Isnin, 19 Mei 2014

Sambutan Ulangtahun Kelahiran Kak Long

Assalamualaikum...

Hari Sabtu tu, 17 Mei diadakan majlis sambutan ulangtahun kelahiran kak Long yg ke-12 tahun...

"emmm, tak sangka yer, dah besar dah anak mama yer"....
ckp sambil kesat2 hujung biji mata nie...tetiba dtg mood syahdu gitu..

tarikh lahir kak long jatuh pada 16 Mei tu, Hari Guru..
rasanya semua org dah sedia maklum yg setiap 16 Mei tu diadakan sambutan Hari Guru di sekolah2...

hari Jumaat tu ada kekwn dia bagi hadiah kpd cikgu...tapi kak long pun dpt hadiah jugak...

"ehhhh, kenapa long dapat hadiah nie...hari nie kan Hari Guru..." kata saya petang tu, kekonon buat2 lupa dgn tarikh lahir dia...

"mama, hari nie kan birthday long, kekwn long pun bagi hadiah kat long jugak"...
 balas dia sambil bukak kotak hadiah tu..dpt mug comel...

Korang nak tahu tak apa cita2 Kak Long bila dah besar nanti?
heheee...mama bukak rahsia yer...
dia nie nak sgt jadi cikgu, mcm atuk dan wan kat Melaka tu...

bagus ler tu long, nanti bila dah jadi cikgu, senanglah anak2 murid long beri ucapan..

"Selamat Hari Guru dan Selamat Ulangtahun Kelahiran Cikgu Huda..."
ucapan tu dalam satu nafas ajer tauuu...

lagi satu, jimat ler duit emak ayah anak2 murid long tu, tak payah dua kali beli hadiah..
satu hadiah saja dah cukup utk dua peristiwa...
(emmm...berangan jauh lak mama long nih.. hihihiii...)


******************


Pagi Sabtu tu kami kemas2 lah homestay...kami tu kiranya saya dan ahli keluarga yg lain..
Pak Aji Mat, Wan Timah dan Maksu Tipah dah sampai ke Ipoh nie Jumaat mlm..
diikuti dgn Pak Adik dan isteri, Makcik Saadiah..
sebelum tu dlm tghari Makngah Suri juga selamat sampai di homestay...

Pak Ajang sekeluarga dr Sg. Petani lagi awal dtg, Khamis mlm dekat2 pkl 10 mlm dah sampai dan mereka terus bermlm di homestay...

hanya ucapan terima kasih shj yg dapat saya ucapkan utk semua ahli keluarga yg sudi hadir utk memeriahkan majlis kak long nie...

Kami kemas2 bukanlah bermaksud keadaan homestay tu teruk sgt.. 
hanya tolak2 sofa ke belakang sikit..meja makan tu plak kami angkut ke depan utk diletakkan makanan..



pekerja2 out-source tiup, ikat dan pasang belon....
cekap diaorg nie buat kerja sampai saya nak ambil gambar pun dia tak layan...heheee...


Dalam pukul 1.40 ptg tu, Mama Ana tel saya, katanya dia akan hantar kuih-muih yg dioder, saya order 4 jenis shj...
rumah dia dekat ajer dgn homestay nie, so sekejap aje dia dah sampai bersama2 dgn suaminya...



kita mula dr kanan yer...
Cheese Tart, Cara Berlauk, Apam Polkadot dan Puding Selasihku Sayang (hijau berkilat tu)

Semua kuih-muih tu sedap2 belaka, ini kata tetamu saya masa tu yer...
semua cukup rasa dan comel2 belaka...
memang teliti ler Mama Ana membuatnya, nak masuk ke mulut pun terasa sayang...

semasa majlis sedang berlangsung saya tak sempat nak rasa kuih2 tu...
dah malam tu baru saya makan, makan pelan2 dgn penuh nikmat..
emmmm..memang sedappp!!..lazat!!!...

lepas nie bolehlah tempah lagi...insyaallah...
klu ada kekwn yg berminat nak order kuih-muih dan kek2, bolehlah contact Mama Ana yer...

Ceritanya dgn saya, sekarang nie dia tengah sibuk menjahit sarung bantal dan tilam utk bakal cucunya yg akan lahir tidak lama lagi...


Nasi ayam, bihun goreng dan kuih karipap saya order dgn emak Dede..








Majlis dimulakan dgn bacaan doa selamat...


 diketuai oleh Pak Anjang...
Pak Anjg dan Mak Anjg Bazilah nie telah menyerjakan umrah kira-kira 2 tahun lepas...
untungkan, muda2 dah sampai ke Tanah Suci...



Atuk dan Opah kak Long, Pak Aji Mat dan Wan Timah...
belakang tu Makngah Suri dan Damia..


Seterusnya sesi memotong kek...
disertai dgn nyanyian 'Allah selamatkan Kamu'...
kekwn dia nyanyi sungguh2 masa tu, semua porting...

