Salam semua...
Ahad lepas dalam pukul 3.00 petang, MDZ ajak kami jalan-jalan.Ke mana? tanya teman, MDZ start Cerry dan terus masuk lebuhraya. Sebenarnya MDZ pun tak tahu nak ke mana nak dituju. Pecut punya pecut, terus kami sampai Teluk Batik. Tak sangka, ramainya pengunjung pada petang itu. Kami hanya berjalan-jalan sahaja sambil makan jagung bakar dan minum air kelapa muda.
Kami berhenti di sebuah surau, rasanya di Bota Kanan. Terpandang beduk ini, sempat juga teman menerangkan kegunaannya. Sekarang ini susah hendak mencari beduk ini, kecuali di kawasan kampung-kampung.
Belilah sedikit kudap-kudap, dalam kenderaan boleh makan. Sampai Ipoh semula anggaran 8.00 malam.
Sekian, jumpa lagi.