Jumaat, 22 Oktober 2010

Tetamu Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Esok, 23hb Oktober 2010, emak dan ayah mentua saya iaitu Tn. Hj. Lutpi B. Ibrahim dan Pn. Hjh. Hindon Bt Ghazali akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji. Mereka akan berkumpul di Kelana Jaya sebelum bertolak melalui KLIA anggaran pukul 3.30 petang waktu Malaysia. Pemergian mereka dari Air Molek, Melaka ini akan diiringi oleh saudara-mara dan rakan-taulan yang akan menaiki sebuah bas persiaran dan beberapa buah kereta persendirian.


Alhamdulillah, doa dan hajat mereka berdua untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima ini tercapai buat kali kedua pada tahun ini. Sebelum ini juga mereka telah berangkat ke Tanah Suci pada tahun 1995 dan menunaikan ibadah Umrah pada tahun 2009. Ibadah Umrah mereka itu disertai sekali oleh dua orang anak kesayangan mereka iaitu Dzulhaizan dan Helwa Naemah.


Dalam tempoh seminggu ini, ramailah rakan-rakan dan anak-anak didik ayah dan emak mentua datang menziarahi mereka. Masing-masing mendoakan kesejahteraan dan ketenangan keduanya semasa bergelar Tetamu Allah. Doa dan kata-kata semangat mereka bakal menjadi perangsang dan pedoman buat mereka berdua. Doa ini harapnya dititipkan berterusan sehinggalah mereka selamat sampai di tanahair, bumi Malaysia pada 11hb Disember 2010, insyaallah.

Sekian buat kali ini, jumpa lagi.

Isnin, 12 Julai 2010

Gambar-gambar Homestay De Rasi

1. Ruang tamu yang luas, dilengkapi dengan set sofa(1,2 dan 3 tempat duduk) dan TV 29 inci. Langsir sejuk mata memandang dan mendamaikan.




2. Meja makan 6 kerusi untuk keselesaan tetamu yang bertandang, seperti rumah sendiri.
Jika berminat, sila hubungi 013-3923739 untuk tempahan.

Jumpa lagi.

Jumaat, 9 Julai 2010

Homestay De Rasi

Akhirnya pasti....angan-angan menjadi kenyataan,diberi nama Homestay De Rasi.

HOMESTAY DE RASI
Lokasi:
No 20, Jalan Desa Ampang 22, Taman Rasi Ampang, 31350 Ipoh, Perak.
(rumah teres 2 tingkat 22 X 70)



Kelengkapan Rumah:
- 4 bilik tidur dan 4 bilik air (setiap bilik air mempunyai 'water heater')
- 3 bilik tidur berhawa dingin.
- 2 bilik mempunyai katil bersaiz 'Queen' dan 2 buah bilik dengan 2 buah katil ber saiz 'single'.
- Semua bilik dilengkapi dengan almari.
- Ruang tetamu dengan kelengkapan sofa dan TV 29 inci.
- Meja makan untuk 6 orang.
- Kabinet Dapur (disediakan teh uncang, gula dan krimmer)
- Disediakan juga peralatan elektrik seperti mesin basuh automatik, peti sejuk, pemanas air, pembakar roti, saterika dan 'iron board'
- Ruang parking sesuai untuk 2 buah kereta.

Kadar Sewa :
RM 250.00 semalam (‘check-in’ 2.00 petang dan ‘check- out’ 12.00 tengahari)


Jika berminat, sila hubungi : 013-3923739 atau sms untuk pertanyaan.

Isnin, 1 Mac 2010

Lesu..

Lama dah tak menulis apa-apa. Jawapan paling mudah, sibuk sibuk dan sibuk...
Terkenang waktu muda-muda dulu bila menatap gambar-gambar ini.