Ahad, 22 Jun 2014

Hidung Berdarah


Assalamualaikum..


Semlm sebelum sembahyang Magrib tetiba anak2 beritahu saya yg hidung Danish berdarah...haaa, melompat saya naik ke atas..tgk ada sikit aje darah kat hidung dia..darah merah pekat gitu..
emmm..tak pernah pulak jadik cam gini seblm nie!...

Kak Long cakap mungkin Danish panas sgt kot, tu yg hidung dia berdarah...Saya suruh Danish mandi cepat2 dan basuh kepala..lepas mandi terus suruh dia baring tanpa bantal...bantalnya saya letak kat bahagian kaki dia, kiranya bahagian kaki lebih tinggi dr kepala dia...bukak aircon dlm bilik kasi sejuk sikit..

Saya nie masa kecik2 dulu adalah sikit pengalaman bab2 hidung berdarah nie..nie bukan sebab jatuh atau hidung tu terantuk ke...nie selalunya disebabkan oleh cuaca yg sgt panas..

Adik saya yg ke-6, Anjang Aziz pun masa kecik2 dulu selalu jadi mcm nie...dulu selalunya saya ambik daun sirih, gosok2 kat hidung dia..dan pastikan kepala dia terdongak ke atas..selalu sekejap aje darah tu dah berhenti...masa tu saya cool aje, tapi bila kena kat anak sendiri saya panik le pulak..

Adik saya yg ke-9, Kak Su pun selalu jugak jadi hidung berdarah nie, puncanya sebab cuaca panas..klu kak Su nie saya tak berapa perasan sgt, agaknya waktu dia jadi mcm tu saya tak ada di kg kot...

Tel Wan Timah, dia kata klu jadi lagi hidung berdarah nie, cuba pula letak air batu/ketul ais kat batang hidung tu..tuam2kan ketul ais tu, klu tak nak air tu meleleh balutlah dulu ketul ais tu dgn tuala kecil yg bersih..

emmm...kami panggil situasi hidung berdarah nie lelindung..mungkin lain kawasan namanya lain...nama perubatannya epistaxis ..
Dr. Shikin, betul ker nama yg saya letak tu? hihiii...


************************

Pagi semlm juga saya pergi ke Karnival Muslimah..
pergi dgn Husna shj, anak2 yg lain pergi sekolah..

mcm2 pengisian yg ada di karnival tu, antaranya Bicara Muslimah: Peranan Dan Hak Wanita Muslimah, Persembahan Peragaan Pakaian Muslimah dari Butik Inspirasihana, Pengurusan Emosi & Stress Wanita dan Forum Kesihatan Wanita: Tradisional v/s Moden..dan tidak ketinggalan gerai2 jualan...

saya dan Husna tunggu sampai jam 12.15 tgh, lepas itu terpaksalah balik sebabnya nak pergi ke rumah sepupu suami yg baru masuk rumah baru..dia buat kenduri kesyukuran..

Saya tunjuk shj lah gambar2 yg sempat diambil semasa karnival itu berlangsung ye..



Saya juga mengambil kesempatan melakukan pemeriksaan perubatan ini..
Tinggi: 158 m
Berat: 64 kg
BMI: 25.6 kg/m

Normal (<23kg/m)
Lebih Berat (23-27.5kg/m)
Obes (>27.5kg/m)

"Puan, turunkan berat hingga 62kg utk dapatkan berat ideal yer.." hihii...



periksa tekanan darah pula, Sistolik: 108 mmHg dan Diastolik: 74 mmHg

Normal (<140/90 mmHg)
Abnormal (>140/90 mmHg)

"bacaan puan nie ok lah yer...bykkan bersenam dan makan sederhana..lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan ye.." 

"Ok, terima kasih.."



jualan kuih raya..mcm2 kuih ada, siap dia bagi rasa lagi samplenya..


jualan bunga-bungaan, pokok2 herba, baja dan benih..
Utk keterangan lebih lanjut boleh hubungi Semua Menjadi ye..



baju kurung Cotton Vietnam dan baju kurung Moden Manik..
emmm..cantik2 belaka, geramnya saya tgk..

utk melihat lebih banyak koleksi baju2 kurung yg ada, silalah ke 

Butik Aida FL
65, Medan Gopeng 5, Jln Lapangan Terbang 31350 Ipoh..
Tel: 05-3139000



jualan cenderamata..comel2 aje, sesuai utk anak2 dan remaja..




kain English Cotton 3.5 meter, bidang 60 (corak kaki) RM65.00..


Tudung Mesir RM27.00


tapi pelik plak Tudung Mesir nie..kain dia tiada jahitan tepi..
klu beli kena pula hantar ke kedai nak jahit tepi tu..
emmm, tambahlah kosnya pula..


kerongsang, tudung dan kain ela..


buku2..masa ni ada promosi
sebuah RM4.00, 3 buah RM10.00


emmm..blur lah plak..
 "Terdidik Rohani Membina Jatidiri"


demonstrasi pemakaian tudung dari wakil Butik Inspirasihana..
emmm..laju sgt lah adik tu bagi penerangan...

