Assalamualaikum...
Saya panjangkan dr sahabat saya, Pn. Hjh. Seri Kartini Bt. Jurami dr Unit Pendidikan Islam & Moral, JPA
AMALAN DI BULAN RAMADHAN
PETIKAN DARI KITAB: Al-Targhib (2:94) dan Misykat al-Masabih (1:615) dengan berlainan sedikit lafaznya.
“Barangsiapa mendampingkan diri kepada Allah dalam bulan Ramadhan dengan sesuatu dari perkara-perkara kebajikan - samalah seperti ia mengerjakan satu perintah Allah yang diwajibkan pada bulan-bulan yang lain.
Dan barangsiapa yang menunaikan satu perkara yang diwajibkan Allah pada bulan itu - samalah seperti ia menunaikan tujuh perkara yang diwajibkan Allah pada bulan-bulan yang lain".
"Bulan Ramadhan juga ialah bulan kesabaran, sedang kesabaran itu pahalanya ialah syurga; ia juga bulan untuk masing-masing bersedekah dan memberikan bantuan dan ia juga bulan yang padanya ditambahkan rezeki orang-orang yang beriman".
"Barangsiapa menjamu seorang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan ia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan ia pula mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahala orang itu sedikit pun".
"Sababat-sababat Baginda berkata: "Ya Rasulullah, kami semua bukanlah orang-orang yang ada sesuatu untuk menjamu orang-orang yang berpuasa. "
Lalu Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Allah Taala akan memberikan pahala yang tersebut kepada sesiapa yang menjamu orang yang berpuasa untuk berbuka puasa sama ada dengan sebiji buah tamar (kurma) atau segelas air sejuk atau dengan sedikit susu yang bercampur air.
"Bulan Ramadhan juga ialah bulan yang awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya dipenuhi dengan keampunan dan akhirnya dipenuhi dengan pahala yang menjadi penebus dari neraka".
(Sabda Baginda lagi): Barangsiapa memberi minum seseorang yang berpuasa (semasa berbuka puasa), Allah Taala akan memberi minum kepadanya dari kolam-Ku (kolam al-Kauthar) dengan sekali minum sahaja (yang menjadikan dia) tidak akan merasa dahaga (selama-lamanya) sehingga ia masuk ke dalam syurga.
"Barangsiapa meringankan beban kerja khadamnya (orang gajinya) dalam bulan Ramadhan akan diampunkan Allah dosanya dan dibebaskan dari neraka".
Banyakkanlah kamu mengerjakan empat perkara dalam bulan Ramadhan iaitu dua perkara dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu dan dua perkara lagi kamu sangat-sangat perlukan.
Dua perkara yang dilakukan untuk mendapat keredhaan Tuhan kamu itu ialah:
.1
أَشْهَدُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ الله
2.
(Banyakkanlah) beristighfar (memohon ampun) kepadanya dengan menyebut:
أستغفر الله
Dua perkara lagi yang sangat-sangat kamu perlukan ialah:
(Banyakkanlah) memohon kepada Allah Taala supaya dimasukkan kamu ke dalam syurga, serta berlindung kepadanya dari azab neraka - dengan menyebut:
نَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ، وَنَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّار.
Demikian adalah antara kemuliaan dan keberkatan bulan Ramadhan dan besarnya pahala yang diberikan bagi setiap amal kebajikan yang dikerjakan dalam bulan ini.
Ok, jumpa lagi...
Ya betul sabar itu penting bukan kata di bulan Ramadhan saja di bulan lain pun
BalasPadamSubhanallah..nice sharing kak.
BalasPadamalhamdulillah..moga kita dapat manfaat sepenuhnya Ramadhan kali ni.
BalasPadamsaya panjangkan maklumat dr kawan saya ni, semoga sama2 kita mendapat manfaat dr perkongsian ilmu ini..
BalasPadamInsyaallah. Mari sama2 kita cuba..
BalasPadam