Assalamualaikum..
Semlm dr jam 9.00 pagi sampai jam 1.00 tengahari saya berkursus CIDOS..pening ler sikit walau pun sebelum ini sudah berkenalan dgn CIDOS nie..
khabarnya CIDOS yg lama tu versi 1.8 dan yg baru nie versi 2.5..
Kiranya CIDOS baru ini lebih canggih dan aplikasinya lebih mesra pengguna..
ikon2 yg lain2 masih sama shj fungsinya..yg penting kita kena belajar dan tahu kegunaannya..
buat ke tidak itu lain cerita..apa pun semua perkara ini adalah utk mencapai KPI jabatan..
emmm...sebut perkataan jabatan nie, teringatlah pulak saya....
sebenarnya semlm 16 Jun adalah merupakan tarikh saya mendaftar di jabatan ini..kiranya tarikh keramat lah dalam hidup saya ini...keramat sgt ker??
hihiiii....seram le plak sebut2 perkataan keramat nih...
Iya..pada 16 Jun 1999 itu saya mula masuk kerja di sini..sudah hampir 15 tahun masa berlalu..masa itu seronoknya perasaan hati saya ini Tuhan shj yg tahu...
terasa dunia ini ana yg punya, asyik tersenyum2 shj masa tu..
Perasaan gembira tu ada banyak sebabnya...pertamanya mungkin inilah cita2 saya..bersemangat sgt kau jadi pensyarah yer....haaa, ambik kau!!!...
Cita2 itu tercetus masa saya belajar pada sem 1 lagi tau...
Ini cerita lepas habis SPM, saya sambung belajar ambil Sijil dlm 2 tahun gitu..pengajian makan masa 4 sem juga..
dlm sem 1 gitu, saya minat dgn karektor seorg pensyarah perempuan ini..
sebutan dan intonasi suara dia sesuai dgn jiwa saya..tak kuat dan tak perlahan sgt..kadang2 dia tegas dan sgt tersusun penyampaiannya..
dia ini bukan kategori mesra dgn pelajar dia, senyum pun jarang...hanya sekali-sekali shj senyum, itu pun pendek shj..
Tapi dgn tingkah-laku dia itulah, saya jadi minat dgn kerjaya ini, terjerumus dlm profesional ajar-mengajar ini...
subjek yg pensyarah itu ajar pun saya minat jugak tapi bukanlah score sgt pun, hanya dpt A- shj..
Ada seorg lagi pensyarah nie pun saya minat jugak..pakaian dia semua cantik2 belaka, orgnya kecil molek shj..tapi satu yg saya ingat tentang dia ini sampai sekarang adalah mengenai lipatan/susun bahagian kain dia....
lipatan kain itu tidak diiron ikut lipatan seperti kebanyakan orang, dia hanya biarlah shj bahagian lipatan itu jatuh tanpa ada garisan...hanya nampak berombok2 gitu..
ehhh! korang faham tak cerita saya ini?
Masa habis belajar peringkat Sijil tu, saya buat muka toyer shj..tak mintak pun kerja kat mana2 syarikat korporat2 nie...
Kekwn saya yg lain pun heran, ko tak isi ker apa2 borang kerja?...
mungkin masa tu saya selamba shj jawab, takkkk....
Masa tu sudah target nak sambung belajar lagi..tak per lah tak dpt duit dulu, fikir yg penting saya nak capai cita2 dulu, cita2 yg satu itu..
*********************
Alhamdulillah..kedua2 org pensyarah itu sekarang sudah menjadi rakan sekerja saya...yg pertama itu telah naik pangkat menjadi Pensyarah Kanan manakala yg kedua itu pula telah bersara awal, 2 tahun lepas..dia kini sedang berbahagia bersama keluarga tersayang di Putrajaya...hihii..
Dlm masa 15 tahun nie mcm2 perkara dan peristiwa telah berlaku...saya hanya mengikut arus perdana, org ke kiri kita ke kiri, org ke kanan kita juga ikut ke kanan...
keseronokan mengharungi cita-cita itu pun ada pasang-surutnya, ada kala gembira dan ada kalanya berduka..
Teruskanlah kehidupan ini..
Buat yang masih di sini, kehidupan perlu diteruskan. Mesti membuahkan hasil kehidupan yang sempurna dan bahagia.
Kehidupan walau di mana-mana sekalipun perlu dilalui. Disemai, dibaja dan dijaga agar ianya hidup subur serta membuahkan rasa indah yang berbunga.
Biarpun sakit, lemah dan kecewa, kehidupan mestilah menghasilkan manfaat kepada insan lain. Bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga orang lain yang sama2 mengikut rentak kehidupan yang berliku ini...
Ok, jumpa lagi..