Assalamualaikum..
Hari ini diadakan jamuan oleh ahli bilik L24 dan L26. Macam-macam ada, seperti iklan di ASTRO itu.
Menunya pelbagai rasa dari nasi lemak, soto ayam, bihun sup, roti jala dan laksa. Kuih-muih pemanis mulut seperti karipap, cucur badak, puding jagung, puding buah prun, kek batik dan kek coklat.
Ada juga buah-buahan seperti limau, jambu batu dan nenas. Kuah rojak juga disediakan untuk dicampurkan dengan sengkuang, timun dan jambu batu, mengikut citarasa kesukaan masing-masing samada mahu dibubuh kacang tanah tumbuk atau makan begitu sahaja.
Semua ahli dijemput hadir untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut dan bacaan doa selamat diketuai oleh En. Mohd Hamizan.
Jamuan diadakan di L25, oleh kerana bilik tersebut agak sempit untuk ahli kami seramai 100 orang maka ramai juga yang mengambil makanan dan membawa balik ke tempat duduk masing-masing.
Walau pun begitu ramai juga yang memahami keadaan 'sesak' tersebut, dengan sedaya upaya makan dengan cepat dan memberi tempat tersebut kepada kawan-kawan yang baru sampai.
Terima kasih kepada ahli L24 dan L26 di atas jemputan tadi, semoga ikatan persaudaraan kita semakin kukuh. Hati lembu sama dilapah, hati kuman sama dicicah.
Wassalam..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan