Jumaat, 25 Julai 2014

Menilai Kejayaan Puasa Ramadhan


 Assalamualaikum..
Saya panjang dr Pn. Siti Zaharah Bt. Setapa, JPA.
Hari ini, RABU, 23 JULAI 2014 merupakan hari ke dua puluh lima  umat Islam berpuasa. Ini bermakna cuma ada lebih kurang 4 hari  sahaja lagi kita akan sama-sama menyambut hari raya AidilFitri.

Hari yang dinanti-nanti oleh semua orang, yang berpuasa dan juga yang tidak. Sememangnya hari raya adalah hari untuk bersuka ria dan bergembira kerana telah berjaya melepasi satu ujian yang hanya datang sekali setahun.
Kemeriahan hari raya sudah mula dapat dilihat. Lagu-lagu Hari Raya sudah mula berkumandang di Radio dan televisyen. Pelbagai tawaran istimewa dibuat oleh gedung-gedung pakaian.
Para pekerja samada di sektor kerajaan dan juga swasta telah pun memohon cuti tambahan semata-mata untuk lebih lama merayakan hari raya ini. Tiket-tiket bas telah habis dijual. Demikianlah senario yang dapat dilihat apabila tiba hari raya khususnya Hari Raya puasa atau Aidilfitri.
Namun di dalam keghairahan kita dengan sambutan hari raya ini, mari kita merenung sejenak dan bertanya kepada diri kita, sejauh mana kita telah menghayati Ramadan, bulan yang penuh berkat yang bakal pergi tidak berapa lama lagi?
Berapa kerat daripada kita yang cuba menilai diri serta ketakwaan semasa berada di dalam bulan yang dijanjikan dengan berbagai tawaran istimewa ini?
Allah swt menjanjikan rahmat di awal sepuluh hari bulan Ramadhan, maghfirah serta pengampunan bagi sepuluh hari kedua dan pembebasan daripada api neraka di sepuluh hari yang ketiga.
Namun sejauh mana dapat kita pastikan bahawa kita telah dilimpahi rahmat Allah di sepuluh hari pertamanya yang telah pun pergi meninggalkan kita dan ia pasti tidak akan datang kembali. Sememangnya rahmat Allah adalah suatu yang tidak dapat dilihat.
Namun mereka yang dilimpahi rahmat serta kasih sayang daripada Allah pasti dapat merasainya. Rahmat dan kasih sayang Allah hanya dikurniakan kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Ia adalah anugerah daripada Allah kepada hamba-Nya yang terpilih. Apakah kita ini sebahagian daripada mereka yang bertuah itu?
Untuk mengetahuinya, marilah kita renungi sejenak tentang diri kita semasa bermulanya Ramadan hingga ke saat ini. Sejak daripada hari pertama bermulanya puasa, adakah sifat-sifat yang tidak baik dan bercanggah dengan ajaran agama kita tinggalkan?
Adakah kita masih lagi suka mengata dan mengumpat, mengeji dan menghina, membuat fitnah dan mengadu domba, memberi dan menerima rasuah, memberi dan mengambil riba, mendedahkan aurat, melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum minuman keras, berjudi dan lain-lain?
Jika ini masih dilakukan, maka sudah pastilah kita tidak termasuk daripada golongan mereka yang mendapat rahmat daripada Allah kerana rahmat Allah hanyalah untuk mereka yang bertakwa kepada-Nya.
Sepuluh hari kedua juga telah berlalu. Peluang yang dijanjikan oleh Allah untuk mengampunkan dosa mereka yang berbuat dosa dan noda juga telah berakhir.
Ini bukan bererti pintu pengampunan dan taubat telah tertutup, namun ia adalah saat istimewa yang dijanjikan oleh Allah di dalam bulan yang penuh berkat ini untuk mengampunkan dosa-dosa mereka yang bertaubat dan menyesal di atas segala kesalahan dan ketelanjuran.
Marilah kita renungi diri kita sejak daripada mula berpuasa sehingga hari ini, berapa banyak kita telah beristighfar serta memohon keampunan daripada Allah?
Berapa kali kita mengalirkan air mata tanda menyesal di atas kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan samada secara sengaja atau tidak sengaja, secara sedar atau tidak sedar?
Sejauh mana kita berusaha untuk memperbaiki segala kesilapan lalu dan berazam dengan sepenuh hati untuk tidak lagi mengulangi perbuatan-perbuatan tersebut?
Pernah hati kita merasa gusar, bimbang serta gerun dengan balasan azab Allah di hari akhirat yang menanti dek kerana dosa dan noda yang kita lakukan?
Ya, masa untuk kembali ke pangkal jalan masih belum terlambat selagi nyawa di kandung badan.
Meskipun hari-hari istimewa telah berlalu, kita masih lagi berada di dalam bulan yang istimewa ini.
Lantaran itu marilah kita habiskan sisa-sisa Ramadhan al-Mubarak ini dengan memohon kepada Allah agar kita, keluarga kita, sahabat handai serta jiran tetangga dan mereka yang kita kasihi, di rahmati, diampuni dan diselamatkan daripada bahang api neraka yang panas membara.
Marilah kita hidupkan malam-malam Ramadhan dengan solat tarawih, berzikir, membaca al-Quran serta cuba memahami isi kandungannya, berdoa, sujud serta merendahkan diri kepada Allah.
 Moga-moga Ramadan di tahun ini lebih bermakna dan mampu memberikan kekuatan kepada kita di dalam menghadapi cubaan-cubaan hidup yang mendatang.
Ok, jumpa lagi..
  

