Ptg semalam, rasa kemalasan pada tahap maksimum...malas nak fikir masak apa2.. So, apa lagi ajak ler MDZ dan anak2 bersiap keluar. Dalam kereta baru fikir nak makan kat mana, kat Giant tak nak...bukan apa diaorg nie tahunya nak main jee, fikir punya fikir makan kat Seniman ler..
Seniman nie bukan ler asing bagi kami di sini, letaknya sebelah Megoplex Medan Gopeng...ptg semlm kami order mcm-mcm, mcm seminggu tak makan...nasi goreng ikan masin, nasi goreng cina, sayur goreng, telur dadar (ksukaan MDZ), sup sayur, nasi paprik, sate 15 cucuk, kerang bakar 1 bekas (RM4.00) dan air lak..laici, milo, barli suam dan ayor suam (tu untuk teman ler...hehee...hari nie nak pegi klinik check perut...insaf le kejap minum manis2 nihh...
Laaa..pjg2 dah cerita tak masuk lagi topiknya...teman nak cerita yg masakan tu tak ler sesedap sgt, asal boleh kunyah dan telan aje...dulu Seniman nie sedap, la nie tak tahu ler...tak kena langsung dgn tekak nie...bayangkan ler nasi goreng cina dan nasi goreng ikan masin sama aje rasa...sampai kami tukar2 pinggan nak rasa, sama aje...agak2 diaorg buat satu kuali kut...
Mungkin kali nie makan tak sedap, lain kali sedap lak...entahlah!!! korang yg lain cuba ler plak...
Khamis, 24 Mac 2011
Rabu, 23 Mac 2011
Klebang Coconut Shake
As Salam,
Lama dah tak tulis apa-apa di sini, sibuk dengan Homestay De Rasi sampai lupa dgn blog nie. Kdg-kdg bsemangat nak menulis tapi masa tak mengizinkan...balik rmh dah sibuk melayan anak-anak. Kita on komputer diaorang sibuk gak, lagi2 Adik, pandai aje jari dia tekan itu ini..
Byk nak cerita, bab balik Melaka, terasa lagi kesedapan Klebang Coconut Shake....main-main pasir kat pantai Tg. Keling, la nie dah tukar nama jadi Pantai Puteri.
Ini ada gambar-gambar masa kita balik Melaka.
Tugas Pakcik ini hanya kopek kelapa, korek isinya dan tuang air dalam jug.
Tekun sungguh Angah makan nasi lemak tu dan yang paling sedap sebelah tu, dlm gelas...
Kak Long pun apa kurangnya, kusyuk makan nasi lemak, dia pun ada segelas Coconut Shake
Balik kg lak, cerita bab durian lak, hehehee...sape2 yg gila dhorian or mengidam durian la nie dtg ler ke daerah Kg Gajah Perak, selepas naik jambatan jalan menuju ke Changkat Lada, mcm org kenduri..kereta berderet2 tepi jln, org singgah gerai jual durian, cium2 durian tu kak abang, jgn sampei jatuh timpa kaki dah ler....
Rasanya tak tahu ler sedap ke tak, benda di dalam...tapi tgk org Cina kita nie diorg makan kat gerai tu gak, klu tak elok tukar buah yg lain. Lagi satu deme nie mengelakkan kreta bau busuk, penangan bau durian boleh pening 3 hari 3 malam ooo....kita dah rasa dah...
Sampai kat tmp chari rezeki lak, lagi mcm2 kes, almaklum ler cuti 4 hari..balik2 termenung dulu...punya ler kalut nak buat ujian pkl 8.00 pagi, printer nie lak habis toner, esoknya cepat2 dtg ofis dan photostat 40 helai...
Crita bab student nie lagi ler hebat, ada ker ujian jam 8.00 pagi selamba aje diorg dtg 8.30 pg....lepas siap mintak maaf byk2 sbb lambat dtg...hehehe... sendiri mau ingat ler ini ujian utk sapa..hehehe...
Bye, jumpa lagi.
Jumaat, 22 Oktober 2010
Tetamu Allah
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Esok, 23hb Oktober 2010, emak dan ayah mentua saya iaitu Tn. Hj. Lutpi B. Ibrahim dan Pn. Hjh. Hindon Bt Ghazali akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji. Mereka akan berkumpul di Kelana Jaya sebelum bertolak melalui KLIA anggaran pukul 3.30 petang waktu Malaysia. Pemergian mereka dari Air Molek, Melaka ini akan diiringi oleh saudara-mara dan rakan-taulan yang akan menaiki sebuah bas persiaran dan beberapa buah kereta persendirian.
Alhamdulillah, doa dan hajat mereka berdua untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima ini tercapai buat kali kedua pada tahun ini. Sebelum ini juga mereka telah berangkat ke Tanah Suci pada tahun 1995 dan menunaikan ibadah Umrah pada tahun 2009. Ibadah Umrah mereka itu disertai sekali oleh dua orang anak kesayangan mereka iaitu Dzulhaizan dan Helwa Naemah.
Dalam tempoh seminggu ini, ramailah rakan-rakan dan anak-anak didik ayah dan emak mentua datang menziarahi mereka. Masing-masing mendoakan kesejahteraan dan ketenangan keduanya semasa bergelar Tetamu Allah. Doa dan kata-kata semangat mereka bakal menjadi perangsang dan pedoman buat mereka berdua. Doa ini harapnya dititipkan berterusan sehinggalah mereka selamat sampai di tanahair, bumi Malaysia pada 11hb Disember 2010, insyaallah.
Sekian buat kali ini, jumpa lagi.

Langgan:
Catatan (Atom)