Ok, sesiapa yg berminat dgn tudung2 labuh dia, bolehlah jln2 ke Butik Inspirasihana..



haaa..ni lah hasil saya membeli-belah setelah penat berjln2 ke setiap gerai yg ada..
kesian Husna, dia ngikut aje ke mana mama dia pergi..
sampai terduduk2 dia dlm dewan tuh..hihiii..



"Husna, lepas ni nak tak ikut mama pergi ofis lagi?" tanya saya..

"Nakkkk..." hihii..



Ok, jumpa lagi...


Jumaat, 20 Jun 2014

Harga Makanan Makin Mahal


Assalamualaikum..


Kali ini saya ingin meluahkan perasaan dalam hati saya ini..
saya rasa sekarang ini harga makanan yg telah siap dimasak semakin mahal..
 
semlm saya beli nasi putih, ikan temenung goreng seekor dan sayur bayam masak air dah kena RM6.80..emmm, nak sedapkan hati saya agak mungkin ikan itu punya angkara..saiznya besar tu yg mahal sikit kot..
 
kedai itu saya namakan Kedai A lah yer..kang bagi tahu nama betul2 kata tidak adil pulak, org lain beli mcm biasa shj...kedai tu antara kedai makan yg glamor kat kawasan perumahan saya ini dan ramai jugak pelanggannya...
 
Saya sebenarnya dah lama jugak tidak berkunjung ke Kedai A ini, alasannya dulu adalah disebabkan oleh perasaan tidak puas hati..harga makanannya mahal melampau..saya bukan ambik banyak sgt pun nasinya, sikit shj..klu ambik ayam/ikan campur dgn sayur mesti harga lebih RM6.00..itu hari pernah saya cuba ambik ikan campur dgn ulam shj pun kena RM5.60..
 
Pernah jugak kami anak-beranak makan kat Kedai A pada waktu malam..5 menu berlainan dan 6 gelas air ais, masa itu kena hampir RM50.00..kesimpulannya memang harga kat Kedai A memang mahal..bila sudah kena ketuk itu insaflah nak makan2 kat situ lagi..
 
 
Selepas itu saya selalu pergi ke Kedai B pula..ini kedai kegemaran saya..lauk2nya sama shj setiap hari dan harganya kira oklah pada pendapatan saya..selalulah saya ke sana walaupun kedai itu jauh sikit dr Kedai A tadi..
 
Tapi sejak2 kebelakangan ini, dlm 2 minggu lepas, saya rasa nasinya makin keras..adalah 2 kali itu rasa lembut balik, selepas itu keras membatu semula, agaknya pekerja baru yg masak nasik tu, tak pun nak jimatkan air masa masak nasi...
emmm...nasinya pulak seakan kekuningan dan pecah2, mungkin pakai beras murah kot..
 
Dan hati saya juga menyatakan, yg harga makanan kat situ pun semakin mahal..sebelum ini selalunya saya mkn seorg RM5.00..tetapi sekarang ini sudah naik..setiap hari MESTI kena lebih RM6.00 ke atas walaupun ambik makanan yg sama mcm dulu2..
 
 
*******************
 
 
Oleh: ABDUL AZIZ AWANG
 
 
Di antara isu utama yang dihadapi oleh Malaysia pada masa ini adalah isu rasionalisasi subsidi, perbelanjaan Kerajaan yang tinggi dan juga bebanan hutang. Masalah yang dihadapi oleh Kerajaan ialah bagaimana untuk merasionalisasi subsidi tanpa membebankan golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
 
Langkah Kerajaan menaikkan harga petroleum, tarif elektrik, harga gula dan kadar tol merupakan antara kaedah merasionalisasi subsidi. Tindakan ini bakal menyaksikan berlaku kenaikan kos sara hidup terutamanya bagi rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana.
 
Walau bagaimanapun, Kerajaan tampil dengan inisiatif tambahan bagi membantu meringankan beban sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diteruskan pada tahun 2014 dan bahkan bantuan ini dinaikkan dari RM500 kepada RM650 kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan.
 
 
 
haaa...siapa dpt BR1M sila angkat tangan ye...
yer..tinggi2 sikit lah!!...
 
emmmm....saya tak nampak pun!!!
 
 
 
 
ini beli tengahari tadi..
seekor ikan goreng, sayur bayam gulai air, nasi dan sikit kacang, milo ais = RM8.00
 
emmm..korang rasa ok tak harga tuh?
 
 
 
 
nasi ayam percik 2 bungkus = RM7.00
 
 
Tadi, rasa teringin nak makan nasi ayam, saya pergi ke Kedai Halimah Bachik pula..sini, punyalah ramai umat manusia, berpusu2..kiri kanan jln penuh dgn kereta dan kenderaan, agaknya hari Jumaat kot...
tapi yg bestnya harga makanan dia masih dlm kawalan..
 
