Rabu, 23 Mac 2011

Klebang Coconut Shake





As Salam,

Lama dah tak tulis apa-apa di sini, sibuk dengan Homestay De Rasi sampai lupa dgn blog nie. Kdg-kdg bsemangat nak menulis tapi masa tak mengizinkan...balik rmh dah sibuk melayan anak-anak. Kita on komputer diaorang sibuk gak, lagi2 Adik, pandai aje jari dia tekan itu ini..

Byk nak cerita, bab balik Melaka, terasa lagi kesedapan Klebang Coconut Shake....main-main pasir kat pantai Tg. Keling, la nie dah tukar nama jadi Pantai Puteri.
Ini ada gambar-gambar masa kita balik Melaka.


 
 
 
 

Tugas Pakcik ini hanya kopek kelapa, korek isinya dan tuang air dalam jug.
 



Tekun sungguh Angah makan nasi lemak tu dan yang paling sedap sebelah tu, dlm gelas...



 
Kak Long pun apa kurangnya, kusyuk makan nasi lemak, dia pun ada segelas Coconut Shake


Balik kg lak, cerita bab durian lak, hehehee...sape2 yg gila dhorian or mengidam durian la nie dtg ler ke daerah Kg Gajah Perak, selepas naik jambatan jalan menuju ke Changkat Lada, mcm org kenduri..kereta berderet2 tepi jln, org singgah gerai jual durian, cium2 durian tu kak abang, jgn sampei jatuh timpa kaki dah ler....


Rasanya tak tahu ler sedap ke tak, benda di dalam...tapi tgk org Cina kita nie diorg makan kat gerai tu gak, klu tak elok tukar buah yg lain. Lagi satu deme nie mengelakkan kreta bau busuk, penangan bau durian boleh pening 3 hari 3 malam ooo....kita dah rasa dah...


Sampai kat tmp chari rezeki lak, lagi mcm2 kes, almaklum ler cuti 4 hari..balik2 termenung dulu...punya ler kalut nak buat ujian pkl 8.00 pagi, printer nie lak habis toner, esoknya cepat2 dtg ofis dan photostat 40 helai...

Crita bab student nie lagi ler hebat, ada ker ujian jam 8.00 pagi selamba aje diorg dtg 8.30 pg....lepas siap mintak maaf byk2 sbb lambat dtg...hehehe... sendiri mau ingat ler ini ujian utk sapa..hehehe...




Bye, jumpa lagi.




Jumaat, 22 Oktober 2010

Tetamu Allah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Esok, 23hb Oktober 2010, emak dan ayah mentua saya iaitu Tn. Hj. Lutpi B. Ibrahim dan Pn. Hjh. Hindon Bt Ghazali akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji. Mereka akan berkumpul di Kelana Jaya sebelum bertolak melalui KLIA anggaran pukul 3.30 petang waktu Malaysia. Pemergian mereka dari Air Molek, Melaka ini akan diiringi oleh saudara-mara dan rakan-taulan yang akan menaiki sebuah bas persiaran dan beberapa buah kereta persendirian.


Alhamdulillah, doa dan hajat mereka berdua untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima ini tercapai buat kali kedua pada tahun ini. Sebelum ini juga mereka telah berangkat ke Tanah Suci pada tahun 1995 dan menunaikan ibadah Umrah pada tahun 2009. Ibadah Umrah mereka itu disertai sekali oleh dua orang anak kesayangan mereka iaitu Dzulhaizan dan Helwa Naemah.


Dalam tempoh seminggu ini, ramailah rakan-rakan dan anak-anak didik ayah dan emak mentua datang menziarahi mereka. Masing-masing mendoakan kesejahteraan dan ketenangan keduanya semasa bergelar Tetamu Allah. Doa dan kata-kata semangat mereka bakal menjadi perangsang dan pedoman buat mereka berdua. Doa ini harapnya dititipkan berterusan sehinggalah mereka selamat sampai di tanahair, bumi Malaysia pada 11hb Disember 2010, insyaallah.

Sekian buat kali ini, jumpa lagi.

Isnin, 12 Julai 2010

Gambar-gambar Homestay De Rasi

1. Ruang tamu yang luas, dilengkapi dengan set sofa(1,2 dan 3 tempat duduk) dan TV 29 inci. Langsir sejuk mata memandang dan mendamaikan.




2. Meja makan 6 kerusi untuk keselesaan tetamu yang bertandang, seperti rumah sendiri.
Jika berminat, sila hubungi 013-3923739 untuk tempahan.

Jumpa lagi.