Jumaat, 17 Oktober 2014

Penyedut Habuk Paling Berkuasa



Assalamualaikum..


Tu hari 'rakan kongsi' rumah saya membeli Vacuum Cleaner/Penyedut Habuk PVC-211 Pensonic. Pekerja kedai alat elektronik itu menyatakan ia jenama 1Malaysia, Malaysia Boleh. Harga yg dipersetujui ialah RM210.00 sebuah.

Daya kekuatan sedutan penyedut habuk ini telah dicuba semasa di kedai lagi, hampir terperosok tapak tangan Danial termasuk dlm lubang penyedut itu bila suis di ONkan. Ini menunjukkan bukti betapa kuat daya sedutannya. Kalau setakat stokin, sisa-sisa pensil warna yg bergelempangan pun tiada masalah, inikan pula sedut habuk2 yg halus itu.






Utk pengetahuan semua ini adalah penyedut habuk yg ketiga yg telah kami miliki. Pertama, bentuk lebih kurang sama seperti yg ketiga ini, besar dan gagah. Warna biru dan daya sedutannya bagus. Jenama Pensonic. Kami berpuas hati dgn kualitinya dulu.

Malangnya saya telah serahkan ia kepada lori barangan terpakai yg lalu depan rumah setelah batang penyedutnya retak. Ini semua gara-gara Pembantu Harian (PH) yg begitu taksub semasa menjalankan aktiviti membersihkan rumah. Mungkin dia tekan terlalu kuat semasa membuat kerja sehingga retak di bahagian tersebut. Mungkin juga petanda utk kami bertukar kpd penyedut habuk yg baru setelah agak lama juga kami menggunakan khidmatnya.

Kedua, kami beli yg lain, hebat jenamanya. Bentuknya comel dan saiznya kecil sedikit dari yg pertama. Jenama terkenal, mula dgn huruf P. Oleh kerana ia kecil maka daya sedutannya pun tidak sepower penyedut yg pertama dulu. Ini selalu dinyatakan oleh Pembantu Harian (PH) kami yg sentiasa mengeluh. Katanya penyedut kedua ini tidak bagus, tidak kuat menyedut habuk walaupun jenamanya terkenal.

Rakan kongsi saya pun selalu juga bising-bising pasal penyedut yg no 2 itu. Alasannya dia terpaksa memegang dengan kuat di bahagian sambungan di batang penyedut, jika tidak ia akan tertanggal dgn sendiri. Tidak selesa katanya membuat dua kerja dlm satu masa, memegang batang dan menyedut habuk.


Dan akhirnya pada hari Ahad lepas, dia membeli penyedut habuk yg baru. Sampai di rumah terus dirasmikan.



Warna hitam dan bentuknya gagah perkasa...


Terbukti!, ia memang berkuasa dan kuat hasil sedutannya. Sepetang ia bertugas, habis semua kawasan di dlm rumah digeledah. Rakan kongsi saya sgt berpuas hati, katanya selepas ini kami tidak perlu lagi mengambil khidmat PH. Kerja-kerja menyedut habuk ini boleh diserahkan kepadanya.


Kepada rakan kongsi saya ini hanya ucapan ribuan terima kasih yg mampu saya ucapkan, terima kasih daun keladi yer bang...hihihi...

   

Isnin, 13 Oktober 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?


12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Jumaat, 3 Oktober 2014

Khasiat Cekur


Assalamualaikum..

Semlm saya ada sebut tentang sepasu pokok cekur 'angkat' saya itu. Saya ini risau juga, takut-takut tumbesaran cekur itu tidak serasi dengan cuaca di Ipoh ini. Pada mula cekur itu sampai di rumah saya ini, pagi petang saya akan siram dengan air. Jika tidak sempat siram waktu pagi, waktu tengahari pula saya siram. Ada juga saya terdengar maklumat ini, pokok jangan disiram pada waktu tengahari. Kata mereka nanti akarnya 'terkejut' dan pokok boleh mati. Betul ker?

Saya selalu nampak di taman perumahan bersebelahan ini, seorg itu selalu menyiram pokok sayur-sayurannya pada waktu tengahari. Jika saya lalu kawasan tersebut dalam anggaran waktu tengahari, bilanya matahari terpacak di atas kepala nampaklah petani itu sedang menyiram tanamannya. Kadang-kala saya nampak dia menyiram tanamannya pada waktu petang. Saya pun tidak pasti waktu bila yang paling sesuai siram pokok-pokok ini.

Berbalik kepada cekur ini, saya akan pastikan ia disiram setiap hari. Tapi sejak kebelakangan ini kawasan saya ini selalu hujan. Jadi saya biarlah sahaja. Rasanya sudah dua tiga hari saya tidak membelek daun-daunnya. Tak sangka, pagi ini saya lihat daun-daunnya semakin besar dan merimbun.




gambar dari sisi, pasu kecil berwarna coklat.



ini gambar dari atas. besarkan daun-daunnya.
Bilalah agaknya saya nak tuai daun-daun itu?



Ini pula berkaitan maklumat tentang cekur ini.

Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan.



Cekur mempunyai banyak khasiat. Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatia pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia yang lain.
Rizomnya digunakan sebagai bahan ubatan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak, muntah, sakit urat saraf, dan lain-lain. Untuk tujuan tersebut biasanya bahagian rizom akan dimakan secara segar. Sesetengah orang lebih gemar meminum air perahan rizom bagi mengubati penyakit-penyakit-penyakit tersebut. Rizom cekur juga banyak digunakan dalam ramuan jamu yang terdapat di pasaran . Selain itu, kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat mencegah penyakit lelah telah menghasilkan kesan yang positif.

Rizom cekur juga digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan.

Sumber