Jumaat, 23 Jun 2017

Menjaga anak perempuan ketika pulang beraya di kampung




Mari Ulangkaji.

Seronok sangat dapat berkumpul bersama sanak saudara. Tetapi jaga-jaga, ada yg memerhati anak perempuan anda barangkali.

Setahun sekali berjumpa maka, kita tidak tahu aktiviti harian dan kehidupan saudara dan org sekeliling (sanak saudara jauh).

Maklumkan awal kepada anak perempuan dan lelaki anda sebelum pulang ke kampung.

1) ibu harus pastikan pakaian yang dibawa oleh anak perempuan anda sesuai dan menutup aurat.

2) beritahu ketika hendak mandi atau ke tandas, bawa terus pakaian gantian. Jangan keluar tandas dengan bertuala atau berkemban. Bekalkan kain batik pada anak perempuan anda untuk digunakan sebagai kain basahan ketika mandi.

*Laranglah anak perempuan dan lelaki agar tidak mandi tanpa seurat benang!

3) Bagi anak perempuan yang sudah baligh, wajib bertudung dan berpakaian menutup aurat dihadapan sepupu lelaki/saudara lelaki.

* Ibu boleh sediakan tudung yg selesa dan mudah sarung.


4) Jika bilik tidak mencukupi, dan tidur diruang tamu secara beramai ramai. pastikan anak perempuan anda HANYA tidur bersama Ibu, kakak, adik perempuan, ibu saudara perempuan atau sepupu perempuan. ( begitu juga dengan anak lelaki)

*Pastikan anak perempuan tidur dengan berseluar panjang BUKAN berskirt atau berkain sarung.

5) Beritahu, jika ada sanak saudara lelaki dewasa/remaja yang ajak bermain didalam ruang tertutup seperti Bilik /Stor. JANGAN IKUT.

6) Jangan lupa ajaklah anak perempuan anada bersama membantu didapur. Ini memudahkan anda memantau pergerakan mereka.

7) Jangan biarkan anak anda hanya terperap di dalam bilik dan tidak bergaul bersama sanak saudara.

8) Oh ya, pesan juga agar anak anda tidak sesuka hati duduk di atas riba saudara lelaki. 

(Ada bahayanya! atas riba nenek boleh..

Raikan aidilfitri dengan gembira tanpa risau keselamatan anak anda.




we care we love.



Selamatkan anak kita.
Team Bengkel Akil Baligh
Pelangi Ilmu Resources.

Khamis, 22 Jun 2017

Renungan Ramadan




Jom bersihkan hati... hati bersih, hidup bahagia.
1. Jgn cari salah org. Salah sendiri banyak pun kita tak sedar.
2. Jgn hina org. Allah tak pernah hina kita.
3. Jgn buka aib org. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.
4. Jgn perlekehkan org. Allah hargai setiap usaha hambaNya.
5. Jgn mengata org. Mana tau masa depan org yg kita kata tu lah yg akan tolong kita dalam kesusahan.
6. Jgn sakitkan hati org. Doa org yg teraniaya itu makbul.
7. Jgn bangga dgn amal ibadah kita. Hanya Allah yg tahu amal tersebut diterima atau tidak.

8. Jgn sombong dgn apa yg kita ada. Allah boleh tarik bila2 masa.
9. Jgn bandingkan orang lain dgn kita. Allah buatkan rezeki setiap org itu berbeza.
10. Jgn sedih dgn kekurangan kita. Allah tahu apa yg terbaik utk hambaNya.
 


Mohon terasa utk kebaikkan diri sendiri.. 
Renung2kan & muhasabah diri..

Rabu, 21 Jun 2017

Microsleep




Pernah tak anda alami situasi di mana anda sedang memandu kenderaan dan tiba-tiba terlelap?
Hanya seketika. Hanya beberapa saat.

Lori yang pada mulanya masih jauh jaraknya tiba tiba berada di hadapan mata.

MICROSLEEP adalah keadaan dimana badan 'tidur' buat seketika. Segala input dari deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat diproses otak. Tempoh microsleep adalah antara 1 hingga 30 saat. Ia boleh berlaku walaupun mata masih terbuka. Seperti sebuah komputer, otak telah "shut down".

