Rabu, 29 Jun 2011

Menunggu Hari...



As Salam semua..

Teman sekarang ini tengah berdebar-debar, rasa takut pun ada walaupun telah melalui pengalaman itu sebelum ini. Pengalaman apa pula ini?....heheheee...bersalin ler, insyaallah dalam masa terdekat ini. Walaupun ini untuk kali keempat tetapi debaran itu tetap ada, tertunggu-tunggu tanda yang pasti untuk bersalin. Semalam rasa sakit perut semacam, dalam hati sudah terdetik....."ehhh, nak bersalin ker nie"

Pagi ini pergerakan baby elok sahaja, seperti hari-hari yang berlalu tetapi perut sentiasa keras sahaja. Mungkin agaknya sarapan tadi dengan nasi, mungkin perut penuh, baby rasa tidak selesa dalam perut. Jadi tengahari ini teman makan jajan-jajan sahaja (Choc Chip Extreme Cream-O) dengan minum air orange Pulpy Minute Maid. Nanti, agak-agak pukul 3 petang teman cari pula pisang goreng Pakcik Caltex Tmn Cempaka dan air milo ais.

Apa agaknya jantina baby teman kali ini?  Ramai yang sudah bertanya, tetapi jawapan teman.."sudah scan, tapi tak nampak". Mahu buat kejutan untuk kakak dan abang-abangnya itu. Bagi teman, tidak kisah baby lelaki atau perempuan, moga-moga baby sihat walafiah hendaknya...amin. Esok, 30hb Jun 2011 ada temujanji dengan doktor Klinik Kesihatan Hillcity, sekarang pemeriksaan kesihatan ibu mengandung masuk seminggu sekali, jawabnya makin dekat masa teman hendak bersalin.

Sampai sini dulu, jumpa lagi...

Jumaat, 10 Jun 2011

Lost World Of Tambun, Ipoh


As Salam semua,

Hari Rabu lepas pada 8 Jun 2011, berangkatlah teman anak-beranak ke Lost World Of Tambun (LWOT) tu, heehehe...walaupun rumah teman ini sekangkang kera sahaja jaraknya tapi sebelum ini tiada 'seru' ke situ.
Jadi pada petang yang agak panas itu tercapailah hasrat anak-anak teman sempena cuti sekolah ini, melawat LWOT itu....
jika tiada aktiviti luar, kerjanya asyik mengadap ASTRO CERIA sahaja.

Di sana, apa lagi......mandi-manda ler sampai kecut jari-jemari Klong dan Angah. Adik pun apa kurangnya, siap berenang kuak lentang.
Main-main air, naik pelampung besar itu dan kelilinglah 'parit' yang ada bunyi gajah dan monyet.
Sampai balik rumah pun buat bunyi gajah lagi, "takut betul kami"..kata Angah sampai Adik angguk-angguk kepala.
Anak-anak gembira, teman pun bahagiaaaaa.



Saksikan gambar-gambar keceriaan kami semasa di LWOT.

























p/s: harga tiket, dewasa RM38.00, kanak-kanak RM32.00 dan kanak-kanak tinggi bawah 90cm percuma....




Sabtu, 4 Jun 2011

Cerita Pagi Sabtu

Salam semua...

Hari ini Sabtu, selalunya Teman lepak2 dulu....agak2 dah dekat 8.00 pagi baru ler siap-siap nak keluar sarapan. MDZ balik jogging terus aje keluar. Tapi pagi ini lain sikit, otak asyik terfikir, ada KERJA sedang menantiku. Ehhhh!!! hari Sabtu pun kena kerja ker???...


Ya, hari ini kerja Teman kemas homestay. Petang nanti tetamu Teman dari Kelantan akan bertandang ke Ipoh ini, jadi semua kerja perlu disiapkan sebelum 2.00 petang. Pasang cadar dan sapu habuk, walaupun tak nampak sangat habuknya tapi Teman sapu juga.

Pastikan sabun May disediakan di setiap bilik air dan pasangkan plastik sampah. Bersihkan bilik air walaupun sudah bersih....heheheee, itu ler kerjanya. Selesai semuanya dalam 12.30 tengahari dan balik rumah, duduk-duduk tengok tv sambil makan kuih bahulu.  Sedapnyaaaa....walaupun tulang punggung Teman ini sakit-sakit.

p/s: Hari Raya kuih bahulu ini macam tak laku sahaja, kesian....

Jumaat, 3 Jun 2011

Kecilkan Peha Anda




Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau 'walkathon', dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda?

Maklumat lanjut, klik di sini.....

p/s: untukmu Yang yang jauh di mata, Yanbu Arab Saudi....moga berjaya mengecilkan pehamu..heheeehee...

Rabu, 1 Jun 2011

Maaf Saya Tidak Bersalam Dengan Lelaki



Nuur Zaffan
Editor: itqan11

"I noticed you did not shake hands with guys", sapa Sian Hodgson berketurunan Welsh, kawan sekuliah saya.


"True. It is Islam. We are not allowed to physically touch the opposite gender except our spouses and family members", secara ringkas diterangkan kepadanya.


"Just like the Jews! Jewish women do not shake hands with men", ujarnya.

Jika Sian teruja dengan ilmu baru berkaitan Islam, saya pula teruja dengan apa yang dia kongsikan.

Saya tahu, Yahudi dan Islam percaya tuhan adalah Esa.

Saya tahu, Yahudi dan Islam mengaku Nabi Musa as adalah utusan Yang Maha Pencipta.

Namun, tidak pernah pula saya tahu bahawa Yahudi tidak bersalaman dengan yang berlainan jantina, kecuali yang halal sahaja! Menarik.

Keterangan lebih lanjut, klik di sini

p/s: selalunya yang baik itu tentu memberi manfaat untuk manusia sejagat.