Jumaat, 3 Jun 2011

Kecilkan Peha Anda




Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau 'walkathon', dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda?

Maklumat lanjut, klik di sini.....

p/s: untukmu Yang yang jauh di mata, Yanbu Arab Saudi....moga berjaya mengecilkan pehamu..heheeehee...

Rabu, 1 Jun 2011

Maaf Saya Tidak Bersalam Dengan Lelaki



Nuur Zaffan
Editor: itqan11

"I noticed you did not shake hands with guys", sapa Sian Hodgson berketurunan Welsh, kawan sekuliah saya.


"True. It is Islam. We are not allowed to physically touch the opposite gender except our spouses and family members", secara ringkas diterangkan kepadanya.


"Just like the Jews! Jewish women do not shake hands with men", ujarnya.

Jika Sian teruja dengan ilmu baru berkaitan Islam, saya pula teruja dengan apa yang dia kongsikan.

Saya tahu, Yahudi dan Islam percaya tuhan adalah Esa.

Saya tahu, Yahudi dan Islam mengaku Nabi Musa as adalah utusan Yang Maha Pencipta.

Namun, tidak pernah pula saya tahu bahawa Yahudi tidak bersalaman dengan yang berlainan jantina, kecuali yang halal sahaja! Menarik.

Keterangan lebih lanjut, klik di sini

p/s: selalunya yang baik itu tentu memberi manfaat untuk manusia sejagat.

Selasa, 31 Mei 2011

Baiki Pam Tangki dan RFC Ipoh

As Salam semua...
Cerita hari ini, Pakcik Subra Tukang Paip datang ke homestay dalam jam 2.45 petang. Teman tel pada 9.30 pagi semalam dan hari ini baru dia berkesempatan tengok pam tangki homestay teman. So, anak dia panjat tangga dan naik ke atas dan terus tukar pam yang baru dan terus elok.

Lagi satu mintak dia tgkkan apasal siling bilik air bawah asyik basah aje, kut-kut paip bocor ker....senang sahaja jawapannya, lubang air lalu di bilik atas tak simen elok-elok, air meleleh keluar. Dia ambil 'gam' simen dan sapu sekeliling lubang air tu, katanya jangan guna bilik air 2 hari nie dan tunggu sampai kering dan pasti gerenti kering....so kita tungguuuuuuuuuuuu......itu ajeee....

Petang tadi pegi RFC  makan ayam goreng.....tak sangka, ada juga bangsa lain makan kat situ. Ini bermakna makanan yang halal dan organik ada peminatnya...tapi teman nak komen ler....hehheee...tokey jgn marah yek....apasal aiscream tak der??, dah habis ker...cepat2 ler cari lagi....apasal sayur kobis tu tak dak??.....kobis tak jual ker, heeheheee...lain kali klu dah dekat nak habis cepat2 cari yang lain......ini cerita Bapak lak....

Teman nie datang dari jauh, utara ke selatan nak makan ayam RFC tu, perjalanan dekat 30 minit...klu perkhidmatan baik dan memuaskan, lain kali pelanggan datang lagi....takut gak teman nie, bagi komen lebih2...hehehhe....ini komen membina, membina sebangsa dengan teman...moga2 perniagaannya terus maju dan maju dan maju lagi di masa2 akan datang.

INFO:
RFC Ipoh telah beroperasi pada 28hb Feb 2011 di alamat No.13 Bangunan Komas, Jalan Keledang Raya 22, Taman Alkaf, 30100 Ipoh Perak. 
 



  Sekian, jumpa di sana..di sana lagi.

p/s: rasa ayam RFC tu lebih sedap dari KFC, ikut tekak teman dan anak2 ler..MDZ pun kata gitu...