba lah kalian dgr radio lak, setiap pagi mesti ada kemalangan sana sini..melibatkan semua jenis kenderaan...kereta la, motosikal lah, lori lah...org yg terlibat tu plak samada cedera ringan, cedera parah or meninggal...
Baca pula Berita Harian sebentar tadi,...tak sangka pula Karpal Singh dan pembantunya meninggal dunia dalam kemalangan di Gua Tempurung, kira-kira jam 1 pagi tadi...semoga ahli keluarga beliau tabah menghadapi semua ini...
Rasanya bersediakah kita utk menghadapi mati itu, mati pasti akan berlaku, masanya kita tak tahu.....rasa takut, tiada persediaan..dan terasa banyak dosa...
"Ya Allah, ampunilah segala dosa2 ku yg lalu...perkenankanlah doa hambamu ini, Ya Allah..."
***********
Makanya di sini saya kongsikan bersama kalian doa/istighfar meminta ampun dan taubat dari Allah. Mulanya saya dapat dr blog lizarazak nie....kemudiannya saya ke blog Doa Harian pula...
( bagus betul blog ini, terdapat pelbagai doa di sana...)
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
" Demi Allah, sesungguhnya aku meminta ampun dan bertaubat kepadaNya setiap hari lebih dari 70 kali.
Sabdanya yang bermaksud:
" Wahai manusia, Bertaubatlah kamu kepada Allah! Sesungguhnya Aku bertaubat kepadaNya setiap hari 100 kali.
Sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang membaca:
Maksudya:
" Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya.
nescaya Allah ampunkan dosanya sekalipun dia telah lari dari medan peperangan "
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
" Waktu yang paling hampir antara Tuhan dengan hambanya ialah pada akhir malam. Kalau kamu mampu untuk berzikir kepada Allah pada waktu itu hendaklah kamu lakukan.
Sabdanya yang bermaksud:
" Keadaan yang paling hampir antara seorang hamba dengan Tuhannya ialah sewaktu dia sujud. Maka perbanyakkan doa pada waktu itu.
Sabdanya yang bermaksud:
" Sesungguhnya hatiku lupa (tidak ingat kepada Allah) dan sesungguhnya aku meminta ampun daripada Allah setiap hari 100 kali.
***********
Ok, kita sambung cerita lagi...tuhari kami balik ke Melaka, ayah saudara suami buat majlis kenduri kahwin...kami balik Melaka hari Sabtu dan balik semula ke Ipoh hari Ahad...rasa penatlah jugak, tapi gembira dapat berjumpa dgn saudara mara sebelah sana...
bila lagi nak kumpul ramai2 cam gitu klu tak waktu hari raya atau bila ada majlis kenduri-kendara nie.. jodoh adik sepupu kami tu org Kelantan...tup2 tu pulak, pengantin perempuan tu adik iparnya kawan kami masa belajar dulu2...
kiranya dah dekat 15 tahun kami berpisah, zup2 jumpa kat Melaka..ohh! M'sia ini kecil rupanya..
Waktu balik Ipoh tu kami ikut jln tepian laut, ikut Tg Keling, Tangga Batu, Tg. Bidara, Kuala Sg. Baru, Kuala Linggi dan terus pergi Port Dickson...dr situ masuk balik lebuhraya dan terus ke Ipoh....korang besarkan sikit peta tu nak bagi jelas ok...
terima kasih En. Azman yer, tumpang peta sama...
Apa hal kami berpusing2 keliling dunia nie....
nie haaaa, ada sorang tuuu...teringin sgt nak tgk tempat nieeeee....
Apa pendapat korang, best ker....rasa damai dan tenang ajer kann...
tempat tu namanya Desa Balqis Resort...
Korang jln2 lah kat sini, sini dan sini....dan terima kasih yer izyan shamba, kakchik@ela dan caq...
Ok, jumpa lagi..