Assalamualaikum...
Hai semua...rindunya rasa hati saya nie, dah 3 hari tak kemas blog kesayangan saya nie..
dr hari Sabtu, Ahad dan Isnin...
hari Sabtu dan Ahad tu saya out-station, keluar dr Ipoh..
Pada Sabtu tu, seawal jam 7.40 pagi kami zuppp terus ke Sg. Petani...cadangnya nak bertolak ke sana hari Jumaat mlm tu...tapi tak jadi..
benarlah kata2 ni, kita hanya mampu merancang tetapi Tuhan jua yg akan menentukan setiap kejadian di dunia ini...
Kami berkumpul di Sg. Petani nie adalah untuk menguruskan majlis pertunangan Kakchik, adik saya yg ke-7...dia anak perempuan yg ke-3 dlm keluarga Pak Aji Mat...
saya nie adik-beradik ramai, 11 org, lelaki 7 org dan perempuan 4 org...
Klu kakchik dah kahwin nanti nampak gayanya tinggal 2 org shj lah anak Pak Aji Mat dan Wan Timah yg belum berumahtangga..Maksu dan Haris...
emmm...giliran Haris lambat lagi kot, dia nie baru tingkatan 3...
Ok, majlis pertunangan itu berlangsung di rumah adik saya yg ke-6 iaitu anjang Aziz dan isterinya Bazilah...
saya nak kongsi di sini, kami yg 11 adik-beradik nie ada gelaran nama masing2 tau...
mula2 saya lah..Yong utk anak sulung..seterusnya Nyah, Yang, Uda, Andak, Anjang, Kakchik, Abang, Kaksu, Adik dan last Haris...
Mula rancangnya majlis itu akan dibuat anggaran jam 3.00 petang, tapi dekat2 jam 3.45 ptg tu barulah rombongan meminang tu sampai...
katanya mereka menunggu kehadiran angggota keluarga dr KL...
bila sudah berkumpul semua barulah mereka sama2 bertolak ke rumah anjang nie...
Majlis dimulai dgn ucapan oleh bapa bakal pengantin lelaki..
menerangkan panjang lebar hajat yang dibawa oleh rombongan mereka itu..
ketua rombongan ini diketuai oleh bapa saudara bakal pengantin lelaki..
duduk tepi grill berbaju hijau muda tu...
terlindung plak dgn songkok nyah-baju oren dpn ni...
manakala keluarga kami pula diwakili oleh nyah Rahman nie...
perbincangan pun bermula..
antara bapa bakal pengantin lelaki-baju putih, nyah dan adik beradik yg lain..
mana2 yg kurang faham akan ditanya kepada Abg Yang Fauzi-baju kotak2 nie..
dia org Kedah, so fahamlah mana2 loghat Kedah yg pekat tuh....
serius nampaknya mereka nie...
menetapkan belanja dan tarikh pernikahannya..
disaksikan juga oleh adik-beradik yg lain...
(apa hal tu Sallehuddin?.. tergolek le pulak tgh2 majlis Makchik nihh!..)
saksi2 utamanya...dr kiri, Andak, Adik dan Uda...
ini golongan p'puan pula, adik ipar saya, Bazilah dan Ila..
(yg terlindung tgh tu Suri dan Saadiah)
(yg terlindung tgh tu Suri dan Saadiah)
ini gambar sebelum rombongan meminang tu sampai..
dr kiri, Kakngah Suri, Kak Anjg Bazilah, Yang dan Kak Uda Ila...
(sempat lagi kak Long menyelit kat tepi tu yekk!...)
setelah kata sepakat dimuktamatkan, makanya keluarlah bakal pengantin p'puan dr tempat persembunyiannya...eeerr silap, dr dlm bilik!..
kakchik bersama adik ipar bakal pengantin lelaki..
sebagai bukti telah dimiliki, sebentuk cincin disarung di jari manis kanan Kakchik oleh emak saudara bakal pengantin lelaki...
mendapatkan restu dr bakal emak mentuanya..
Pak Aji Mat pulak tersenyum bahagia...
Wan Timah jugak ceria...
bergambar kenangan bersama emak dan bakal emak mentua...
bersama keluarga di sebelah sana...
senyum melebar ko yer kakchik..hihiii..
antara barang hantaran kedua2 belah pihak..
kanan dr pihak lelaki (tona biru dan putih) dan balasan dr pihak kami pula sebelah kiri nie (tona oren-coklat)..
5 berbalas 7..
1. Buku 2. Sejadah
3. kain pelikat 4. buah-buahan
5. Kek
6. Cheese Tart
7. Hantaran Biskut 4 Sekawan
4 jenis yg berlainan, dr sebelah kanan iaitu Biskut Samperit, Biskut Rainbow a.k.a. Lidah Kucing Pelangi, Tart Nenas Gulung dan Biskut Pretzel
Cheese tart dan Biskut 4 Sekawan ini saya tempah dr Mama Ana...
terima kasih Mama Ana...adik saya, kakchik sangat berpuas hati dgn hasilnya...
Mama Ana nie pandai mengolah apa2 yg kita hendak, hanya maklumkan shj nak buat apa.. utk buat hantaran ker or utk jamuan ...
saya mendoakan semoga bisness Mama Ana terus berjaya...
Petang tu jugak kami menyediakan nasi minyak ayam berempah...
( bukan masak sendiri nie, order shj..hihiii...)
dalca..
tak pedas sgt dan sedap...
acar timun mentah..
ini pun sedap, secukup rasa, masam manis semua ada..
juga ada laksa Kedah...
kaunya kuah dia, pekat dan melekat..
termasuk juga pemanis mulut...
kek2 itu dibuat sendiri oleh Yang..
kek coklat, cheese kek dan kek span pandan..
kuih seri muka tu ditempah oleh Kak Uda Ila..
Habis makan2, maka selesailah majlis pertunangan kakchik nie...
Petang tu ada acara utk golongan anak2 pulak, main2 bebas kat luar rumah..
yg besar2 main bola dan yg kecik2 ada acara mandi dlm kolam plastic nie...
yg emak bapak masing2 jadik penonton kat tepi...heheheee...
Ok, jumpa lagi..