Rabu, 23 Julai 2014

Wordless Wednesday 14: Biskut Raya Aidilfitri 1435 (2014)



Assalamualaikum...


tayang-tayang biskut raya...hihiii..

tart nenas, RM24 utk 50 biji..


(kiri) Chocolate Almond RM25, (kanan) Cocomilky RM20...




(kiri) Snow RM24, (kanan) Oat RM22..

Snow itu saya ambik sampai 2 bekas..
rasanya mcm biskut makmur/suji..



susunan biskut yg mampu diorder utk raya tahun ini, 7 bekas shj..
p/s: saya tak bawak balik rumah lagi nie, kang licin sebelum raya...
Ok, jumpa lagi..

Isnin, 21 Julai 2014

Bercinta Sebelum VS Selepas Nikah



Assalamualaikum...
Saya memanjangkan artikel ini dari DramaRaja dan Mahligai Firdaus Sdn. Bhd. Terima kasih atas perkongsian ini.

Semoga ALLAH menunjukkan jalan yg lurus dan benar kepada hamba-hambanya..amin..

************
 Indahnya bercinta selepas kahwin, hanya akan dirasai oleh insan-insan yang menghargai dan mengalaminya.

 Namun bagi sesetengah manusia beranggapan bahawa percintaan selepas kahwin tanpa mengenali dan bercinta dengan pasangan mereka sebelum berkahwin adalah mustahil untuk dikecapi.

 Walhal, yang sebenarnya Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala-galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.

 Terdapat banyak kebaikan bercinta selepas kahwin manakala bercinta sebelum kahwin lebih membawa kepada keburukan berbanding kebaikan.

Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:




Selepas berkahwin ungkapan “I love you” adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan. Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.

Malah, berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.

Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah. Alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat. Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.
Segala maksiat akan dapat dielakkan.

Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan. Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.

“Manusia akan bercinta lagi di syurga,tempat pertama yang melahirkan cinta. Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai”.


Bercinta sebelum kahwin:

Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan, tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.
Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju. Hidup hanya sekali.


 Bercinta bagai nak rak, bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan, lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka, hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.

Ungkapan-Ungkapan romantis seperti:

“I love you my dear..”.
“I love you so much darling…”.
“I tak boleh hidup tanpa sayang…”.
“Sehari tak berjumpa,serasa setahun…”
“Rindunya…i..” akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing.

Pasangan yang mendengarnya pula, tentu rasa dihargai yang teramat sangat dan terpesona dengan ungkapan-ungkapan berbunga seperti itu. Maka,mulalah orang ketiga datang dan memainkan peranannya.


Bisikan halus dan pujuk rayu yang mempersonakan akan ditiup lembut ke telinga pasangan-pasangan yang sedang hangat bercinta. Akhirnya mereka berjaya juga meramaikan ahli kelab neraka, dan mereka pasti bertepuk tangan meraikan kegembiraan dan kemenangan.
Dosa-dosa pun akan meningkat dan menggunung. Pelbagai jenis maksiat akan dilakukan tanpa rasa bersalah kepada Allah.


