Memaparkan catatan dengan label tazkirah Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tazkirah Ramadhan. Papar semua catatan

Jumaat, 25 Julai 2014

Menilai Kejayaan Puasa Ramadhan


 Assalamualaikum..
Saya panjang dr Pn. Siti Zaharah Bt. Setapa, JPA.
Hari ini, RABU, 23 JULAI 2014 merupakan hari ke dua puluh lima  umat Islam berpuasa. Ini bermakna cuma ada lebih kurang 4 hari  sahaja lagi kita akan sama-sama menyambut hari raya AidilFitri.

Hari yang dinanti-nanti oleh semua orang, yang berpuasa dan juga yang tidak. Sememangnya hari raya adalah hari untuk bersuka ria dan bergembira kerana telah berjaya melepasi satu ujian yang hanya datang sekali setahun.
Kemeriahan hari raya sudah mula dapat dilihat. Lagu-lagu Hari Raya sudah mula berkumandang di Radio dan televisyen. Pelbagai tawaran istimewa dibuat oleh gedung-gedung pakaian.
Para pekerja samada di sektor kerajaan dan juga swasta telah pun memohon cuti tambahan semata-mata untuk lebih lama merayakan hari raya ini. Tiket-tiket bas telah habis dijual. Demikianlah senario yang dapat dilihat apabila tiba hari raya khususnya Hari Raya puasa atau Aidilfitri.
Namun di dalam keghairahan kita dengan sambutan hari raya ini, mari kita merenung sejenak dan bertanya kepada diri kita, sejauh mana kita telah menghayati Ramadan, bulan yang penuh berkat yang bakal pergi tidak berapa lama lagi?
Berapa kerat daripada kita yang cuba menilai diri serta ketakwaan semasa berada di dalam bulan yang dijanjikan dengan berbagai tawaran istimewa ini?
Allah swt menjanjikan rahmat di awal sepuluh hari bulan Ramadhan, maghfirah serta pengampunan bagi sepuluh hari kedua dan pembebasan daripada api neraka di sepuluh hari yang ketiga.
Namun sejauh mana dapat kita pastikan bahawa kita telah dilimpahi rahmat Allah di sepuluh hari pertamanya yang telah pun pergi meninggalkan kita dan ia pasti tidak akan datang kembali. Sememangnya rahmat Allah adalah suatu yang tidak dapat dilihat.
Namun mereka yang dilimpahi rahmat serta kasih sayang daripada Allah pasti dapat merasainya. Rahmat dan kasih sayang Allah hanya dikurniakan kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Ia adalah anugerah daripada Allah kepada hamba-Nya yang terpilih. Apakah kita ini sebahagian daripada mereka yang bertuah itu?
Untuk mengetahuinya, marilah kita renungi sejenak tentang diri kita semasa bermulanya Ramadan hingga ke saat ini. Sejak daripada hari pertama bermulanya puasa, adakah sifat-sifat yang tidak baik dan bercanggah dengan ajaran agama kita tinggalkan?
Adakah kita masih lagi suka mengata dan mengumpat, mengeji dan menghina, membuat fitnah dan mengadu domba, memberi dan menerima rasuah, memberi dan mengambil riba, mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum minuman keras, berjudi dan lain-lain?
Jika ini masih dilakukan, maka sudah pastilah kita tidak termasuk daripada golongan mereka yang mendapat rahmat daripada Allah kerana rahmat Allah hanyalah untuk mereka yang bertakwa kepada-Nya.
Sepuluh hari kedua juga telah berlalu. Peluang yang dijanjikan oleh Allah untuk mengampunkan dosa mereka yang berbuat dosa dan noda juga telah berakhir.
Ini bukan bererti pintu pengampunan dan taubat telah tertutup, namun ia adalah saat istimewa yang dijanjikan oleh Allah di dalam bulan yang penuh berkat ini untuk mengampunkan dosa-dosa mereka yang bertaubat dan menyesal di atas segala kesalahan dan ketelanjuran.
Marilah kita renungi diri kita sejak daripada mula berpuasa sehingga hari ini, berapa banyak kita telah beristighfar serta memohon keampunan daripada Allah?
Berapa kali kita mengalirkan air mata tanda menyesal di atas kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan samada secara sengaja atau tidak sengaja, secara sedar atau tidak sedar?
Sejauh mana kita berusaha untuk memperbaiki segala kesilapan lalu dan berazam dengan sepenuh hati untuk tidak lagi mengulangi perbuatan-perbuatan tersebut?
Pernah hati kita merasa gusar, bimbang serta gerun dengan balasan azab Allah di hari akhirat yang menanti dek kerana dosa dan noda yang kita lakukan?
Ya, masa untuk kembali ke pangkal jalan masih belum terlambat selagi nyawa di kandung badan.
Meskipun hari-hari istimewa telah berlalu, kita masih lagi berada di dalam bulan yang istimewa ini.
Lantaran itu marilah kita habiskan sisa-sisa Ramadhan al-Mubarak ini dengan memohon kepada Allah agar kita, keluarga kita, sahabat handai serta jiran tetangga dan mereka yang kita kasihi, di rahmati, diampuni dan diselamatkan daripada bahang api neraka yang panas membara.
Marilah kita hidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat tarawih, berzikir, membaca al-Quran serta cuba memahami isi kandungannya, berdoa, sujud serta merendahkan diri kepada Allah.
 Moga-moga Ramadan di tahun ini lebih bermakna dan mampu memberikan kekuatan kepada kita di dalam menghadapi cubaan-cubaan hidup yang mendatang.
Ok, jumpa lagi..
  

Selasa, 8 Julai 2014

Tazkirah Ramadhan: Amalan Di Bulan Ramadhan



Assalamualaikum...


Saya panjangkan dr sahabat saya, Pn. Hjh. Seri Kartini Bt. Jurami dr
Unit Pendidikan Islam & Moral, JPA

 
AMALAN DI BULAN RAMADHAN
PETIKAN DARI KITAB: Al-Targhib (2:94) dan Misykat al-Masabih (1:615) dengan berlainan sedikit lafaznya.
 
 
 
“Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan - samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain.
 
 
Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu - samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain".
 
 
"Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga;  ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman".
 
 
 
"Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa,  maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun".
 
 
 
"Sababat-sababat Baginda berkata:  "Ya Rasulullah,  kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa. "
 Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan:  "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air.
 
 
 "Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat,  pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka".
 
 
(Sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.
 
 
"Barangsiapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam bulan Ramadhan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari neraka".
 
 
Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan.
 
 
Dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah: 
 
 

.1
 
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله 

 

 
 
 
2.
(Banyakkanlah) beristighfar (memohon ampun) kepadanya dengan menyebut:

 
أستغفر الله
 
 
Dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan ialah:
 
(Banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga,  serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan menyebut:
 
 
نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّار.
 
 
 
Demikian adalah antara kemuliaan dan keberkatan bulan Ramadhan dan besarnya pahala yang diberikan bagi setiap amal kebajikan yang dikerjakan dalam bulan ini.
 
 
 
 
Ok, jumpa lagi...