Assalamualaikum...
Rasanya semua yang bergelar ibu jika boleh ingin memasak sendiri juadah berbuka puasa untuk keluarga. Selain lebih terjamin tahap kebersihan dan khasiat makanan tersebut, ia juga boleh menjimatkan wang ringgit. Siapa tahan kalau setiap hari perlu membeli di bazaar Ramadan yang harga makanannya sangatlah mahal.
Mungkin bagi yang bekerja di rumah atau suri rumah, soal memasak untuk berbuka puasa tiada masalah tetapi bagi ibu yang bekerja ia agar mencabar dan perlu menjadi ‘lipas kudung’ jika hendak memasak setiap hari.
Sebenarnya ada cara untuk kita menjimatkan masa dan tenaga. Kenapa tidak diguna pakai untuk memudahkan tugas memasak kita. Bukan sahaja boleh digunakan pada bulan puasa tetapi sesuai untuk sepanjang masa.
- Rancang menu seminggu
- Pembungkusan lauk pauk mentah
Begitu juga dengan ikan, minta peniaga menyiang ikan-ikan tersebut bagi memudahkan kita. Selepas itu kita perlu membungkus ayam, ikan, daging dan sebagainya yang dibeli dalam bungkusan plastik atau bekas mengikut kegunaan harian.
Jangan bungkus semuanya dalam satu bekas/plastik kerana ia akan menyukarkan kita apabila tiba masa untuk memasak. Simpan dalam bahagian dingin beku, setiap kali hendak memasak, kita hanya perlu keluarkan dan letak di bahagian chiller.
Pulang dari kerja ayam atau ikan sudah lembut dan boleh terus dimasak.
- Kisar bawang dan cili
- Gunakan gunting bukan pisau
- Sejuk bekukan lebihan lauk
- Masak satu lauk yang lengkap
- Ulam-ulaman pengganti sayur
- Dari dapur terus ke meja
Sumber