 Jika ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:

“Cinta apakah namanya ini jika tidak ada dating, calling, chatting, sms romantik, surat cinta, bersentuhan tangan, kerlingan dan senyuman”.


Renungilah Firman-Firman ALLAH:


“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya – zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai.
Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu”.
(An-Nisaa’ ayat:1)
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar.
Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui”.
(An-Nuur ayat:21)
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik.
Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”.
 (An-Nuur ayat:26)
Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:

“Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia: isteri solehah, berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku dalam sembahyang”.
 (Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).
“Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlah orang ketiganya”.


Marilah kita sama-sama renung samada kita tergolong dalam manusia yang beriman atau sebaliknya.
Ok, jumpa lagi..

Khamis, 17 Julai 2014

Sakit Tumit



Assalamualaikum...

Saya ni sejak dari hari Isnin lagi sakit tumit..bila pijak lantai rasa menyucuk2 kat bahagian tumit tu..yg herannya sakit itu kat tumit sebelah kanan shj, tumit sebelah kiri ok shj..

Nak kurangkan rasa sakit tu saya selalunya sengetkan kaki bila berdiri, tak pun angkat sebelah kaki..
apa2 pun posisinya pastikan tidak jejakkan bahagian tumit itu ke lantai, klu terjejak jugak maka berdenyutlah sakit rasanya...cam kena cucuk jarum pun ada..


Bila berdiri dgn kaki senget itu dah rasa cam org kurang upaya lah pulak kan...masa berjln pun dah mcm pelik, siap terangkat2 tumit tu...masuk kuliah/makmal pun pakai sandal shj, seksa rasanya bila pakai kasut tumit tinggi tu...

Agaknya inilah balasan saya berjalan sakan tempohari..dr petang Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas saya meronda2 bazar Ramadhan yg popular di Ipoh ini...
(hihiii, mengalah lagak YB le plak kan...)

Ok, petang Jumaat tu saya melawat Bazar Ramadhan Rapat Setia, berhampiran dgn Dewan Orang Ramai Rapat Setia, yg sebelahnya itu asrama pelajar KPTM..
bukan nak beli apa pun, hanya cuci mata shj...

kononnya saya dtg sini hendak membeli apa2 makanan yg jarang2 jumpa pada hari biasa..harapnya masa itu terjumpa lah dgn buah kantau/kabung, tapi habis sepusingan  bazar tu tak nampak langsung...

Agaknya buah tu sudah pupus ke sekarang ni, setahu saya kat area Perak ni bila tiba bulan puasa maka terkeluarlah buah kantau ni..kiranya ini makanan kegemaranlah dan byk khasiatnya, antaranya dpt menyejukkan badan setelah seharian berpuasa... 

Warna buah ini putih jernih, selalunya masukkan ia dlm air sirap...rasanya kenyal2 gitu...

masa tu rasa nak pergi ke Kuala Kangsar nak cari buah tu tapi fikir2 balik tak berbaloi ler pergi jauh2 itu semata2 dek buah kantau ni...
(emmm...cam le mengidam nak sgt merasa buah tu kan...huhuuu..)

Tu hari saya terjumpa buah kantau ini dijual di depan rumah org tepi jln nak masuk ke taman perumahan ini..sebekas plastik bulat kecil itu harganya RM2.00...
saya ini seganlah nak berhenti dan membeli, tuhari rasanya rumah itu org2 bujang shj yg duduk...
saya ni kan pemalu sipu orgnya...hihiii..


Kat Bazar Ramadhan Rapat Setia ini saya membeli air jagung madu...rasanya tidak selalu kita jumpa air jagung madu ini hari2 biasa kan...so bila waktu berbuka itu, betul lah rasa air jagung madu...mak aiii!! manisnya pakcik oiii, dah namanya madu tentulah manis kau2 kan..


Ok, pagi Sabtu plak saya ke Klinik Greentown, bukan pagi pun..dah pukul 12.30 tgh baru sampai...sampai sini kakitangan situ kata abg dan akak dtg lah esok shj yer, klinik ni dah nak tutup...
rasa geram jugak, padahal kat depan kata 1.00 ptg baru tutup.. makanya saya hanya berjln ulang-alik lah dr tempat parking ke klinik tu kan..

