Memaparkan catatan dengan label roti john sedap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label roti john sedap. Papar semua catatan

Selasa, 24 Jun 2014

Aktiviti Hujung Minggu



Assalamualaikum..


Ini sepatutnya semlm saya tulis, tapi gitulah..angan2 ku musnah belaka..
 
Semlm saya dah mula masuk kelas, terloncat2 saya ke tingkat 4 tu nak masuk kelas jam 8.00 pagi..tertembung plak dgn Ketua Jabatan kat tingkat 2, tengah check sapa2 masuk lewat ke kelas..huhuu..
 
Terpercik peluh, menitis2 kat hujung dahi saya akibat kerisauan campur dgn kepenatan jln laju2 menapak tangga ke situ...emmmm..
 
tapi tidak mengapa lah, kurang sikit lemak kat dlm badan saya ni..hihii..
 
 
 
Ini cerita hari Ahad semlm...dalam tghari tu kami jln2 ke Simpang Pulai, melawat rumah ayah saya...nampaknya dah hampir 90% siap..
 
Rumah itu pun dah dikunci, so kami intai2 ajer  lah dr luar...agaknya lepas raya nanti nie mungkin dah dpt kunci...emmmm, merasalah Pak Aji Mat dan Wan Timah duduk kat kawasan pekan ye....
 
itulah impian diaorg selama ni, nak merasa duduk kat pekan pula...katanya nak ubah angin..tu lah manusia, bila sudah lama duduk di kg nak pula merasa duduk kawasan bandar...yg saya nie pula sudah rasa bosan duduk kat sini, teringin le rasanya nak menetap kat kawasan pedalaman pula!!..
 
Ok, jom ler kita bertukar.. tapi klu duduk kat kg saya nak kerja kat mana pulak?
 
 
Ok, sambung balik...lepas tgk2 rumah tu, kami makan kat kedai makan 1 Malaysia..jln nak ke Cameron Highland...selepas simpang 4 yg besar tu sebelah kanan..depannya bangunan Bomba Simpang Pulai..
 
klu kekwn turun dr Cameron Highland, kedai itu sebelah kiri sebelum sampai simpang 4 besar tu..makanannya boleh lah tahan..berhenti shj makan kat situ, tak lah susah2 nak cari kedai makan yg ok selepas turun dr Cameron Highland tu nanti..
 
 
Lepas makan kami terus ke Mydin Mall..sampai sana kami terus sembahyang Zohor dulu...best sembahyang kat sini, suraunya luas dan bersih..selesa dan aman..
 
Selesai sembahyang kami terus ke Ole Ole Super Bowl bermain bowling pula...tak sangka saya, akhirnya berjaya jugak kak Long memujuk ayah dia bermain bowling ni....saya pun apa lagi, lagi lah suka kan, dpt gak berlawan dgn en. suami...hihii..
 
Kami main 3 game..saya, en. suami dan kak Long...Danial pun main juga, berselang-seli dgn kak Long...Danish dan Husna pula main game2 kat tepi kawasan tu..
 
emmm, hilang tumpuan saya masa main bowling kali ini, asyik2 pandang Danish dan Husna kat belakang tuh...risau jugak, yg emak dan ayahnya terkinja2 main bowling tetiba kang anak hilang, haru oiii...
 
 
 
emmm, tak sangkalah, saya menang kali ini..hihii..
N itu sayalah Nani -281, D itu en. suami -266...
 
"Ok lah bang, lain kali kita main lagi yek..."
 
En. suami saya nie gaya dia mengalahkan org pro..siap bersilang2 lagi kaki dia masa main tuh, padahal nie baru pertama kali dia main bowling..katanya nie baru latihan, belum main betul2 lagi...hihiii..
 
 
 
kak Long seperti yg saya duga, memanglah last...byk masuk longkang dr kena pin..
 
 
 
terhegeh2 Danial memegang bola tu, katanya berat sgt...pada hal bola tu saiz 6..
kasut dia pakai saiz 2..4 kali baling barulah bola tu sampai ke hujung, sebelum itu separuh line pun tak lepas...
 
 
Habis main kami lepak2 sekejap kat Food Court kat bahagian bawah..banyak kedai makanan di sini dan ianya berkonsep ruang terbuka dan bebas duduk di mana2..
 
 
 
kami order Roti John shj, 3 kali kak long ulang-alik ke kedai tu..
 
sedap sgt ker roti John tu atau memang Danish ni tgh lapar..
...rasanya dia seorg habiskan sepinggan tu..hihiii..
Husna hanya minta ABC shj..tu pun dia tak habis..
 
Ok, selesai...
 
 
emmm, boleh tambah sikit lagi tak??
 
 
Masa nak balik tu kami lalu kat bahagian depan Mydin nie..ternampaklah ada Adopt Cat..
 
sudahhhh!!!..Danial sudah terpikat dgn seorg kucing nie...kucing kg ajer, ada 6 ekor anak dia sedang menyusu..comel2 gitu..4 ekor warna oren dan 2 ekor warna hitam..
 
Pujuk2 ayah dia, katanya dia nak jaga kucing tu lah...dia suka lah..dia minat lah...
 
 
Entah mcm mana tercair lak hati ayah dia ptg tu..pergi le kami ke kedai Pet dulu membeli sangkar kucing RM70.00, beli jugak makanan kucing dan pasir tempat kucing tu popooo...
 
 
 
 
haaa...ini lah kucing angkat Danial..kak Long dan Husna masih takut dgn kucing nie...
 
tapi kucing nie jinaklah..diam shj dia masa kita usap2 badan dia..
agaknya dia sudah biasa dgn org..nampaknya kucing nie pembersih lagaknya, selalu jilat2 anak2 dia..
 
