Khamis, 19 Jun 2014

Al-Fatihah buat Blogger Syuhada Baharudin



Assalamualaikum..


Al-Fatihah buat Blogger Syuhada Baharudin..
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aminn...
 
Terkejut saya mendengar berita ini apabila ada rakan blogger berkongsi berita sedih ini
 
 
 
 
 
 
Walaupun saya ini baru kembali aktif dlm dunia blog tetapi saya tetap terasa sedih dgn pemergiannya..
ini kerana arwah juga pernah menjenguk ke blog saya yg tidak seberapa ini..
 
 
 
 
 
Manfaatkan Kehidupan..peninggalan Arwah buat rakan2 seperjuangan..
 
 
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Syuhada Baharudin...semoga tabah dalam menghadapi dugaan ini....
 

 ***************
 
 
Kematian pasti akan datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja.
Tiada siapa tahu bila ajalnya tiba. Semua itu adalah menjadi rahsia ALLAH S.W.T semata-mata.
Namun, setiap kita hendaklah sentiasa beringat tentang itu dan membuat persiapan untuk menghadapinya setiap masa.

Setiap manusia pasti melakukan dosa. Tetapi, harapan untuk orang yang berdosa adalah taubat.
Ia merupakan langkah terbaik untuk menyucikan diri daripada segala dosa dan maksiat yang dilakukan.
Dan sesungguhnya ALLAH sentiasa membuka ruang untuk hamba-hamba-NYA bertaubat. Setiap kesalahan pasti diampunkan oleh ALLAH selagi seseorang hamba itu bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan menepati semua syarat taubat.

Amatlah rugi mereka yang tidak sempat bertaubat sebelum kematian.
Ini kerana, dia akan berjumpa ALLAH dalam keadaan berdosa dan hina.
Sebaliknya, orang yang sempat bertaubat akan mengadap TUHAN dalam keadaan bersih bagaikan kain putih.
Oleh itu, marilah kita sentiasa berusaha untuk bertaubat kepada ALLAH setiap masa dan melakukan amalan soleh agar kita mati dalam keadaan diampuni ALLAH S.W.T.
 
 
Tunaikan 10 Persediaan Sebelum Tiba Saat Kematian
 

Pertama :
Sentiasa utamakan amalan fardu ain (jangan ditinggalkan) terutama solat, puasa, zakat dan fardu kifayah serta fardu-fardu lainnya yang ditetapkan dalam sunnah-auliah dan sunah Rasulullah SAW.

 

Kedua :
Sentiasa menjauhkan diri daripada berbuat yang merosakkan amal ibadah fardu tersebut , seperti melakukan perkara yang mengundang dosa.


Ketiga :
Sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT.


Keempat :
Bersegera memohon kemaafan daripada orang yang telah kita lakukan kesalahan.


Kelima :
Mewasiatkan kepada ahli keluarga tentang iman dan Islam, halal dan haram dan berpegang teguh dengannya.

 

Keenam :
Memperbanyakkan amal jariah, bersedekah,  amalan-amalan sunat dan banyakkan berniat untuk melakukan kebaikan walaupun belum mampu melaksanakannya.

 
Ketujuh :
Mengajarkan atau menyebarkan ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

 
Kelapan :
Mendidik anak-anak agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

 

Kesembilan :
Selesaikan semua hutang-hutang di dunia ini kerana roh si mati akan tergantung di antara langit dan bumi jika tidak dibayar hutang-hutangnya sesama manusia.


Kesepuluh :
Jangan syirik kepada Allah SWT, seperti mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT, tinggalkan fitnah dan mengumpat dan jangan percaya jika ada orang menuduh seseorang berzina atau liwath tanpa bawa 4 orang saksi. Sentiasa berbaik sangka kepada Allah SWT dan jangan pertikaikan qada dan qadarNya.
 
 
 
Sahabat2 yang saya kasihi sekalian,
Marilah kita sama-sama beramal dan membuat persiapan sebaik mungkin sebelum bertemu saat kematian.
 
Oleh itu cuba renungkan hadis Nabi SAW  di bawah ini sebagai iktibar kepada kita semua.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati."
(Hadis Riwayat Tirmidzi daripada Abu Ya'la Syaddad r.a)


Sumber dari Cemerlang AbuBasyer.



Ok, jumpa lagi..


 

 

Selasa, 17 Jun 2014

Ulang Tahun Memasuki Alam Pekerjaan



Assalamualaikum..


Semlm dr jam 9.00 pagi sampai jam 1.00 tengahari saya berkursus CIDOS..pening ler sikit  walau pun sebelum ini sudah berkenalan dgn CIDOS nie..
khabarnya CIDOS yg lama tu versi 1.8 dan yg baru nie versi 2.5..
 