 Petangnya saya ke Bazar Ramadhan Stadium pula...haaa, sini lagi best...ada 3 lorong panjang, gerai tepi kiri dan kanan..kiranya ada 6 barisanlah gerai2 menjual pelbagai juadah berbuka dan lain2..

Sini mcm2 ada kak kiah, kak tipah oiii, ko sebut aje teringin nak makan apa, rasanya semua ada dijual di situ...org pun ramai sini termasuk jugak yg non-Muslim, sama2 lah berlumba2 membeli, waktu nak balik ke kenderaan penuh kiri kanan tangan menjinjing beg plastik makanan...


Kat sini saya membeli lompat tikam/kuih gangster...sebekas RM2.00, klu ambik 3 bekas dpt RM5.00...so saya ambik 3 bekaslah kan, anak2 pun nak merasa juga..

Pecah berderailah rekod saya kali ini, pertama kali seumur hidup saya makan kuih lompat tikam ni walaupun sebelum ini sudah biasa dgr nama tu...
(tak terasa plak nak ambik gambar masa itu...)

Kuih ini rasanya mcm kuih som-som shj, lembik2 dan berlemak...ada 2 lapisan, atas putih dan bawahnya hijau..atas lapisan putih itu ada diletakkan sedikit pulut manis yg berwarna merah, mknnya dgn air gula... cara mkn guna sudu, cedok sikit lapisan putih dan hijau serta pulut tu, campur sikit dgn air gula dan makan...

Laris jugak lompat tikam pakcik itu, mungkin sesuai sgtkan utk pelanggan yg berasal dr Pantai Timur yg sedang merindui kuih2 tradisi mereka..


Esoknya hari Ahad, pagi2 lagi kami sudah sampai ke Klinik Greentown tu..org pun ramai jugak..siap shj urusan Danial saya mengajak suami utk singgah di UTC Ipoh, tujuannya hanya utk mengemaskini buku akaun Tabung Haji..sudah dekat setahun tidak diupdate...nak tgk jugak, kut2 sudah mencapai RM1 juta simpanan dlm tu...huhuuu.. 


Sebenarnya UTC Ipoh itu terletak di bangunan pasar raya Super Kinta dahulu, di bahagian bawahnya Pasar Besar Ipoh itu..sini pun org ramai jugak walaupun dtg pd hari Ahad.. 

Alhamdulillah cepat shj kami dpt tempat parking..terus naik tingkat atas dan cari papan tanda UTC...dah jumpa terus ikut arah anak panah...


ikut tangga sini..



haaa, dah sampai pun...

Wahhh!!! cantiknya..kemas dan tersusun..




cari dulu jabatan mana yg kita nak berurusan...
Aras berapa dan no berapa, mudah sungguh kan..

Antara matlamat ditubuhkan UTC ini adalah bertujuan sebagai 'one stop centre' dgn pelbagai perkhidmatan dalam satu tempat, yg pastinya dapat memudah serta mempercepatkan semua urusan masyarakat setempat.
  


ni Tabung Haji, beroperasi 7 hari seminggu.. 
tak sampai seminit duduk sudah sampai giliran saya...
dlm 2 minit shj selesai semua urusan di sini...



Petang Ahad tu saya pergi ke Bazar Ramadhan Medan Gopeng pula...sini pun meriah juga dan banyak gerainya, tapi tidak boleh tanding dgn bazar kat stadium sana, situ lagi sesak dan padat...
kat sini saya membeli lai chee kang Mega..harganya saya dah lupa, klu tak silap saya bawah RM6.00 sebungkus..kami beli 2 bungkus, puas hati sebab byk bahan2 dlm lai chee kang tu..


ehhh!, klu sapa2 yg teringin nak merasa lai chee kang tu nanti petang boleh lah singgah sini yek, tepi jln shj...tapi klu korang susah nak cari tempat parking itu bawakkan byk2 bersabar ye...anggap shj ia dugaan dlm bulan puasa ini...


******************


Tu lah ceritanya, 3 hari berturut2 saya meronda sekitar bazar Ramadhan sana sampai sakit tumit..harapnya dlm minggu ini hilanglah sakit tu...

Bila sudah hilang sakit tu nanti cadangnya saya hendak ke Greentown Nova lak, nak cari baju raya anak2...hihiii..




Ok, jumpa lagi...




