Sabtu, 2 April 2011

Durian Lagi





1) Banyak makan durian mungkin punca Malek Noor sakit jantung
(rujukan Kosmo Sabtu, 2 April 2011)

IPOH- Banyak makan durian mungkin menjadi punca bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor diserang sakit jantung ketika baru lima minit memulakan perlawanan bola sepak di sini kelmarin.

Perkara itu diceritakan sendiri oleh beberapa ahli Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) kerana antara aturcara lawatan yayasan tersebut ke bandar raya Ipoh ialah melawat sebuah ladang buah-buahan di sini.




2) Makan durian puas-puas dengan harga RM9.90
(rujukan Harian Metro Sabtu, 2 April 2011)

KUALA LUMPUR- Orang ramai boleh menikmati seberapa banyak durian dengan hanya membayar RM9.90 sempena pesta 'Jom Makan Durian' yang akan diadakan di Hentian Sebelah Bukit Gantang arah Utara, Lebuhraya Utara-Selatan pada 9 dan 10 April ini.

" Pengguna lebuh raya berpeluang menikmati seberapa banyak buah durian dengan hanya RM9.90 seorang, manakala percuma untuk kanak-kanak bawah tujuh tahun selagi stok masih ada."

" Diskaun 50 peratus turut diberikan kepada orang ramai yang mahu membeli durian di kawasan tapak pesta," kata Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Plus Expresways Berhad, Khalilah Mohd Talha dalam satu kenyataan media, semalam.


                                                    ( ini durian Bukit Chawi, kg teman ler..)