Sabtu, 15 September 2012

Sibuk...

Salam semua...

hari nie SABTU, lepas solat subuh terus lipat kain, kain baju milik teman sebakul..hehehe..sebenarnya dah lebih sebakul, dah melimpah ruah, hehehee...sapa yg belum tahu, kat rmh teman nie ada Sistem Bakul ( isi kain baju yg baru di angkat dr ampaian dan MDZ asing2kan kain baju tu ikut bakul Ayah, Mama, Klong dan Angah/Abg Chik...so ada 4 buah bakul semuanya...


selesai masukkan kain baju dlm lemari, terus siap...bersiap nak pegi sarapan kat luar..tempat biasa tiap minggu, kat Sabar Menanti (stadium)...bukan apa, kat situ selesa sikit bawak budak2 kecik nie...kut2 dah nak meragam ajee bawak ler deme ke blkg kedai tu, nenguk orang belajar berenang...


lepas mkn2 zuppp ke Tesco, nak cari bahan2 buat Pavlova.

sambung esok ler yer, si Adik dah ngajak tidooo, 

bye..jumpa lagi.

Jumaat, 14 September 2012

Bagai Menang 1 Juta...



Salam semua..



Teman tadi memanjat tingkat 3 (BK17) nak masuk kelas, sampai sana pintu automatik tak boleh buka.. (kod bar pd pas kerja teman nie pening-pening lalat agaknya...). niatnya baik, pasang pintu bilik kuliah automatik supaya senang masuk dan senang keluar, tak payah ler tergeliat jari-jemari nak kunci semula...
tapi ialah...dah jiwa nie kebal TEBAL dengan perasaan nak mendidik anak-anak bangsa, maka teman turun semula tingkat bawah, ambil anak kunci bilik lain, kat tingkat 2 (BK7)...
pegang anak kunci tu kemas-kemas, takut terjatuh lak....( korang kena bayangkan ler...handbag nak sandang, gendong nota dan buku kehadiran...)

naik lak pegi BK7 dan terus bukak pintu,...oooohhh nooo...ade kelas rhopeennyeeee.....(gelak teman sorang-sorang)...apa lagi...

turun satu tingkat lagi dan pegi AVA lak, hehehe.....ada kelas gak, patut ler sunyi aje, sedang buat kuiz agaknya...maaf yer Pn Azila, hehehe....(itu lah pasal, konfiden tahap gaban, terjah ajer kelas org ...hehehe..

turun semula ke bawah, cadang nak ambik kunci bilik BK11 lak, cari-carik dalam kotak kunci tak memandang......blah lah kunci...(bengang dah nie)...


rasa geram dah naik kepala, darah dah panas nie, ketiak pun dah berlengas...turun naik, turun naik tak jumpa gak....kita batal ajer lah kelas pagi nie.....yahooooo...yahooooooo.....



Sekian...lain kali kita sembang lagi...

Sabtu, 11 Ogos 2012

Syabas Pandelela: SUKAN OLIMPIK LONDON 2012(28 Julai-13 Ogos)




As Salam..

Sejarah tercipta, Habuan buat Pandelela,  'Bagai emas buat saya', Pengorbanan 11 tahun berbaloi, Doa bapa sumber kekuatan dan KM bangga. Begitulah antara tajuk-tajuk bold dalam akhbar Metro Sabtu, 11 Ogos 2012 yang mengiringi kejayaan Pandelela memenangi pingat gangsa untuk acara terjun 3m platform.

Teman amat berbangga dgn kejayaan Pandelela ini. Bergelar atlet wanita pertama negara menang pingat di Olimpik sejak Melborne 1956 juga satu pencapaian yang amat dibanggakan oleh seluruh warga Malaysia.

...pada mulanya teman tak rasa pun akan ada lagi pingat untuk Malaysia selain dari Datuk Lee Chong Wei, tapi Pandelela mampu mendapatkannya...

...lagi tentang Pandelela di sini, sini, sini, sini, dan sini ....

...tahniah, tahiniah dan tahniah dari teman....


Jumpa lagi, bye...


Isnin, 2 April 2012

Tip suami isteri

Assalamualaikum..

Beberapa Cara Buat Isteri Rasa 'Istimewa'
     


Semua wanita memang sukakan layanan istimewa daripada suami dalam hidup mereka. Sebagai suami, selamilah perasaan isteri agar kasih sayang sentiasa berpanjangan. Di antaranya:
Dengar pendapat isteri, beri pujian kepada isteri, ingat tarikh penting, penuhi hajat isteri, bantu ringankan tugas isteri, bawa isteri berehat/melancong.

Serta lain-lain cara yang difikirkan sesuai....

Ahad, 1 April 2012

Sikap Usahawan yang berjaya

Assalamualaikum..


Umpama seorang kapten yang mengetuai pelayaran sebuah kapal, begitulah yang boleh digambarkan kepada pengemudi sebuah perniagaan. Jatuh bangun sebuah perniagaan terletak pada kebijaksanaan pemiliknya. Segala cabaran dan rintangan yang dihadapi sepanjang berniaga adalah perkara lumrah yang perlu dihadapi.


Beberapa sikap yang boleh diserapkan pada diri kita dalam usaha untuk membina empayar perniagaan yang berjaya dan disegani.

1. Yakin
2. Gigih
3. Bermatlamat
4. Berpendirian tetap
5. Bertanggungjawab
6. Berani hadapi rintangan'
7. Mempunyai daya kepimpinan
8. Berperibadi mulia
9. Menghormati orang lain
10. Pemurah dan sedia membantu
11. Sedia untuk belajar.



Rabu, 4 Januari 2012

Cuti Tahun Baru 2012


Salam semua...

Ahad lepas dalam pukul 3.00 petang, MDZ ajak kami jalan-jalan.Ke mana? tanya teman, MDZ start Cerry dan terus masuk lebuhraya. Sebenarnya MDZ pun tak tahu nak ke mana nak dituju. Pecut punya pecut, terus kami sampai Teluk Batik. Tak sangka, ramainya pengunjung pada petang itu. Kami hanya berjalan-jalan sahaja sambil makan jagung bakar dan minum air kelapa muda.


Kami berhenti di sebuah surau, rasanya di Bota Kanan. Terpandang beduk ini, sempat juga teman menerangkan kegunaannya. Sekarang ini susah hendak mencari beduk ini, kecuali di kawasan kampung-kampung.










Belilah sedikit kudap-kudap, dalam kenderaan boleh makan. Sampai Ipoh semula anggaran 8.00 malam.

Sekian, jumpa lagi.