Kiranya CIDOS baru ini lebih canggih dan aplikasinya lebih mesra pengguna..

hanya paste shj mana2 fail yg kita nak masukkan dlm CIDOS tu, habis cerita...
ikon2 yg lain2 masih sama shj fungsinya..yg penting kita kena belajar dan tahu kegunaannya..
buat ke tidak itu lain cerita..apa pun semua perkara ini adalah utk mencapai KPI jabatan..
 
 
emmm...sebut perkataan jabatan nie, teringatlah pulak saya....
 
sebenarnya semlm 16 Jun adalah merupakan tarikh saya mendaftar di jabatan ini..kiranya tarikh keramat lah dalam hidup saya ini...keramat sgt ker??
hihiiii....seram le plak sebut2 perkataan keramat nih...
 
 
Iya..pada 16 Jun 1999 itu saya mula masuk kerja di sini..sudah hampir 15 tahun masa berlalu..masa itu seronoknya perasaan hati saya ini Tuhan shj yg tahu...
terasa dunia ini ana yg punya, asyik tersenyum2 shj masa tu..
 
 Perasaan gembira tu ada banyak sebabnya...pertamanya mungkin inilah cita2 saya..bersemangat sgt kau jadi pensyarah yer....haaa, ambik kau!!!...
 
 
 
 
 
Cita2 itu tercetus masa saya belajar pada sem 1 lagi tau...
 
Ini cerita lepas habis SPM, saya sambung belajar ambil Sijil dlm 2 tahun gitu..pengajian makan masa 4 sem juga..
 
dlm sem 1 gitu, saya minat dgn karektor seorg pensyarah perempuan ini..
sebutan dan intonasi suara dia sesuai dgn jiwa saya..tak kuat dan tak perlahan sgt..kadang2 dia tegas dan sgt tersusun penyampaiannya..
dia ini bukan kategori mesra dgn pelajar dia, senyum pun jarang...hanya sekali-sekali shj senyum, itu pun pendek shj..
 
Tapi dgn tingkah-laku dia itulah, saya jadi minat dgn kerjaya ini, terjerumus dlm profesional ajar-mengajar ini...
subjek yg pensyarah itu ajar pun saya minat jugak tapi bukanlah score sgt pun, hanya dpt A- shj..
 
Ada seorg lagi pensyarah nie pun saya minat jugak..pakaian dia semua cantik2 belaka, orgnya kecil molek shj..tapi satu yg saya ingat tentang dia ini sampai sekarang adalah mengenai lipatan/susun bahagian kain dia....
lipatan kain itu tidak diiron ikut lipatan seperti kebanyakan orang, dia hanya biarlah shj bahagian lipatan itu jatuh tanpa ada garisan...hanya nampak berombok2 gitu..
 
ehhh! korang faham tak cerita saya ini?
 
 
Masa habis belajar peringkat Sijil tu, saya buat muka toyer shj..tak mintak pun kerja kat mana2 syarikat korporat2 nie...
Kekwn saya yg lain pun heran, ko tak isi ker apa2 borang kerja?...
mungkin masa tu saya selamba shj jawab, takkkk....
 
Masa tu sudah target nak sambung belajar lagi..tak per lah tak dpt duit dulu, fikir yg penting saya nak capai cita2 dulu, cita2 yg satu itu..
 
 
*********************
 
Alhamdulillah..kedua2 org pensyarah itu sekarang sudah menjadi rakan sekerja saya...yg pertama itu telah naik pangkat menjadi Pensyarah Kanan manakala yg kedua itu pula telah bersara awal, 2 tahun lepas..dia kini sedang berbahagia bersama keluarga tersayang di Putrajaya...hihii..
 

Dlm masa 15 tahun nie mcm2 perkara dan peristiwa telah berlaku...saya hanya mengikut arus perdana, org ke kiri kita ke kiri, org ke kanan kita juga ikut ke kanan...
keseronokan mengharungi cita-cita itu pun ada pasang-surutnya, ada kala gembira dan ada kalanya berduka..
 
 
 
 
Teruskanlah kehidupan ini..
 
Buat yang masih di sini, kehidupan perlu diteruskan. Mesti membuahkan hasil kehidupan yang sempurna dan bahagia.
 
Kehidupan walau di mana-mana sekalipun perlu dilalui. Disemai, dibaja dan dijaga agar ianya hidup subur serta membuahkan rasa indah yang berbunga.
 
Biarpun sakit, lemah dan kecewa, kehidupan mestilah menghasilkan manfaat kepada insan lain. Bukan sahaja kepada diri sendiri, tetapi juga orang lain yang sama2 mengikut rentak kehidupan yang berliku ini...
 
 
 
Ok, jumpa lagi..
 
 
 
 

Isnin, 16 Jun 2014

"Segmen Blogwalking & Bloglist by Aniesa Ahmad"



Assalamualaikum..



Salam perkenalan semua ... 


Segmen

Klik Banner untuk Join



Selamat berblogwalking yer kawan-kawan..
 
 
 
Ok, jumpa lagi...