Assalamualaikum...
Tetiba lak hari nie rasa macam nak kongsi resepi dgn kwn semua..
resepi biasa2 sahaja, tapi saya yakin dgn hasilnya...
nak kata sedap sgt mcm kek coklat tu tidak ler...
ia tetap juga rasa jagung campur tepung...
Tapi bila dah mula makan tu rasa tak nak berhenti...
mengunyap2 sampai habis sepinggan...
tu hari saya buat dapatlah 3.5 pinggan, anggaran 3 kali goreng..
(hiii..hi..ada 0.5 lagi tu ko yong oii..tahu ler minat math..)
Selalunya cucur jagung nie org makan waktu petang2, tapi sukahati kitalah nak buat bila dan nak makan bila..
yg bestnya makan waktu tgh panas2 masa baru angkat tu..
pekena sekali dgn teh o...pergh!!!
Jom kita tgk resepinya....
Cucur Jagung Sedap
Dikongsi: Nani
Bahan-bahan:
2 biji jagung sederhana besar/besar - dihilis
1 labu bawang besar - dihiris
1 biji lada besar merah- tambah jika suka pedas
1 biji telur
1 cawan air - untuk membancuh tepung dan jagung
1 cawan tepung gandum
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng
Cara-cara:
Mula-mulu hirislah jagung itu. Nak maklum sikit yer, masa hiris tu klu boleh buatlah 2 atau 3 lapisan. Kiranya dapat banyaklah sikit jagung tu berbanding dgn sebiji-sebiji.
Kalu potong jugak jagung itu sebiji-sebiji pun boleh, tidak ada salahnya.
Tapi waktu membancuh dgn tepung nanti jagung itu nampak macam tergolek-golek shj, tidak sebati sgt dengan bancuhan tepung.
Mai saya buat cucur jagung pulak, pasti licinn...hihiiii..
Selepas itu, masukkan bawang besar, lada merah dan telur ke dalam bekas jagung tadi.
Kemudian masukkan tepung, garam serta air, kacau sebati. Air ini pun agak-agak jugak, bancuhan jangan terlembik sangat dan jangan keras sangat. Agak-agak yer...
Kalu sesiapa yg dah biasa masak cucur-cucur saya yakin dia sudah boleh agak banyak mana nak taruk air.
Bagi adik-adik junior/baru-baru cuba memasak ni, saya syorkan cuba goreng cucur itu sesudu atau 2 sudu dulu dalam minyak panas.
Masak cucur tu angkat, tunggu sejuk sikit dan cuba rasa.
Agak2 cucur tu lembut dan sedap di mulut kira oklah.
Tapi klu cucur itu rasa keras sangat macam codol dedat sampai terpelanting gigi korang makan so tambahlah sikit lagi air..
(susah pulak saya nak tulis ini, baiknya kita buat praktikal baru best kan..:)
Adunan tepung tu jgnlah cair sgt, agak2 ler kepekatannya. jangan risau kalau tercair boleh tambah tepung lagi tau, sikit2 dulu dan kacau lagi aduanan sampai kita puas hati dengan kepekatannya.
Rasakan dulu tepung tu, klu tawar sgt, baru letak garam lagi sampai secukup rasa ok...
Panaskan minyak, klu boleh waktu ini api sederhana shj.
Sudukan adunan ke dalam minyak dan goreng hingga garing.
Saya guna tangan ajer, buat mcm nak goreng jemput2 pisang tu, nampak ciut-miut cucur jagung kita. (Senang nak makan, terus masuk sebijik dalam mulut dan kunyah lambat-lambat tau...)
Bila dah cukup garing, angkat dan toskan..
Siap utk dihidangkan, layan sambil tenguk dgn teh o panas..huhhh!!
Ok, jumpa lagi...