Sesiapa yg dtg Ipoh ini, nak makan nasi ayam yg sgt sedap dan nasinya banyak..
silalah ke Kedai Halimah Bachik itu di Taman Cempaka..berdekatan dgn STAR..
 
Harga nasi ayam biasa RM3.00..masih termurah di bandaraya Ipoh ini...hihii..
 
 
 
Ok, jumpa lagi...

 
 
 

Khamis, 19 Jun 2014

Al-Fatihah buat Blogger Syuhada Baharudin



Assalamualaikum..


Al-Fatihah buat Blogger Syuhada Baharudin..
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aminn...
 
Terkejut saya mendengar berita ini apabila ada rakan blogger berkongsi berita sedih ini
 
 
 
 
 
 
Walaupun saya ini baru kembali aktif dlm dunia blog tetapi saya tetap terasa sedih dgn pemergiannya..
ini kerana arwah juga pernah menjenguk ke blog saya yg tidak seberapa ini..
 
 
 
 
 
Manfaatkan Kehidupan..peninggalan Arwah buat rakan2 seperjuangan..
 
 
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Syuhada Baharudin...semoga tabah dalam menghadapi dugaan ini....
 

 ***************
 
 
Kematian pasti akan datang menjemput kita pada bila-bila masa sahaja.
Tiada siapa tahu bila ajalnya tiba. Semua itu adalah menjadi rahsia ALLAH S.W.T semata-mata.
Namun, setiap kita hendaklah sentiasa beringat tentang itu dan membuat persiapan untuk menghadapinya setiap masa.

Setiap manusia pasti melakukan dosa. Tetapi, harapan untuk orang yang berdosa adalah taubat.
Ia merupakan langkah terbaik untuk menyucikan diri daripada segala dosa dan maksiat yang dilakukan.
Dan sesungguhnya ALLAH sentiasa membuka ruang untuk hamba-hamba-NYA bertaubat. Setiap kesalahan pasti diampunkan oleh ALLAH selagi seseorang hamba itu bertaubat dengan bersungguh-sungguh dan menepati semua syarat taubat.

Amatlah rugi mereka yang tidak sempat bertaubat sebelum kematian.
Ini kerana, dia akan berjumpa ALLAH dalam keadaan berdosa dan hina.
Sebaliknya, orang yang sempat bertaubat akan mengadap TUHAN dalam keadaan bersih bagaikan kain putih.
Oleh itu, marilah kita sentiasa berusaha untuk bertaubat kepada ALLAH setiap masa dan melakukan amalan soleh agar kita mati dalam keadaan diampuni ALLAH S.W.T.
 
 
Tunaikan 10 Persediaan Sebelum Tiba Saat Kematian
 

Pertama :
Sentiasa utamakan amalan fardu ain (jangan ditinggalkan) terutama solat, puasa, zakat dan fardu kifayah serta fardu-fardu lainnya yang ditetapkan dalam sunnah-auliah dan sunah Rasulullah SAW.

 

Kedua :
Sentiasa menjauhkan diri daripada berbuat yang merosakkan amal ibadah fardu tersebut , seperti melakukan perkara yang mengundang dosa.


Ketiga :
Sentiasa bertaubat dan memohon ampun kepada Allah SWT.


Keempat :
Bersegera memohon kemaafan daripada orang yang telah kita lakukan kesalahan.


Kelima :
Mewasiatkan kepada ahli keluarga tentang iman dan Islam, halal dan haram dan berpegang teguh dengannya.

 

Keenam :
Memperbanyakkan amal jariah, bersedekah,  amalan-amalan sunat dan banyakkan berniat untuk melakukan kebaikan walaupun belum mampu melaksanakannya.

 
Ketujuh :
Mengajarkan atau menyebarkan ilmu yang bermanfaat untuk dunia dan akhirat.

 
Kelapan :
Mendidik anak-anak agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah.

 

Kesembilan :
Selesaikan semua hutang-hutang di dunia ini kerana roh si mati akan tergantung di antara langit dan bumi jika tidak dibayar hutang-hutangnya sesama manusia.


Kesepuluh :
Jangan syirik kepada Allah SWT, seperti mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT, tinggalkan fitnah dan mengumpat dan jangan percaya jika ada orang menuduh seseorang berzina atau liwath tanpa bawa 4 orang saksi. Sentiasa berbaik sangka kepada Allah SWT dan jangan pertikaikan qada dan qadarNya.
 
 
 
Sahabat2 yang saya kasihi sekalian,
Marilah kita sama-sama beramal dan membuat persiapan sebaik mungkin sebelum bertemu saat kematian.
 
Oleh itu cuba renungkan hadis Nabi SAW  di bawah ini sebagai iktibar kepada kita semua.

Nabi SAW bersabda maksudnya : "Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati."
(Hadis Riwayat Tirmidzi daripada Abu Ya'la Syaddad r.a)


Sumber dari Cemerlang AbuBasyer.



Ok, jumpa lagi..