Assalamualaikum..
April 7, 2014
Salam semua warga FB. Seperti yg ramai tau saya baru saja lancarkan (soft opening) cafe #matperiuk di Ipoh, Perak. Di kawasan kampung, dimana saya dibesarkan (Lot 22241, Hala Tasek Timur 11, Kg Tersusun Tasek, Ipoh, Perak) Namun mungkin ramai yang belum tahu kenapa #matperiuk ditubuhkan.
Ada 2 sebab utama:
1.) Pertama, ialah untuk menyambung legasi Arwah Bonda saya yg dari muda lagi sentiasa menyebarkan kasih sayangnya melalui masakan dgn hidangan-hidangan yang lazat yang sudah terkenal seluruh Ipoh.
2) Kedua, saya dedikasikan cafe ini untuk bakat-bakat muda yang dahagakan peluang untuk berkarya dari pelbagai cabang seni seperti masakan, seni halus, musik, etc yg saya namakan usaha ini sebagai 'mat periuk philosophy'.
Untuk pengetahuan semua, tidak ada istilah saya adalah owner cafe ini, kerana semua anak2 muda (the young talents) yang terlibat dlm project ini adalah owner sebenar cafe ini. Usaha ini sebenarnya kecil saja, namun saya dan isteri Nur Hayati Abdul Rahman berharap ianya menjadi satu benchmark buat dunia mengetahui membantu anak2 muda untuk berjaya sekarang dan di masa depan boleh disalurkan dengan pelbagai cara dan kami memilih cara ini (asalkan young talents ini mempunyai atitude yang bagus, menghormati sesama manusia dan sentiasa bersyukur atas rezeki yang Allah berikan).
Insyallah baru 4 hari dibuka, sambutan sangat mengalakkan dan sudah ada investor yg berminat, namun wajib saya tekankan, jika investor2 tersebut mengharapkan pulangan keuntungan yg tinggi, anda mungkin tersilap tempat kerana 'mat periuk philosophy' bukan berkisar pada keuntungan semata-mata tetapi ianya lebih kepada menghargai bakat selain memberi ruang dan peluang pada bakat anak2 muda (fyi: anak-anak muda ini tidak dikenakan sebarang sewa atau kos2 lain sepanjang mereka 'berkarya' di cafe ini) .
Moga satu hari nanti orang akan berkata jika Jamie Oliver ada Fifteen Foundation, Chef Kamarul pula ada "matperiuk philosophy". Oleh itu dengan rasa rendah diri saya mohon ramai-ramai "like" page rasmi "mat periuk cafe" - Terima kasih untuk sokongan anda semua - Chef Kamarul
November 24, 2014
Alhamdulilah, pada hari Ahad lepas (23/11/2014) satu majlis bacaan Doa sempena pembukaan Mat Periuk Jr, Desa Tambun, Ipoh telah diadakan. Majlis doa ini telah diketuai Tok Imam dan dihadiri ahli khariah mesjid dari kawasan Desa Tambun dan sekitar. Alhamdullilah ramai yang hadir termasuk Tok Penghulu, masyarakat setempat serta saudara mara dan sahabat handai. Turut hadir, 'founder' Mat Periuk Jr sendiri Chef Kamarul bersama isteri. Walaupun majlis ringkas saja namun cukup meriah, kami warga Mat Periuk amat menghargai setiap tetamu yang hadir, moga sokongan ini akan berterusan bila kami mula beroperasi sepenuhnya kelak. Amin
***************
Saya bagi dulu intronya dengan memetik kata-kata dari FB Chef Kamarul dan MatPeriuk Jr Burger. Lain-lainnya biarlah gambar sahaja yang bikin bicara.
Memang sedap..dap..dap..dapp....
order 6 botol air untuk 6 beranak, memang tak habis ler klu bebudak yang minum..
nama air ini ada perkataan 'kahwin'
macam-macam rasa bercampur, lemon, laici dll, terkejut perut bila minum..
hidangan yang sedap dan sangat mengenyangkan..
meatball segar, terasa manis dagingnya..
kuah yang creamy, udang pun segar..
chicken chop grill
lamb chop grill
Deep Fried Breaded Fish and Chips with Homemade Tartar Sauce, french fries, chopped salad, and fresh garden salad.
suasana dalam cafe ini agak sempit sikit jika ramai pelanggan...
fizikal meja kayu yg kotak-kotak itu menyebabkan kita terpaksa meletakkan kaki ke sisi (kaki tidak boleh masuk bawah meja, tergeliat bahagian perut dan kaki..)
keadaan ini menyebabkan situasi kurang selesa sewaktu menjamah makanan walaupun hidangan makanan itu mengujakan pandangan mata dan rasanya sedap..mungkin boleh buat penambahbaikan kedudukan kerusi dan meja itu..
Wassalam...