Pada kelajuan 70km/h, microsleep selama 3 saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter. Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 km/h.

Seringkali pemandu memikirkan dia kebal.
"Accident berlaku kepada orang lain. Aku ada skill. Kereta pun elok."

Keinginan untuk bersama keluarga tersayang yang terpisah buat sekian lama dijadikan motivasi untuk gagah memandu walaupun sudah terlalu mengantuk.
"Aku dah janji dengan anak - anak nak bawa mereka berjalan. Kesian mereka kalau aku lambat."

Ada juga yang berpendapat jika kenderaan dipandu dengan laju, akan kurang mengantuk akibat kesan 'adrenaline' yang meningkatkan upaya 'fight or flight'. (Fight or flight adalah sitiuasi dimana badan bersedia untuk menghadapi keadaan yang memberhayakan diri: lari atau lawan). Manakala jalan yang berbengkang bengkok seperti di Lebuhraya Karak akan menghilangkan rasa mengantuk kerana pemandu lebih fokus dengan cabaran ambil 'corner'.

Dua fakta di atas hanya mengundang bahaya. Kesan 'fight or flight' hanya seketika sahaja. Sistem badan akan 'burn out' dan akhirnya boleh menyebabkan microsleep yang lebih lama.

Jadi, apa yang harus dilakukan?

๐Ÿ”บ BERHENTI.
๐Ÿ”บ LETAK KERETA DI TEMPAT YANG SELAMAT.
๐Ÿ”บTIDUR.


Tak perlu tidur lama. Lima minit cukup.
Ulang setiap kali anda mula berasa mengantuk. Berhenti berehat setiap dua jam untuk pemanduan jarak jauh.

Untuk penumpang hadapan pula, jadilah co-driver yang baik. Apabila perjalanan bermula janganlah berdengkur sahaja ataupun sumbat earphone di telinga dan layan filem Korea seorang diri. Cuba lakukan beberapa perkara ini:
1. Bawa bersembang dengan pemandu untuk elakkan rasa mengantuk.
2. Perhatikan cara pemanduan. Jika sudah mula membawa tidak mengikut lorong, tegur pemandu. Cadangkan untuk berehat seketika di stesen minyak.
3. Sekali sekala lihat paparan dashboard pemandu. Adakah pemanduan terlalu laju? Ada tak lampu - lampu amaran yang menyala? Jika ada, tegur.

Berhati hati di jalan raya. Musim perayaan telah bermula. Jangan jadikan diri dan keluarga anda sebahagian daripada statistik OPS SIKAP.

Ramadan Kareem.

Dr Ahmad Firdaus Mohd Haris
Presiden & pengasas
Medical Mythbusters Malaysia

Selasa, 20 Jun 2017

Kata-kata Ketenangan Jiwa





Ya Allah...
berilah kami kekuatan ketika rapuh..
berilah kami petunjuk ketika keliru..
berilah kami cahaya ketika dalam kegelapan..

Semoga hari ini lebih baik dari semalam..
Semoga hari ini penentu yang lebih baik utk hari esok..

Isnin, 19 Jun 2017

Doa untuk keluarga dan sahabatku di hari-hari terakhir di bulan Ramadhan













Ya Allah jika di saat ini, ada keluarga dan sahabatku yang sakit, sembuhkanlah dia. ุขู…ِูŠّู†ْ

Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang bermasalah, berilah kesabaran dan jalan keluar untuk dia. ุขู…ِูŠّู†ْ

Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang kesempitan rezeki,kau lapangkanlah rezekinya. ุขู…ِูŠّู†ْ

Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang bermasalah di antara satu sama lain damaikanlah mereka. ุขู…ِูŠّู†ْ

Ya Allah jika disaat ini ada keluarga dan sahabatku yang sesat duniawi, kurniakan Nur kepada dia. ุขู…ِูŠّู†ْ

Ya Allah jika disaat ini ada keluarga dan sahabat ku yang lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kepada dia. ุขู…ِูŠّู†ْ

Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang bersedih hati, kembalikan lah kecerian diwajahnya. ุขู…ِูŠّู†ْ

Ya Allah jika disaat ini ada keluarga dan sahabat ku yang berada di persimpangan jalan yang berliku, tunjukkan lah jalan yang diridhoi oleh Mu.



