Assalamualaikum...
Mari sini, duduk rapat2 sikit yer..
Hari ini saya nak berkongsi resepi Makaroni Bakar dgn kawan2 sekalian..saya sudah hafal resepi nie sebab dah selalu sgt buat..anak2 saya menggemarinya...sedap dimakan semasa panas2, tidak kira waktu pagi, waktu minum petang or makan malam..
Cara membuatnya tidaklah terlalu susah sgt tetapi tidak juga sesenang seperti menggoreng telur mata kerbau...emmm..kena 3 kali masak, rebus, tumis dan bakar..
barulah dapat sebekas Makaroni Bakar yg lazat..
mungkin kekawan buat lagi sedap agaknya...
emmm...nanti cubalah yer..
Mengadun Makaroni Bakar ini memakan masa juga, paling kurang 45 minit baru siap..klu nak makan segera pun boleh jugak, kita rebuskan dulu makaroni siap2 dan prepare bahan2 tumisan lebih awal. Sampai masa nak buat, hanya terjunkan makaroni rebus tu dlm bahan tumisan dan bakar..
Sebenarnya byk resepi Makaroni Bakar nie di ruang alam maya itu, hanya taipkan shj resepi Makaroni Bakar, maka terkeluarlah segala mcm resepi yg berkaitan, kwn2 ambik lah yg mana satu kwn2 suka...
emmm..tiada paksaan dalam penyediaan masakan yek..hihii...
Di sini, harga jualan utk sebekas Makaroni Bakar ini RM25.00...
dr bayar harga mahal2 tu rasanya lagi baik kita buat sendiri, baru puas hati dan puas menikmatinya...
RESEPI MAKARONI BAKAR
**500 g macaroni kering (bahagi 3 bahagian)/jika 400 g macaroni kering (bahagi 2 bahagian)
1 peket daging/ayam kisar Ramly (bahagi 3 bahagian )
7 biji telur
(3 biji blender sekali dan masukkan semasa menumis makaroni)
(4 biji lagi blender sekali dan masukkan ke dlm makaroni sebelum dibakar)
2 biji bawang besar didadu*
2 ulas bawang putih didadu*
sedikit halia didadu*
2 sudu besar rempah kari daging/ayam/terpulang kpd selera msg2
sedikit cili kisar/serbuk cili
2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
(boleh juga gunakan serbuk ketumbar/jintan manis/jintan putih)
garam/gula secukup rasa
garam/gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Untuk hiasan
Cili sos, daun bawang, daun sup dan bawang goreng
Cara Membuatnya:
1. Makaroni direbus lembut dan ditoskan.
2. Panaskan ketuhar, setkan 180/190 darjah Celsius dengan api atas bawah.
3. Blender 3 biji telur dan ketepikan.
bahan2 ini saya buat utk 2 bahagian..
semua potong dadu..
lembutkan daging/ayam kisar..
4. Tumis bahan yang bertanda*.
5. Masukkan serbuk kari daging/ayam dan cili kisar sampai harum. Masukkan daging/ayam kisar dan serbuk kulit kayu manis. Boleh juga masukkan buah tomato yg telah didadu.
6. Masukkan makaroni, garam dan gula. Kacau hingga rata.
7. Tuangkan aduan telur (3 biji blender sekali) ke dalam makaroni. Kacau2 hingga sebati dan telur akan bersalut dgn makaroni. Pastikan makaroni lembab2 dan jgn terlalu kering.
8. Lengserkan marjerin dalam bekas yang tahan panas/sesuai untuk dimasukkan ke dlm ketuhar-saya gunakan bekas kaca Pyrex.
9. Masukkan makaroni ini dalam bekas dan tekan2 sedikit makaroni itu dengan sudu/senduk sehingga aduan sekata tingginya.
10. Tuangkan aduan telur (4 biji blender sekali) ke atas makaroni tadi.
11. Bolehlah dibakar di dalam ketuhar selama 30 minit/sehinga telur masak.
(sebelum bakar, boleh juga letakkan cheese atas aduan makaroni ini)
12. Setelah masak, keluarkan makaroni dari ketuhar.
13. Sapukan cili sos atas makaroni tadi. Taburkan juga daun bawang, daun sup dan bawang goreng di atas cili sos tadi. Boleh juga juraikan dengan majonis.
14. Potonglah makaroni tadi mengikut saiz yang digemari dan hidangkan.
Layannnn....
Ok, jumpa lagi.
sedappp..masa sy mula2 pregnant sy xngidam apa2 lagi..suami sy yg ngidam dulu..dia ngidam nak makan macaroni bakar ni la..jenuh layan tekak laki ngidam..hehe
BalasPadamsedapnyaaaa ;D buatlah dgn resepi apa pun tetap sedap kalau macaroni bakar ni.. letak cheeeeeese banyak banyakk oooo sedapnya kak oooi.
BalasPadamsaya pun tengok nie kemain teringin nak buat..tp banyak step jugak tuh..berjayakah sy buat ngan anak dara kecik dikaki nie...heheh
BalasPadamtakper bila semangat ade jer sy terus cek blognie.:)
mula2 dulu memanglah tak berapa nak menjadi sgt..tapi bila kita buat byk kali insyaallah akan jadi rasa seperti yg kita kehendaki..serbuk2 tu pun terpulang pd selera msg2..klu saya, tak payah letak serbuk kari pun tak per...letak serbuk ketumbar/jintan manis pun dah ok...
BalasPadamakak buatpun tak berapa nak menjadi... buat kedua jadi bolehler tapi anak2 dan suami tak berapa gemar jadi tak der nak buat selalu2kan.. kitani kalau der orang makan rasa cam tak berbaloikan nak masaknyer...
BalasPadamterima kasih mai blog akak dan terima kasih atas ucapan takziah...
Perghh..kecur air liur ana ni k.nani. Senang je masak dia.
BalasPadamSedapnya
BalasPadamCedapnya
BalasPadam