Jumaat, 26 Jun 2015

Tip Mudah Memasak Ibu Bekerja Di Bulan Ramadan



 Assalamualaikum...




Rasanya semua yang bergelar ibu jika boleh ingin memasak sendiri juadah berbuka puasa untuk keluarga. Selain lebih terjamin tahap kebersihan dan khasiat makanan tersebut, ia juga boleh menjimatkan wang ringgit. Siapa tahan kalau setiap hari perlu membeli di bazaar Ramadan yang harga makanannya sangatlah mahal.

Mungkin bagi yang bekerja di rumah atau suri rumah, soal memasak untuk berbuka puasa tiada masalah tetapi bagi ibu yang bekerja ia agar mencabar dan perlu menjadi ‘lipas kudung’ jika hendak memasak setiap hari.

Sebenarnya ada cara untuk kita menjimatkan masa dan tenaga. Kenapa tidak diguna pakai untuk memudahkan tugas memasak kita. Bukan sahaja boleh digunakan pada bulan puasa tetapi sesuai untuk sepanjang masa.


  1. Rancang menu seminggu
Untuk mengelakkan kita pening kepala, apa kata rancang menu masakan untuk seminggu. Senaraikan menu, bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak menu tersebut dan mula keluar membeli-belah bahan pada hujung minggu.


  1. Pembungkusan lauk pauk mentah
Apabila beli ayam, minta peniaga potong kecil ayam tersebut bersesuaian dengan menu masakan yang kita pilih. Elakkan beli ayam seekor sebab ia hanya menyukarkan kita untuk proses memotong ayam tersebut.

Begitu juga dengan ikan, minta peniaga menyiang ikan-ikan tersebut bagi memudahkan kita. Selepas itu kita perlu membungkus ayam, ikan, daging dan sebagainya yang dibeli dalam bungkusan plastik atau bekas mengikut kegunaan harian.

Jangan bungkus semuanya dalam satu bekas/plastik kerana ia akan menyukarkan kita apabila tiba masa untuk memasak. Simpan dalam bahagian dingin beku, setiap kali hendak memasak, kita hanya perlu keluarkan dan letak di bahagian chiller.

 Pulang dari kerja ayam atau ikan sudah lembut dan boleh terus dimasak.


  1. Kisar bawang dan cili
Potong cili, bawang merah, bawang putih, halia yang menjadi bahan asas utama dalam kebanyakan masakan untuk kegunaan sebulan. Kisar bahan-bahan tersebut dan simpan sebagai stok. Ia akan memudahkan tugas memasak anda.


  1. Gunakan gunting bukan pisau
Penggunaan gunting berbanding pisau lebih menjimatkan masa ketika memotong sayur jenis berdaun seperti sawi, kangkung, bayam mahupun menyiang ikan.

  1. Sejuk bekukan lebihan lauk
Kadang kala ada masanya makanan yang dimasak tidak habis dimakan, jangan membazir dengan membuangnya. Kita boleh simpan dalam peti dingin beku dan boleh dimakan semula keesokan hari.

  1. Masak satu lauk yang lengkap
Untuk lebih menjimatkan masa, anda boleh pilih menu yang merangkumi semua dalam satu masa. Contohnya seperti masakan  tomyam, paprik, masam manis, kicap dan lain-lain.


  1. Ulam-ulaman pengganti sayur
Jika tidak sempat masak sayur, anda boleh menggantikan hidangan sayur dengan ulam-ulaman atau salad yang lebih mudah dan cepat selain tetap berkhasiat.


  1. Dari dapur terus ke meja
Sekiranya anda mahu menjimatkan masa daripada mencuci periuk dan kuali, boleh pilih menggunakan peralatan memasak yang boleh dipindahkan dari dapur terus ke meja makan seperti periuk kaca tahan panas.


Sumber



http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=863962




boleh juga cuba sate kebab Akmal pelbagai pilihan makanan sejuk beku




Wassalam.. 

Khamis, 25 Jun 2015

Serunding daging Kelantan dengan harga TERBAIK



Assalamualaikum..
Cepat! Cepat!!! 

DAPATKAN SEGERA serunding yang terkenal dan TERSOHOR dari Kelantan.


Serunding kelantan adalah LAZAT dan BERKUALITI, tahan sehingga 6 bulan.
Menggunakan 100% daging tempatan sahaja.
Sesiapa nak order buat bekal makan waktu sahur atau pada hari raya nanti, bolehlah pm atau whatsapp Alia haryanie 012 921 8016
  

SERUNDING... TERBUKTI SEDAP.. beli harini, esok sampai terus LICIN... Insyaallah..


Serunding dari Kampung Laut Kelantan ni memang sedap dan lazat,tahan lama dan boleh dimakan dengan pelbagai hidangan.

Bau serunding ni pun sudah sedap belum lagi makan.
Serunding boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi/pulut, ketupat daun palas, lemang, dijadikan inti dalam pulut bakar, inti dlm karipap mini atau popia mini. 
Makan dengan roti pun sangat sedap dan menyelerakan.



Resepi tradisional turun-temurun ini dijamin sedap kerana:

* Daging berkualiti dan dicarik halus.
* Dimasak menggunakan dapur kayu untuk aroma istimewa.
* Sentiasa segar dan baru dimasak setiap minggu.
* Boleh disimpan pada suhu bilik dan tahan lama.



Dapatkan yang asli, sedap dan murah.

Harga serunding mengikut berat:


Serunding Daging 250g: RM18.00
Serunding Daging 500g : RM36.00
Serunding Daging 1kg: RM68.00

Serunding Ayam 250g: RM18.00
Serunding Ayam 500g : RM 36.00
Serunding Ayam 1kg : RM68.00
Serunding Ikan 250 g : RM 12.00
Serunding Ikan 500 g : RM 24.00
Serunding Ikan 1 kg : RM 48.00



Kos pos laju bergantung pada berat,1 kg serunding kos pos laju RM 9.00

 

Serunding daging tempatan




Serunding Ayam





Serunding Ikan
Wassalam..