Assalamualaikum..
Kali ini saya ingin meluahkan perasaan dalam hati saya ini..
saya rasa sekarang ini harga makanan yg telah siap dimasak semakin mahal..
semlm saya beli nasi putih, ikan temenung goreng seekor dan sayur bayam masak air dah kena RM6.80..emmm, nak sedapkan hati saya agak mungkin ikan itu punya angkara..saiznya besar tu yg mahal sikit kot..
kedai itu saya namakan Kedai A lah yer..kang bagi tahu nama betul2 kata tidak adil pulak, org lain beli mcm biasa shj...kedai tu antara kedai makan yg glamor kat kawasan perumahan saya ini dan ramai jugak pelanggannya...
Saya sebenarnya dah lama jugak tidak berkunjung ke Kedai A ini, alasannya dulu adalah disebabkan oleh perasaan tidak puas hati..harga makanannya mahal melampau..saya bukan ambik banyak sgt pun nasinya, sikit shj..klu ambik ayam/ikan campur dgn sayur mesti harga lebih RM6.00..itu hari pernah saya cuba ambik ikan campur dgn ulam shj pun kena RM5.60..
Pernah jugak kami anak-beranak makan kat Kedai A pada waktu malam..5 menu berlainan dan 6 gelas air ais, masa itu kena hampir RM50.00..kesimpulannya memang harga kat Kedai A memang mahal..bila sudah kena ketuk itu insaflah nak makan2 kat situ lagi..
Selepas itu saya selalu pergi ke Kedai B pula..ini kedai kegemaran saya..lauk2nya sama shj setiap hari dan harganya kira oklah pada pendapatan saya..selalulah saya ke sana walaupun kedai itu jauh sikit dr Kedai A tadi..
Tapi sejak2 kebelakangan ini, dlm 2 minggu lepas, saya rasa nasinya makin keras..adalah 2 kali itu rasa lembut balik, selepas itu keras membatu semula, agaknya pekerja baru yg masak nasik tu, tak pun nak jimatkan air masa masak nasi...
Dan hati saya juga menyatakan, yg harga makanan kat situ pun semakin mahal..sebelum ini selalunya saya mkn seorg RM5.00..tetapi sekarang ini sudah naik..setiap hari MESTI kena lebih RM6.00 ke atas walaupun ambik makanan yg sama mcm dulu2..
*******************
Oleh: ABDUL AZIZ AWANG
Di antara isu utama yang dihadapi oleh Malaysia pada masa ini adalah isu rasionalisasi subsidi, perbelanjaan Kerajaan yang tinggi dan juga bebanan hutang. Masalah yang dihadapi oleh Kerajaan ialah bagaimana untuk merasionalisasi subsidi tanpa membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum, tarif elektrik, harga gula dan kadar tol merupakan antara kaedah merasionalisasi subsidi. Tindakan ini bakal menyaksikan berlaku kenaikan kos sara hidup terutamanya bagi rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Walau bagaimanapun, Kerajaan tampil dengan inisiatif tambahan bagi membantu meringankan beban sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan pada tahun 2014 dan bahkan bantuan ini dinaikkan dari RM500 kepada RM650 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
haaa...siapa dpt BR1M sila angkat tangan ye...
yer..tinggi2 sikit lah!!...
emmmm....saya tak nampak pun!!!
ini beli tengahari tadi..
seekor ikan goreng, sayur bayam gulai air, nasi dan sikit kacang, milo ais = RM8.00
emmm..korang rasa ok tak harga tuh?
nasi ayam percik 2 bungkus = RM7.00
Tadi, rasa teringin nak makan nasi ayam, saya pergi ke Kedai Halimah Bachik pula..sini, punyalah ramai umat manusia, berpusu2..kiri kanan jln penuh dgn kereta dan kenderaan, agaknya hari Jumaat kot...
tapi yg bestnya harga makanan dia masih dlm kawalan..
Sesiapa yg dtg Ipoh ini, nak makan nasi ayam yg sgt sedap dan nasinya banyak..
silalah ke Kedai Halimah Bachik itu di Taman Cempaka..berdekatan dgn STAR..
Harga nasi ayam biasa RM3.00..masih termurah di bandaraya Ipoh ini...hihii..
Ok, jumpa lagi...