Assalamualaikum..
Al-Fatihah buat Blogger Syuhada Baharudin..
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aminn...
Terkejut saya mendengar berita ini apabila ada rakan blogger berkongsi berita sedih ini
Walaupun saya ini baru kembali aktif dlm dunia blog tetapi saya tetap terasa sedih dgn pemergiannya..
ini kerana arwah juga pernah menjenguk ke blog saya yg tidak seberapa ini..
Manfaatkan Kehidupan..peninggalan Arwah buat rakan2 seperjuangan..
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Syuhada Baharudin...semoga tabah dalam menghadapi dugaan ini....
***************
Kematian pasti akan datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja.
Tiada siapa tahu bila ajalnya tiba. Semua itu adalah menjadi rahsia ALLAH S.W.T semata-mata.
Namun, setiap kita hendaklah sentiasa beringat tentang itu dan membuat persiapan untuk menghadapinya setiap masa.
Setiap manusia pasti melakukan dosa. Tetapi, harapan untuk orang yang berdosa adalah taubat.
Setiap manusia pasti melakukan dosa. Tetapi, harapan untuk orang yang berdosa adalah taubat.
Ia merupakan langkah terbaik untuk menyucikan diri daripada segala dosa dan maksiat yang dilakukan.
Dan sesungguhnya ALLAH sentiasa membuka ruang untuk hamba-hamba-NYA bertaubat. Setiap kesalahan pasti diampunkan oleh ALLAH selagi seseorang hamba itu bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan menepati semua syarat taubat.
Amatlah rugi mereka yang tidak sempat bertaubat sebelum kematian.
Amatlah rugi mereka yang tidak sempat bertaubat sebelum kematian.
Ini kerana, dia akan berjumpa ALLAH dalam keadaan berdosa dan hina.
Sebaliknya, orang yang sempat bertaubat akan mengadap TUHAN dalam keadaan bersih bagaikan kain putih.
Oleh itu, marilah kita sentiasa berusaha untuk bertaubat kepada ALLAH setiap masa dan melakukan amalan soleh agar kita mati dalam keadaan diampuni ALLAH S.W.T.
Tunaikan 10 Persediaan Sebelum Tiba Saat Kematian
Pertama :
Sentiasa utamakan amalan fardu ain (jangan ditinggalkan) terutama solat, puasa, zakat dan fardu kifayah serta fardu-fardu lainnya yang ditetapkan dalam sunnah-auliah dan sunah Rasulullah SAW.
Kedua :
Sentiasa menjauhkan diri daripada berbuat yang merosakkan amal ibadah fardu tersebut , seperti melakukan perkara yang mengundang dosa.
Ketiga :
Sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT.
Keempat :
Bersegera memohon kemaafan daripada orang yang telah kita lakukan kesalahan.
Kelima :
Mewasiatkan kepada ahli keluarga tentang iman dan Islam, halal dan haram dan berpegang teguh dengannya.
Keenam :
Memperbanyakkan amal jariah, bersedekah, amalan-amalan sunat dan banyakkan berniat untuk melakukan kebaikan walaupun belum mampu melaksanakannya.
Ketujuh :
Mengajarkan atau menyebarkan ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.
Kelapan :
Mendidik anak-anak agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.
Kesembilan :
Selesaikan semua hutang-hutang di dunia ini kerana roh si mati akan tergantung di antara langit dan bumi jika tidak dibayar hutang-hutangnya sesama manusia.
Kesepuluh :
Jangan syirik kepada Allah SWT, seperti mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT, tinggalkan fitnah dan mengumpat dan jangan percaya jika ada orang menuduh seseorang berzina atau liwath tanpa bawa 4 orang saksi. Sentiasa berbaik sangka kepada Allah SWT dan jangan pertikaikan qada dan qadarNya.
Sahabat2 yang saya kasihi sekalian,
Marilah kita sama-sama beramal dan membuat persiapan sebaik mungkin sebelum bertemu saat kematian.
Oleh itu cuba renungkan hadis Nabi SAW di bawah ini sebagai iktibar kepada kita semua.
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati."
(Hadis Riwayat Tirmidzi daripada Abu Ya'la Syaddad r.a)
Sumber dari Cemerlang AbuBasyer.
Ok, jumpa lagi..