Berikan kami semua kesempatan untuk berjumpa kembali di Ramadhan tahun depan.
ุขู…ِูŠّู†ْ ุขู…ِูŠّู†ْ ุขู…ِูŠّู†ْ ูŠَุง ุฑَุจَّ ุงู„ุนَู€ู€ู€ุงู„َู…ِูŠْู†

Ahad, 18 Jun 2017

15 Tip Raya di Kampung




Untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung, sila ikuti 15 langkah berikut :

1. Bawa balik seterika sendiri. Supaya x berebut. Kalau muat bonet, angkut iron board sekali.

2. Rumah di kampung kadang x ada aircond, kipas terhad, bawa balik 1 kipas sendiri. Kalau dapat elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak.

3. Bawa balik extention cable sekali. Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dll.

4. Kalau perlu, tilam@toto pun bawa sekali.

5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya.

6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak lelaki tolong atuk kemas rumah seperti sapu laman, bakar lemang, ligan ayam dll.

7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan hp, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok hp. Kepimpinan melalui tauladan.

8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan 'respect'.

9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dll. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim.

10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun 'keberadaan' kita bersama mereka lebih disyukuri.

11. Jangan selalu terperap dalam bilik. Ini biasa hobi menantu perempuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapur. 1 lagi, time raya ni lah nak kenal saudara mara. Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.

12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur. Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg., kuih raya 3 atau 4 balang dll. Paling koman 'kordial sunquick' pun kira dah soleh lah tu.

13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Belajar berlapang dada. Jangan cemari kemaafan Syawal dengan kemarahan kita. Kalau rasa diri memang tak boleh nak berlebih kurang dgn org lain, jgn harap orang lain berlebih kurang dengan kita. Kena belajar erti menghormati yg tua yg muda, jangan rasa kita hebat.

14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin! hihihi...

15. Kita balik kampung bukan kerana budaya, tetapi kerana mak ayah kita, tanggungjawab kita. Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana. Nikmati masa tersebut. Hargai dan syukuri sebelum ianya berlalu pergi.

Sabtu, 17 Jun 2017

Sini Bukan Rumah Kita





Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga.
Kita tidak berasal dari bumi,
tapi kita berasal dari syurga.

Maka carilah bekal untuk kembali ke rumah kita,
kembali ke kampung halaman yang lama kita tinggalkan.

Dunia ini bukan rumah kita,
maka jangan alpa dengan kesenangan dunia.
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali kerumah kita.

Tak rindukah pada kampung anda?

Bukankah mereka yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya yang menunggu di rumah..

Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita?

Rabb yang mulia
Dia hanya meminta amal sholeh dan keimanan, taat padaNya serta rasa rindu padaNya
Yang menanti di rumah.

Begitu beratkah memenuhi perintahNya?

Kita tidak berasal dari bumi, kampung asal kita adalah di syurga.

Kenapa kita lupa?

Rumah kita jauh lebih indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan,dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita.
Ada isteri sholehah
Ada suami Sholeh
serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.
Mereka rindu kehadiran kita, setiap saat menatap menanti kedatangan kita.
Mereka menanti khabar baik dari Malaikat Izrail.

Bila keluarga mereka akan pulang?

Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah iaitu neraka.

Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perjalanan.
Moga perjalanan kita kesana selamat dan diRahmati

INGAT!! Ini bukan rumah kita.













( dikongsi... Semoga Allah merahmati tuan yg mngarang & melakarkan puisi indah ini )

Jumaat, 16 Jun 2017

Malam Al Qadar



Malam Al Qadar

Sayangnya, kita lebih terfokus melihat tanda-tanda mendapat Al Qadar pada alam, pada pokok, air dan lain-lain yang berada di luar diri.

Sedangkan tanda mendapat Al Qadar itu ada pada diri sendiri.

Bukankah mereka yang bertemu dengan malam Al Qadar amat bertuah kerana doa, taubat dan hajatnya “diangkat” oleh para malaikat lalu dimakbulkan Allah?