Selasa, 15 Julai 2014

Resepi Rempeyek




Assalamualaikum..


Hari ini negeri Perak cuti umum sempena Nuzul Al-Quran. Makanya kami terpaksalah ke Klinik Greentown Ipoh (sebelah HRPB) tu utk cuci luka bisul Danial ni..hari Ahad tu hari pun kami dah dtg sini juga..

Klinik ini buka setiap hari, termasuk hari Sabtu dan Ahad..utk Sabtu dan Ahad, ia buka sehingga jam 1.00 tgh shj, klu kita dtg anggaran pukul 12.30 tgh pun kakitangan situ akan suruh dtg esok shj, maklumlah kat dalam itu rupanya ramai jugak pesakit yg perlu dirawat..

Kat sini juga ramai yg saya jumpa adalah ibu2 yg baru lepas bersalin bawak baby baru msg2 utk check kuning..alahai, simpatinya saya dgn baby2 ini tapi semua itu adalah utk kebaikan mereka jugak kan...Husna dulu pun mcm tu jugak, alasan nurse katanya baby yg lahir kecik ini selalu kena kuning...tapi alhamdulillah ok shj selepas itu... 

Bab luka bisul Danial ni nurse kata sudah semakin baik, tapi perlu juga dibersihkan setiap hari..kami selalunya ke Klinik Kesihatan Hillcity (Gunung Rapat) shj, masuk Jln Gopeng, dr jln besar itu perlu naik bukit dan belok kiri..kat sebelah kanannya pula terletak Hotel Hillcity itu...

Sudah setiap hari dtg sampai saya kenal dah dgn nurse2 kat bahagian dressing tu..mereka ini baik2 belaka, tidak kira lah kakitangan lelaki ke perempuan, semuanya bertugas dgn penuh tanggungjawab, muhibbah dan kemesraan...

Hanya ucapan terima kasih shj yg mampu saya ucapkan kpd mereka ini, semoga tugas2 mulia mereka ini mendapat keberkatan Ilahi hendaknya...aminn..


*******************


Projek rempeyek ini pulak adalah cetusan idea saya tgh tadi, dah Danial kata bosanlah duduk rumah tak ada buat apa masa cuti ni...saya pun tgk dlm almari semua bahan2 asasnya ada..

Saya mohon klong tolong godek2 En. Google tanya resepi rempeyek...haaa, saya ambik shj dr blog Puteri Manja ini.. terima kasih byk2 yer Cik Putri...
saya panjangkan resepinya di sini pula ye...

Ok, anak2..jom kita mulakan projek..



Bahan2nya:

350 gm tepung beras
1 biji telur dikocak rata
550 ml air biasa
1 kotak kecil santan 250 ml 
( saya guna santan pekat campur dgn air sampai 250 ml)
1/4 sudu kecil kapur sirih 
(saya campurkan kapur sirih dgn sikit air dan ambik airnya shj)
1 1/2 sudu kecil garam/secukup rasa
2 sudu besar ketumbar (saya ada serbuk shj)
3 sudu besar jintan halus 
( saya guna 2 sudu dlm bentuk serbuk dan satu sudu lagi jintan halus biasa)
10 gm ikan bilis/secukupnya
3 ulas bawang putih..

Bahan tabur:

secukup kacang tanah yg kecil *
secukup ikan bilis *
(* basuh dan tos hingga kering )



ni benda wajib ada, acuan peyek/rempeyek..harganya RM1.60..
ada jugak acuan yg berkembar (dilekatkan sekali 2 acuan yg bulat itu) harga RM3.00..

bagi saya lah, baik beli yg satu acuan shj, senang nak control sewaktu menggorengkan nanti..



Cara2 membuatnya:

1. Blender semua bahan2 kering dgn santan dan kapur. 

2. Masukkan telur yg telah dikocak dlm tepung beras tadi. Tuangkan bahan2 blender dan air ke dlm tepung. Kacau rata.


 

3. Panaskan minyak yg banyak dlm kuali dan rendam acuan rempeyek ke dlmnya.

 
4. Masukkan bancuhan tepung dlm acuan dan taburkan bahan2 tabur atas bancuhan tepung itu. ( banyaknya sesuka hati msg2..) 


