Rabu, 13 Mei 2015

Pizza Sedap



Assalamualaikum..

 
Suka saya ingin berkongsi resepi membuat pizza di sini.

Saya membuatnya pada hari Sabtu lepas untuk minum petang. Cadangnya jika ada lebih boleh sambung terus untuk juadah makan malam.

Saya membancuh aduan doh anggaran jam 3.00 petang. Berkobar-kobar rasa hati untuk menyiapkan pizza ini, maklumlah anak-anak keliling pinggang melihat emaknya menyediakan doh pizza. Memasing excited.

Ini kali kedua saya membuat pizza ini, dulu2 itu saya membuatnya semasa saya masih lagi 'muda remaja', anak pun baru masuk 2 orang.
Masa tu Klong pun belum masuk tadika lagi, anggaran umur dia agaknya 4 tahun dan Angah Danial 2 tahun.

Selepas itu seingat saya, memang saya ingat dan yakin yang saya tidak pernah mencuba membuat doh pizza ini sendiri. Saya rasa susah dan renyah. Leceh.
Walau pun begitu kami sekeluarga selalu makan pizza, samada membeli pizza beku di pasaraya atau pun pergi ke Pizza Hut, tak pun order dari Domino's Pizza.

Selalunya setiap kali keluar pizza baru dari Pizza Hut atau Domino's Pizza, saya akan memujuk suami untuk mencubanya samada makan di situ atau bungkus bawa balik ke rumah.

Macam mana saya tahu ada pizza baru?

Oh senang sahaja jawapannya, lihat shj di dalam peti surat.

Jika ada fliers Pizza Hut atau Domino's Pizza mestilah ada pizza baru.

Semuanya menyelerakan dan pasti rasanya pun sedap.



Ok, berbalik kepada resepi pizza ini. Semuanya saya ambil dari blog Azie Kitchen. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Kak Azie kerana berkongsi resepi ini. Saya memohon jua keizinan untuk meletakkan resepi ini di sini untuk rujukan saya dan kawan-kawan di masa akan datang.



Sebelum itu, suka jugak saya memberitahu kawan2 semua yang bancuhan saya ini tidak naik dalam tempoh masa 30 minit seperti yang dinyatakan oleh Kak Azie itu.
Saya ini, selalu jugak terjadi jika membuat kuih-muih yang ada yis2 ini kurang menjadi.
Entahlah di mana silapnya, mungkin dari air yang digunakan tidak terlalu suam.
Tak pun dari yis mauripan saya yang mungkin tidak cukup sukatannya.
Tak pun disebabkan oleh jari-jemari saya yang kurang arif lagi mengguli adunan tepung itu.
Agaknya kena lama sikit mengguli doh itu, berapa lama?
Saya tunggu lagi 1 jam, adunan doh masih tidak naik.
Tunggu lagi 2 jam pun tidak naik juga.
Dan tidak nampak langsung tanda2 ia akan naik.
Berpeluh2 dahi saya masa ini, malunya aku dgn anak2..huhuuu..
Puaslah anak-anak saya melihat doh yang kejung dan membeku dalam bekas plastik biru itu.
Sedihnya hati saya.
Lastnya saya ke kedai runcit membeli roti arab beku dan bawa balik ke rumah.
Letakkan segala bahan yang ada di atasnya dan bakar. Siap.
Berselera kami makan 'pizza tiruan' itu.
Selesai 5 keping roti arab itu dibakar menjadi pizza terus merangkap utk makan malam. Siap lagi hantar sekeping ke Spg Pulai bagi kat Wan Timah, kekonon utk sambutan Hari Ibu. Sampai rumah balik dekat 10.30 mlm itu badan terasa penat sesgt dan lembik. Agaknya dah berumur ini buat kerja lebih sikit cepat penat.
Walaupun perut kenyang, malam itu hati saya berasa geram jugak dek kerana adunan doh yang tidak naik itu.
Hati saya masih tertanya2, kenapa ia tidak naik, di mana silapnya?
Dan esoknya, pada pagi Ahad itu sebaik shj saya ke dapur, saya terkejut badak, tanpa disangka-sangka doh saya telah naik berganda.
Cantik pulak naiknya.
Seronoknya rasa hati saya ini.
Dekat2 15 jam jugak baru adunan doh saya itu naik.
Sabar shj ler..
Nasib baik naik, klu tidak ke tong sampah le jawabnya, membazir betul kan..

