Assalamualaikum...
Petang tadi anggaran 5.45 petang saya keluar lagi jln-jln..
cadangnya saya nak cari jugak satu benda ini..kami jln terus menuju ke Klebang..
Lalu jugak kat gerai coconut shake Klebang tepi Caltex tu tapi ia dah tutup...
siap masuk lagi ke kedai kat dlm tu..klu tak silap saya tadi, nama lorong tu Solok Kg Bahagia..
(kalau saya tersilap saya mohon maaf byk2 ye, tadi tak tulis hanya ingat2 shj...)
adik kat dlm kedai itu pun tunjuk isyarat tangan 'tak ada' kpd saya..pada hal masa itu baru pukul 6.05 petang...
Agaknya tadi stok kelapa dia cepat habis...saya ni tak adalah rasa terkilan sgt tak dpt minum coconut shake tu.. sebabnya dah selalu rasa, boleh katakan setiap kali balik Melaka kami akan dtg ke tempat tu..
Tapi yg satu benda ini saya nak cari jugak sampai dpt...kami teruskan perjalanan sampai ke Pantai Puteri...dulu tu dikenali dgn nama Pantai Kundur kat Tanjung Kling...
tgk setiap gerai yg ada jualan di tepi jln tapi tak nampak jugak benda tu...
emmmm, sedihnya hati saya ini..huhuu..
Sebenarnya pagi tadi pun saya dah cari benda ini kat area Duyong tapi tak ada, kata org Perak tak memandang...saya pergi jauh lagi sampai kat depan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah kat Telok Emas tu..pun tak de jugak..
Jika ikut jln dalam dr Melaka nak ke Muar, kawasan ini terletak di sebelah kanan .. selalunya ada 2 buah gerai tepi jln yg jual benda nie...
Tu lah dia..bila teringin sgt nak, tak ada le pula dijual, kalau tak nak itu berlambak2 lah pulak dia kat tepi jln tuh...
emmm...kekwn boleh teka tak apa benda yg saya nak sgt tu?..heheee..
hendak bagi clue ker...ok, bentuknya leper2 sikit, berwarna hijau gelap...spesis makanan laut yang popular di sini..
haaa...siapa dpt teka dan beri jawapan yg betul saya akan kasi dia hadiah...
betul2 nie tau...nanti saya poskan satu keychain Melaka kepada insan2 yg bertuah tu, hanya utk 3 org pertama yg bagi jawapan betul shj ye..hihiii..
"tak pe lah mama, nanti lain kali kita balik Melaka..mama belilah benda tu banyak2.."
pujuk kak Long sambil gosok2 bahu saya..emmm..
**********************
Waktu dlm perjalanan hendak balik dr Klebang tu, ternampaklah satu kedai ini..
emmm..nak cubalah..
Cendol Bakar...
ni glamour kat Kuala Selangor sana..
siap ada drive-thru lagi...
ni sudah bagus!! tak perlu nak keluar kereta dan sibuk2 cari parking..
ni menu2 nya..
korang besarkan gambar tu utk lebih jelas penglihatan yer..
kakitangan kedai sedang bertungkus-lumus menyiapkan pesanan kami, 8 bekas berlainan perisa..
friendly adik nie..spotting dia masa saya ambik gambar...
insyaallah lain kali saya akan dtg sini lagi...
cendol2nya sedap2 belaka, secukup rasa...tak manis sgt dan berlemak..
tak percaya ke? korang tanyalah Husna nie, dia dah rasa...
"sedap kan mama"...hihii..
Balik tu kami lalu ikut jln utama Melaka - Muar..selepas fly over yg besar tu, kat area Semabok akan jumpa restoran nie...klu dr Melaka, ia terletak sebelah kiri..
Restoran Bokchik & Keluarga...
kat restoran tu ada gerai RoTi JoHn @ MeLaKa..
beroperasi/buka selepas magrib...
menunya..tentulah roti John kan...hihiii...
bahan utamanya, bawang Holland hiris nipis2...
dicampur dgn telur dan lain2 bahan...
segan saya nak tanya, ini kan rahsia org berniaga..
diletakkan bahan campuran telur tadi atas roti panjang tu...
kemudian digoreng atas kuali..guna minyak sikit shj nampaknya...
sekali goreng muat 20 keping roti panjang tu..
dah masak diangkat dan diapitkan 2 keping roti panjang itu sekali, jadik 1 set..
kemudian dipotong serong2 kpd 6 bahagian kecil...
kami beli 4 set, RM18.00..
kuah lada itu pedas dan manis2 sikit..rasanya tak lah pedas sgt dan sesuai utk selera anak2..
nak kata apa lagi?...
emmm...memang sedapppp!!!
p/s: esok saya nak balik semula ke Perak, kekwn doakan perjalanan kami lancar dan selamat ye..esok pun rasanya tak de post apa2, konfem ler penat jln jauh2 nie..
Ok, jumpa lagi..
salam, saya new blogger, jom singgah http://irrayyanjourney.blogspot.com/ tq :)
BalasPadamCoconut shake mmg sedap dinikmati waktu cuace panas cenni. Huhu. Roti john dia..buat ana tertelan2 air liur.
BalasPadamwah meriahhnye makanan..coconut shake memang bes.. cendol pun bess. semua best lah
BalasPadam