5. Dgn api yg kecil/sederhana masukkan acuan ini ke dlm minyak dan tunggu sehingga adunan tepung lekang/tanggal sendiri dari acuan.

6. Balik2kan kepingan adunan tepung/rempeyek ini sehingga masak sekata.

7. Setelah masak, angkat kepingan rempeyek.

8. Sejukkan dan simpan dlm bekas kedap udara utk mengekalkan kerangupannya.





anak2, mari sini tolong mama..
 
bersihkan ikan bilis ni elok2 yer, buang tulang dan sisa2 hitam yg lain..
 
seronoknya diaorg dapat membuat aktiviti ini, saling bantu-membantu nampaknya..
 
dah selesai, basuh dan toskan dahulu sehingga kering..


 
perasakan aduan dgn garam, jgn masin sgt sebab ikan bilis pun sudah masin..



sediakan bahan2 ini berhampiran dgn kuali supaya senang kita mengadunnya..



Saya dan klong sama2 membuatnya dlm anggaran pukul 2.00 ptg sehingga 3.45 ptg, itu pun baru separuh siap..
kami berhenti sekejap sebab masing2 sudah lenguh kaki, berdiri lama sgt kat dapur itu..peluh pula meleleh2 membasahi bumi..(hihiii..cam panas sgt kan..)



rendam dulu acuan dlm minyak panas supaya bancuhan tepung melekat pada acuan itu...

 

sekali goreng anggaran 3 keping shj utk mengelakkan kepingan melekat sesama sendiri..
senang dan selesa jugak waktu kita membalik2kan kepingan rempeyek ini...


 
Sebaiknya semasa masak rempeyek ini kena 2 org yg bertugas, seorg masukkan adunan tepung dlm kuali dan seorg lagi kerjanya hanya membalik2kan rempeyek itu...
 
emmm, saya rasa susah jugak lah hendak menyediakan rempeyek ni sebenarnya, walaupun makannya sekejap shj tidak sedar sudah habis berkeping2...


 

 



Dlm 5.30 ptg itu saya sambung balik kerja..sampai dekat pukul 7.05 mlm tadi baru siap semuanya..
kira2 tadi adalah dpt 120 keping, terus simpan dlm tin biskut Jacob utk elakkan ia masuk angin dan lemau...
 
emmm...tgk lah berapa lama boleh tahan kan...


Ok, jumpa lagi...

Isnin, 14 Julai 2014

Berpuasa Mengikut Sunnah

 
 
Assalamualaikum..
 
 
Saya panjangkan dr Pn. Natrah Bt. Yaakob, JPA

 
 
Diari ringkas ibadah puasa menurut sunnah :
 
1.Bersahur
 
Sahur adalah amalan sunnah walaupun tidak wajib, tetapi amat digalakkan.
 
Amalan ini adalah pembeza antara puasa Muslim dan puasa Yahudi.
 
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :  
 
Pembeza antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.”
(Riwayat Muslim)
 
Bersahurlah, sesungguhnya pada sahur itu ada keberkatan.”
(Riwayat Bukhari)
 
 
Berakhirnya sahur ialah ketika masuknya waktu solat subuh, bukannya 10 minit atau beberapa minit sebelum azan subuh yang digelar waktu imsak.
 
Sahur bermakna akhir malam, justeru praktikal sunnah bersahur adalah dengan dilewatkan.
 
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : 
 
 Sebaik-baik sahur orang mukmin ialah tamar.”
(Riwayat Abu Daud, Ibn Hibban dan al-Baihaqi)
 
 
2.Niat puasa
 
Jangan lupa berniat puasa.
Bermulanya waktu untuk berniat puasa fardhu ialah setelah masuk waktu solat Maghrib dan berakhir ketika azan subuh.
 
 
3.Solat
 
Sepanjang hari berpuasa pada bulan Ramadan, jaga solat berjemaah dan banyakkan solat sunat.
 
 
4. Membaca al-Quran
 
Banyakkan juga membaca al-Quran dan berusaha untuk mengkhatamkan 30 juzuk, sama ada bersendirian atau berkumpulan (tadarus).
Basahilah lidah dan sibukkan hati dengan kalam Allah.
 

 
 
5.Sedekah
 
Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w adalah manusia yang paling dermawan.
Sifat dermawan baginda amat terserlah pada bulan Ramadan.
 