Jadi, jika seseorang mendapat Al Qadar tentu jiwanya lebih tenang, akhlaknya menjadi lebih baik dan ibadahnya (sama ada habluminallah dan habluminannas) bertambah lebat dan hebat.

Malam Al Qadar ialah malam yang paling sibuk laluan ke langit dunia (umpama trafik jam) kerana turunnya pelbagai malaikat yang tidak kira banyaknya. Meriah sungguh sampai terbit fajar.

Malaikat turun secara luar biasa banyaknya itu termasuklah yang paling tinggi pangkatnya di kalangan mereka – malaikat Jibrail.

Masing-masing ada tugasnya. Pelbagai urusan dilaksanakan oleh mereka.

Salah satu urusan ialah “bertamu dalam hati” orang Islam yang bersih hatinya. Sekali bertamu tetapi kesannya berpanjangan. Impaknya, hati orang yang pernah menjadi tempat singgah malaikat akan berubah.

Bisikan para malaikat mula mengambil tempat yang khusus dan menjadi begitu dominan dalam kehidupan seseorang itu.

Mulai detik itu bisikan kebaikan (dari malaikat) akan mengatasi bisikan kejahatan (dari syaitan) dalam hati orang tersebut.

Ya, hidup ini sebenarnya kita lalui antara dua bisikan. Pertama, bisikan “hati kecil” yang suci dan baik. Kedua, bisikan “hati besar” yang kotor dan jahat.

Bisikan ini sentiasa berperang dalam hati. Justeru, hati hakikatnya adalah wadah rebutan antara malaikat dan syaitan. Antara ilham dan waswas.

Siapa yang menang, dialah yang akan menakluki hati dan terarahlah hati itu ke arah yang dikehendaki oleh “penakluknya”.

Firman Allah:“Dan beruntunglah orang yang membersihkan dan merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah al-Syams 91: 9-10)

Orang yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa, taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi hatinya.

Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi hati besarnya.

Mujahadahnya akan terbantu.

Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin.

Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan.

Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.

Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar.

Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya.

Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk.

Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.

Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah.

Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang sempurna.

Semoga malam-malam berbaki ini, kita akan menambah pecutan amal. Tidak kiralah sama ada Al Qadar telah berlalu atau masih menanti detik untuk bertamu.

Kita tidak akan menunggu tetapi kita akan memburu.

Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir.

Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’.

Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini  atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…

Persediaan menemuinya bukan dibuat semalaman, seharian, mingguan atau bulanan.

Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuiNya”. Mengapa?

Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat.

Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!

Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut berdusta. Untuk mengatakan tidak, aku takut derhaka. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku... kasihanilah aku Ya Allah... dgn berkat kekasih2Mu
, Aminn..




Khamis, 15 Jun 2017

Makna Bacaan Dalam Solat



Untuk sama-sama ulangkaji. Ada orang dah solat berpuluh tahun, tapi still tak tahu maksud atau makna bacaan dalam solat yang diorang buat (ramai sebenarnya). Tak hairan la kalau tak kusyuk dalam sembahyang. Oleh itu, marilah kita renung-renungkan dan faham-fahamkan setiap rangkap yang kita sebut sewaktu kita solat

Takbiratul-Ihram / Takbir:
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah:
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah:
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk:
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk:
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal:
Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud:
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku, lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir:
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Semoga bermanafaat utk kita bersama!

"ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA"

Banyak sekali orang yang tegesa-gesa ketika membaca Al-Fatihah di saat solat tanpa toma'ninah, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan solatnya.

Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:

"Aku membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

■ Ertinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat ke bawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

■ Ketika Kita mengucapkan "AlhamdulillahiRabbil 'alamin".

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim".

Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin".

Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan “Iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in”.

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan Hamba-Ku.”

■ Ketika kita mengucapkan “Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan’amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin.”

Allah menjawab: “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta.” (Hadis Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)

■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat.

Rasakanlah jawapan indah dari Allah kerana Allah sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan “Aamiin-nya” bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

 

Sahabat jika artikel ini bermanfaat silakan dikongsikan, sampaikan walau satu ayat.

Sabda Rasulullah SAW;

"Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang membaca mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada."
(Hadis Riwayat Muslim)