Apa tunggu lagi, jom anak-anak kita buat pizza...:)
Doh Pizza

Bahan bahan:
1 1/2 cawan air suam
2 sk yis mauripan
Secubit gula
4 cawan tepung gandum
1/4 sk garam
1/4 cawan olive oil
Sedikit olive oil (lumur)



Cara-cara:
Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama 5 minit tanpa dikacau lagi.

Ayak tepung ke dalam mangkuk. Masukkan garam. Buatlah satu lubang di tengah-tengah tepung. Tuangkan olive oil ke dalamnya, diikuti dengan air yis tadi.

Ambil pisau dan dilalukan seolah memotong kek dari tepi ke tepi sehingga menjadi sebati. Dengan menggunakan kedua-dua belah tangan, uli, gulung doh sehingga tidak melekat di tangan.

Taburkan tepung gandum atas papan pencanai. Uli doh sehingga rata dengan meletakkan tangan di kedua-kedua tepi doh, dilipat ke tengah dan ditolak ke depan dengan kedua-dua belah tangan.

Sapukan olive oil di mangkuk dan letakkan doh yang siap diuli di dalamnya. Sapukan lagi olive oil di serata permukaan atas doh.

Akhir sekali tutup dengan plastic wrap dan biarkan doh selama 30 minit. Keluarkan doh yang telah naik berkali ganda, tumbuk dan bahagi kepada 2 bahagian.



Sapukan dulang pizza dengan butter. Leperkan doh pizza dan dicucuk-cucuk sedikit dengan garfu bagi mengeluarkan udara. Bolehlah di sapu dengan sos pizza dan letaklah apa-apa topping yang disukai.








Bahan-bahan topping:


3 keping chicken filletb Green Peppercorn - hiris
3 chicken frankfurter - hiris
3 filament sticks Crab flavor - hiris
4 white button mushroom - hiris  (saya tidak letak)
1/2 bawang besar kuning
1/2 red capsicum
5 keping pineapple cubes
Itallian herbs (saya guna serbuk oregano)
Fresh parsley/fresh basil 
Cheese Pizza Plus
Sos spageti Tradisional/Mushroom




Cara-cara:

Sediakan bahan bahan untuk dibuat topping. Hiriskan sayur-sayuran dan bahan yang akan digunakan.
Sapukan sos piza di permukaan doh dengan menggunakan belakang sudu. 

Taburkan Itallian herbs rata-rata. Letakkan bawang besar, red capsicum, mushroom atau apa apa sayuran disukai.

Masukkan chicken fillet, sosej, crab sticks dan pastikan ianya serata.



Akhir sekali, taburkan cheese. Masukkan pizza pan dalam dulang untuk memudahkan pizza dibawa keluar dari oven.
Saya terus shj masukkan pizza pan 11" ini ke dalam oven sebab oven saya kecik, muat2 shj pizza pan itu.


Bakar dengan suhu oven yang panas iaitu 240 C selama 5 minit dan lepas itu dikurangkan ke 220 C. Bakar selama 15 minit lagi.


Bila masak, keluarkan dari oven dan dipotong dengan pemotong pizza dan dihidangkan panas panas. Saya tiada pemotong pizza, hanya guna pisau plastik potong kek itu shj.



  



emmmm sedapnya, lain kali buat lagi yer mama...:)

 
Ok, jumpa lagi.