Baginda s.a.w ditemui jibrail setiap malam pada bulan Ramadan, lalu baginda bertadarus al-Quran dengannya.  
 
Rasulullah s.a.w memiliki sifat dermawan pada kebaikan lebih daripada angin yang berhembus.
(Riwayat Bukhari)
 
 

6.Memberi makanan kepada orang untuk berbuka puasa
 
Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : 
 
Sesiapa yang memberikan iftar (berbuka puasa) kepada orang yang berpuasa, nescaya baginya seperti pahala orang yang berpuasa tanpa dikurangi daripada pahala puasanya sedikit pun.”
(Riwayat al-Tirmizi)
 
 
7. Segerakan berbuka
 
Bersegeralah ketika berbuka puasa seperti yang dianjurkan Baginda s.a.w.
 
Baginda bersabda yang bermaksud:
 
Umatku senantiasa dalam kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan mengakhirkan sahur.”
(Riwayat Ahmad)
 
 
8. Sunat berbuka dengan kurma
 
Cara berbuka puasa dengan kaedah sunnah ialah sebagaimana hadis Rasulullah s.a.w. daripada Anas b. Malik r.a. :
 
“Rasulullah s.a.w. pernah berbuka puasa dengan rutab (kurma basah) sebelum solat.
Kalau tidak ada rutab, maka Baginda memakan tamar (kurma kering) dan kalau tidak ada tamar, maka Baginda meminum air, seteguk demi seteguk.”
 (Riwayat Abu Daud)
 
 
9.Solat Tarawih
 
Solat sunat tarawih hanya ada pada bulan ramadan.
 
Lakukanlah secara berjemaah di masjid dengan bilangan rakaat yang tidak terbatas selagi termampu kerana tidak ada had rakaat yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w dalam solat malam sehingga ulama pun berbeza pendapat tentang bilangan rakaat tarawih bersama solat witir.
 
Antaranya ada pendapat yang menyatakan 41, 39, 29, 13 dan 11. Semestinya rakaat yang lebih banyak bersama keikhlasan adalah yang terbaik.
 
 
     10. Iktikaf
 
 Ibn Umar r.a. meriwayatkan:
 
 “Rasulullah s.a.w. beriktikaf pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan.”
(Riwayatkan al-Bukhari).
 
Pakej yang termahal pada musim Ramadan ialah iktikaf pada akhirnya sambil menghidupkan dengan amalan seperti solat, membaca al-Quran, berdoa, beristighfar, berzikir dan apa-apa sahaja bentuk amalan soleh.
 
Aisyah r.ha. berkata:
 
 “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk 10 hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam (dengan malam ibadah) dan mengejutkan ahli keluarga.”
(Riwayat al-Bukhari)
 
 
11. Jauhi dosa dan maksiat.
 
Sesungguhnya limpahan rahmat, berkat dan keampunan dosa dalam bulan Ramadan tidak terkira.
Jadi awasi dan berusaha mencegah diri daripada segala dosa dan maksiat zahir dan batin sepanjang melayari bahtera Ramadan kerana ujian keimanan tidak pernah kenal erti penat lelah.
 
 
12. Cari ilmu.
 
Lengkapkan diri dengan ilmu-ilmu asas puasa seperti rukun, syarat sah wajib puasa serta perkara-perkara yang merosakkan puasa.
 
Kejahilan tentang ilmu tersebut boleh menjejaskan penerimaan puasa seseorang.
 
Ramadan ialah sebuah madrasah tarbiah untuk menjadikan umat ini hamba yang taat lagi patuh serta menanamkan akhlak yang mulia dan terpenting maksud puasa iaitu membuahkan sifat ketakwaan yang merupakan sumber kejayaan di dunia dan sebaik-baik bekalan ke akhirat.
 
Puasa ialah ibadah yang sangat agung sehinggakan Allah s.w.t. mengkhususkan ibadah ini hanya untuk Nya.
 
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
 
“Allah s.a.w. berfirman : ‘Semua amalan manusia adalah untuknya kecuali puasa.
Puasa adalah untuk-Ku dan Aku sendirilah yang akan membalasnya.”
(Muttafaq ‘alaih)
 
 
Ya Rahman, Ya Karim terimalah ibadat puasa kami dan puasa keseluruhan umat Islam!
 
Amin.

 
Ok, jumpa lagi..