Assalamualaikum..
Ini sepatutnya semlm saya tulis, tapi gitulah..angan2 ku musnah belaka..
Semlm saya dah mula masuk kelas, terloncat2 saya ke tingkat 4 tu nak masuk kelas jam 8.00 pagi..tertembung plak dgn Ketua Jabatan kat tingkat 2, tengah check sapa2 masuk lewat ke kelas..huhuu..
Terpercik peluh, menitis2 kat hujung dahi saya akibat kerisauan campur dgn kepenatan jln laju2 menapak tangga ke situ...emmmm..
tapi tidak mengapa lah, kurang sikit lemak kat dlm badan saya ni..hihii..
Ini cerita hari Ahad semlm...dalam tghari tu kami jln2 ke Simpang Pulai, melawat rumah ayah saya...nampaknya dah hampir 90% siap..
Rumah itu pun dah dikunci, so kami intai2 ajer lah dr luar...agaknya lepas raya nanti nie mungkin dah dpt kunci...emmmm, merasalah Pak Aji Mat dan Wan Timah duduk kat kawasan pekan ye....
itulah impian diaorg selama ni, nak merasa duduk kat pekan pula...katanya nak ubah angin..tu lah manusia, bila sudah lama duduk di kg nak pula merasa duduk kawasan bandar...yg saya nie pula sudah rasa bosan duduk kat sini, teringin le rasanya nak menetap kat kawasan pedalaman pula!!..
Ok, jom ler kita bertukar.. tapi klu duduk kat kg saya nak kerja kat mana pulak?
Ok, sambung balik...lepas tgk2 rumah tu, kami makan kat kedai makan 1 Malaysia..jln nak ke Cameron Highland...selepas simpang 4 yg besar tu sebelah kanan..depannya bangunan Bomba Simpang Pulai..
klu kekwn turun dr Cameron Highland, kedai itu sebelah kiri sebelum sampai simpang 4 besar tu..makanannya boleh lah tahan..berhenti shj makan kat situ, tak lah susah2 nak cari kedai makan yg ok selepas turun dr Cameron Highland tu nanti..
Lepas makan kami terus ke Mydin Mall..sampai sana kami terus sembahyang Zohor dulu...best sembahyang kat sini, suraunya luas dan bersih..selesa dan aman..
Selesai sembahyang kami terus ke Ole Ole Super Bowl bermain bowling pula...tak sangka saya, akhirnya berjaya jugak kak Long memujuk ayah dia bermain bowling ni....saya pun apa lagi, lagi lah suka kan, dpt gak berlawan dgn en. suami...hihii..
Kami main 3 game..saya, en. suami dan kak Long...Danial pun main juga, berselang-seli dgn kak Long...Danish dan Husna pula main game2 kat tepi kawasan tu..
emmm, hilang tumpuan saya masa main bowling kali ini, asyik2 pandang Danish dan Husna kat belakang tuh...risau jugak, yg emak dan ayahnya terkinja2 main bowling tetiba kang anak hilang, haru oiii...
emmm, tak sangkalah, saya menang kali ini..hihii..
N itu sayalah Nani -281, D itu en. suami -266...
"Ok lah bang, lain kali kita main lagi yek..."
En. suami saya nie gaya dia mengalahkan org pro..siap bersilang2 lagi kaki dia masa main tuh, padahal nie baru pertama kali dia main bowling..katanya nie baru latihan, belum main betul2 lagi...hihiii..
kak Long seperti yg saya duga, memanglah last...byk masuk longkang dr kena pin..
terhegeh2 Danial memegang bola tu, katanya berat sgt...pada hal bola tu saiz 6..
kasut dia pakai saiz 2..4 kali baling barulah bola tu sampai ke hujung, sebelum itu separuh line pun tak lepas...
Habis main kami lepak2 sekejap kat Food Court kat bahagian bawah..banyak kedai makanan di sini dan ianya berkonsep ruang terbuka dan bebas duduk di mana2..
kami order Roti John shj, 3 kali kak long ulang-alik ke kedai tu..
sedap sgt ker roti John tu atau memang Danish ni tgh lapar..
...rasanya dia seorg habiskan sepinggan tu..hihiii..
Husna hanya minta ABC shj..tu pun dia tak habis..
Ok, selesai...
emmm, boleh tambah sikit lagi tak??
Masa nak balik tu kami lalu kat bahagian depan Mydin nie..ternampaklah ada Adopt Cat..
sudahhhh!!!..Danial sudah terpikat dgn seorg kucing nie...kucing kg ajer, ada 6 ekor anak dia sedang menyusu..comel2 gitu..4 ekor warna oren dan 2 ekor warna hitam..
Pujuk2 ayah dia, katanya dia nak jaga kucing tu lah...dia suka lah..dia minat lah...
Entah mcm mana tercair lak hati ayah dia ptg tu..pergi le kami ke kedai Pet dulu membeli sangkar kucing RM70.00, beli jugak makanan kucing dan pasir tempat kucing tu popooo...
haaa...ini lah kucing angkat Danial..kak Long dan Husna masih takut dgn kucing nie...
tapi kucing nie jinaklah..diam shj dia masa kita usap2 badan dia..
agaknya dia sudah biasa dgn org..nampaknya kucing nie pembersih lagaknya, selalu jilat2 anak2 dia..
comel2 anak2 dia..
sesak la, rasanya mcm sempit aje sangkar tu dgn muatan..
en. suami bukan lagi baiknya, siap beli Whiskas nie utk kucing tu...
katanya kesian, dah lah menyusukan anak2 yg ramai tu, makan sikit shj..
nie pasir dan makanan kering tu..pasir ini berbau lemon lagi..
tempat kucing tu popooo..
ni lah emak kucing tu, kurus dan panjang badannya..
petang semlm dia dah round2 dlm rumah tuan barunya ini..
namanya kami tak kasi lagi..tgh fikir2 nie..
Ok, jumpa lagi...