2 kali diaorg nyanyi lagu tu utk dia sebab ada 2 biji kek yg nak dipotong...



kek princess...blueberry cheese..
muka princess kat kek tu dah berkedut2..lama sgt duduk dlm peti ais kat kedai tu..


kek blueberry indulgence...sedappp bangat woo...


antara kekwn kak long yg hadir..



Damia, Makngah, Makchik, Maksu dan Husna...



hehehee...Mama pun tumpang sekaki nak selit gambar..

Selepas tu..masa utk makan2...
dah kenyang, kekwn kak long naik atas utk aktiviti diaorg...
masa nie hujan turun dgn lebatnya...

nasib baik hujan, tak terganggu ler jiran sebelah dgn bunyi riuh-rendah diaorg kat atas tu...

dah penat main2 kat atas, mereka turun bawah balik dan sambung makan2...
main kat porch pula...nampaknya bebudak p'puan ajer main 'musical chair'..
yg lelaki lak main air...


Dan masa pun berlalu...dlm pukul 5.40 ptg tu, kereta pertama seorg ibu nie dtg nak ambik anak lelaki dia...
sebelum kwn2 kak long balik saya akan bekalkan diaorg dgn sebuah beg goodies..
dlmnya ada air kotak, mamee, sumi, coklat dan lollipop..
niat saya semoga mereka gembira...

Dalam kalangan ibubapa yg dtg mengambil anak2 tu, ada juga kwn2 saya...
makanya saya jemput diaorg singgah dulu utk makan2 dan sembang2...

last sekali kwn kak long balik pukul 7.15 mlm...
Alhamdulillah dah selesai majlis kak long nie...

Malamnya kami bukak hadiah kak long, dah macam org kahwin le plak...
byk juga hadiah dia dpt, termasuk jugak dr auntie jiran sebelah...
tu tak termasuk lagi duit...
jimat2 lah kak long, gunakan duit tu utk beli barang yg baik2 dan berfaedah ok...

















 Ok, jumpa lagi..


Hari Guru 2014 Giveaway RM100




Assalamualaikum 



http://www.hasrulhassan.com/2014/05/giveaway-rm100-tunai-sempena-hari-guru.html


 KLIK BANNER UNTUK JOIN !!


Syair Guru
Inilah kisah kerjaya mulia,
Mendidik mengajar selagi terdaya,
Ibarat lilin memberi cahaya,
Bukan balasan harta pintanya.

Guru itu sanggup berbakti,
Membentuk insan mulia pekerti,
Kejayaan murid sangat bererti,
Jasa dikenang sampai ke mati.

Daripada guru kita belajar,
Huruf dan angka disebut lancar,
Membaca mengira tiada sukar,
Jiwa yang lemah menjadi mekar.

Jika berkasar bukannya marah,
Dia mengajar menunjuk arah,
Masa depan hendaknya cerah,
Ke mana pergi rezeki murah.

Awal pagi guru pun datang,
Bakti dicurah sampai ke petang,
Murid disayang mahu ditatang,
Mendorong minda bijak dan matang.

Bukan kaya ukuran harta,
Murid berjaya itulah semata,
Jasa dikenang bukan diminta,
Sehingga saat menutup mata.

Sekali guru selamanya begitu,
Sentiasa berikhtiar tiada buntu,
Melepas musibah satu persatu,
Jaya akhirnya sudahlah tentu.

Tiada guru yang buruk sikapnya,
Menjadi teladan mulia hatinya,
Senang merujuk tempat bertanya,
Semua yang kusut lerai akhirnya.

Di mana sahaja sedia berkhidmat,
Tutur katanya sentiasa cermat,
Tingkah laku selalu berhemat,
Jadi ikutan pasti selamat.

Guru pemangkin hasrat wawasan,
Mendidik memimpin tiada bosan,
Mengharap balas bukan alasan,
Jadilah guru sanjungan insan.

Sering guru memberi nasihat,
Jauh segala gejala tak sihat,
Jangan dicuba tipu muslihat,
Di dalam hati terus terpahat.

Ilmu itu sentiasa dicari,
Jadilah guru manusia bestari,
Banyak membaca lengkapkan diri,
Elakkan utama kepentingan sendiri.

Jangan bezakan diri pelajar,
Semua mereka sama diajar,
Nama gelaran jangan dikejar,
Buatlah yang baik selagi wajar.

Bukan pangkat jadi taruhan,
Tetapi berkat jadi pilihan,
Buat amalan ikut suruhan,
Martabat bangsa itu tempahan.

Jika ada murid yang nakal,
Guru yang bijak mengguna akal,
Kuatkan azam hatipun cekal,
Didikan yang baik perlu dibekal.

Falsafah negara itu matlamat,
Hidup harmoni semua selamat,
Cabaran wawasan jadikan azimat,
Kukuh iltizam di hati tersemat.

Demikian sudah resamnya guru,
Yakin terpuji tiada terburu,
Sedia berbakti segenap penjuru,
Pembimbing masyarakat ke alaf baru.

Ghazali Lateh.

(Dewan Sastera, Mei 2006)
Ok, jumpa lagi