 
 
comel2 anak2 dia..
 
 
sesak la, rasanya mcm sempit aje sangkar tu dgn muatan..
 
 
 
en. suami bukan lagi baiknya, siap beli Whiskas nie utk kucing tu...
katanya kesian, dah lah menyusukan anak2 yg ramai tu, makan sikit shj..
 
 
 
nie pasir dan makanan kering tu..pasir ini berbau lemon lagi..
 
 
 
tempat kucing tu popooo..
 
 
ni lah emak kucing tu, kurus dan panjang badannya..
petang semlm dia dah round2 dlm rumah tuan barunya ini..
 
namanya kami tak kasi lagi..tgh fikir2 nie..
 
 
 
Ok, jumpa lagi...
 
 
 
 

Isnin, 9 Jun 2014

Jalan-Jalan di Melaka


Assalamualaikum...


Petang tadi anggaran 5.45 petang saya keluar lagi jln-jln..
cadangnya saya nak cari jugak satu benda ini..kami jln terus menuju ke Klebang..

Lalu jugak kat gerai coconut shake Klebang tepi Caltex tu tapi ia dah tutup...


siap masuk lagi ke kedai kat dlm tu..klu tak silap saya tadi, nama lorong tu Solok Kg Bahagia..
(kalau saya tersilap saya mohon maaf byk2 ye, tadi tak tulis hanya ingat2 shj...)
adik kat dlm kedai itu pun tunjuk isyarat tangan 'tak ada' kpd saya..pada hal masa itu baru pukul 6.05 petang...

Agaknya tadi stok kelapa dia cepat habis...saya ni tak adalah rasa terkilan sgt tak dpt minum coconut shake tu.. sebabnya dah selalu rasa, boleh katakan setiap kali balik Melaka kami akan dtg ke tempat tu..

Tapi yg satu benda ini saya nak cari jugak sampai dpt...kami teruskan perjalanan sampai ke Pantai Puteri...dulu tu dikenali dgn nama Pantai Kundur kat Tanjung Kling...
tgk setiap gerai yg ada jualan di tepi jln tapi tak nampak jugak benda tu...
emmmm, sedihnya hati saya ini..huhuu..

Sebenarnya pagi tadi pun saya dah cari benda ini kat area Duyong tapi tak ada, kata org Perak tak memandang...saya pergi jauh lagi sampai kat depan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah kat Telok Emas tu..pun tak de jugak..

Jika ikut jln dalam dr Melaka nak ke Muar, kawasan ini terletak di sebelah kanan .. selalunya ada 2 buah gerai tepi jln yg jual benda nie...
Tu lah dia..bila teringin sgt nak, tak ada le pula dijual, kalau tak nak itu berlambak2 lah pulak dia kat tepi jln tuh...

emmm...kekwn boleh teka tak apa benda yg saya nak sgt tu?..heheee..
hendak bagi clue ker...ok, bentuknya leper2 sikit, berwarna hijau gelap...spesis makanan laut yang popular di sini..

haaa...siapa dpt teka dan beri jawapan yg betul saya akan kasi dia hadiah...
betul2 nie tau...nanti saya poskan satu keychain Melaka kepada insan2 yg bertuah tu, hanya utk 3 org pertama yg bagi jawapan betul shj ye..hihiii..


"tak pe lah mama, nanti lain kali kita balik Melaka..mama belilah benda tu banyak2.." 
pujuk kak Long sambil gosok2 bahu saya..emmm..


**********************

Waktu dlm perjalanan hendak balik dr Klebang tu, ternampaklah satu kedai ini..
emmm..nak cubalah..


Cendol Bakar...
ni glamour kat Kuala Selangor sana..


siap ada drive-thru lagi...
ni sudah bagus!! tak perlu nak keluar kereta dan sibuk2 cari parking..



ni menu2 nya..
korang besarkan gambar tu utk lebih jelas penglihatan yer..


kakitangan kedai sedang bertungkus-lumus menyiapkan pesanan kami, 8 bekas berlainan perisa..


friendly adik nie..spotting dia masa saya ambik gambar...
insyaallah lain kali saya akan dtg sini lagi...
cendol2nya sedap2 belaka, secukup rasa...tak manis sgt dan berlemak..



tak percaya ke? korang tanyalah Husna nie, dia dah rasa...
"sedap kan mama"...hihii..


Balik tu kami lalu ikut jln utama Melaka - Muar..selepas fly over yg besar tu, kat area Semabok akan jumpa restoran nie...klu dr Melaka, ia terletak sebelah kiri..


Restoran Bokchik & Keluarga...

kat restoran tu ada gerai RoTi JoHn @ MeLaKa..
beroperasi/buka selepas magrib...

menunya..tentulah roti John kan...hihiii...


bahan utamanya, bawang Holland hiris nipis2...


dicampur dgn telur dan lain2 bahan...
segan saya nak tanya, ini kan rahsia org berniaga..



diletakkan bahan campuran telur tadi atas roti panjang tu...


kemudian digoreng atas kuali..guna minyak sikit shj nampaknya...
sekali goreng muat 20 keping roti panjang tu..


dah masak diangkat dan diapitkan 2 keping roti panjang itu sekali, jadik 1 set..
kemudian dipotong serong2 kpd 6 bahagian kecil...
kami beli 4 set, RM18.00..


makannya dgn cara mencicahkan roti John tadi bersama kuah lada yg diberi..
kuah lada itu pedas dan manis2 sikit..rasanya tak lah pedas sgt dan sesuai utk selera anak2..
nak kata apa lagi?...
emmm...memang sedapppp!!!



p/s: esok saya nak balik semula ke Perak, kekwn doakan perjalanan kami lancar dan selamat ye..esok pun rasanya tak de post apa2, konfem ler penat jln jauh2 nie..


Ok, jumpa lagi..