Selasa, 27 Disember 2011

Jalan-jalan ke Pasir Gudang

Salam semua...

Teman tgh tengok Master Chef nie, terasa lak nak cerita masa kitaorg pergi Pasir Gudang tuhari, masa kenduri Cik Jang dan Cik Han ler...

Kitaorg bertolak dari Melaka (keluar Tol Air Keroh) dalam pukul 3.15 ptg Jumaat dan pecut punya pecut sampai kat tol paling last sekali ( rasanya kat Skudai tu ) baru berhenti. Memasing serbu bilik air...heheheee...

Kitaorg bermalam di sebuah homestay, di Taman Bukit Dahlia. Dalamnya biasa-biasa shj .(itu katahati pemilik Homestay De Rasi)

       Lorong ke homestay itu, ambik gambarnya, takut lupa nanti.


       Gambar depan homestay itu pd waktu malam  
                               

       Ruang tamu untuk melepaskan penat dan lelah

Pagi yang indah pd 17hb Dis 2011 (Sabtu), kami jln-jln. Ini salah satu papan tanda di Taman Bukit Dahlia. Menarik di situ, tgk betul-betul ye...Jln. Sejambak, Jln. Seharum dan Jln. Serangkai. Semuanya merujuk kepada bunga. Memanglah, Dahlia itu bunga.




             
                                     mendamaikan....

Jln lagi sampai PJB. Teringat dgn Yang, adik teman yg pernah berkhidmat di situ dulu.




   Wahhhh!...Sudah tukar nama baru, Politeknik Ibrahim Sultan... Tahniah!!!!!

Jumpa lagi.

Yoo...Yooo....Cikedak...

Salam semua...

Apasal ler teman keluar ayat cam gini yek..Yoo...Yooo...Cikedak..Yoo..Yoooo..Cikedak.....yohhhhh...

Rasa sengal pula pagi ini bila masuk 'ofis' selepas bercuti panjang. Pagi tadi masuk makmal dulu dengan 'student'nya 10 orang sahaja. Pot pet pot pet lebih kurang, ( sebenarnya teman bersungguh-sungguh menerangkan kegunaan Digital Logic tu, tak caya ker..heheheee..tanyalah Cik Siti Hidayu kita tu....)

Selepas itu, dalam pukul 8.45 pagi teman dan kawan semakmal teman ini bergegas terus ke Dewan Jubli untuk mendengar penerangan Skim Baru Perkhidmatan Awam itu. Trang-trung-trang-trung sampailah pukul 11.45 pagi, perut teman sudah lama berbunyi-bunyi. Tamat sahaja sesi penerangan dan soal-jawab, teman terus menuju ke kantin Didi, terus makan tengahari. Emmmmm...lega...legaaa...

Cadangnya petang nanti baru nak pegi sain, sain untuk meneruskan kehidupan. Segalanya demi wang, wangg, wanggg dan wangggggg....

Alhamdulillah, syukur kepada nikmat Allah kepada kehidupan teman selama ini. Moga sentiasa dimurahkan rezeki lagi. Aminnn...

Semalam buat Kek Batik.. Gambarnya di bawah ini.

                             laaa....ini mee bandung muar pagi semalam...

                  warna keemasan itu kacang tumbuk, teman tibai guna anak lesung batu ajer...


Sedap?...Sedap ler...teman tgk resepinya kat SINI, ......
                                         (terima kasihlah Ana yer..)

Ok, jumpa lagi.

Isnin, 26 Disember 2011

Baru baca...

Salam semua

Hari ini teman masih bercuti. Selepas sarapan Mee Bandung Muar, teman belek-belek surat khabar. Muka 19 KOSMO Ahad 25 Disember 2011 ada gambar ini....


Teringat pula dengan kain yang teman beli dengan kawan teman tempohari, Pn Farah. 3 kali bayar untuk 3 pasang kain itu. Kain itu pun kekawan teman yang pilihkan, teman ini tak ada 'taste' sangat bab-bab kain baju ini. Lawa tak kain-kain ini? (bukan niat hendak menunjuk yer...)


Tunggu tahun depanlah baru pergi tempah buat baju. Cantik tak corak kain ini...heheheee...



Ahad, 25 Disember 2011

Selamat Pengantin Baru Jang dan Han (16-17 Dis 2011)

Salam semua...Teman dah lama sangat tak hapdet blog nie, rasa rindu sangat-sangat...(heheheee, macam orang bercinta pula teman nie...). Sekarang ini musim orang melangsungkan majlis perkahwinan, setiap minggu pasti ada kenduri-kendara di sana-sini. So, bercinta dan berkahwin itu adatlah kan...

Tidak ketinggalan adik ipar teman, Jang @ Dzulhaizan Bin Lutpi dan pasangannya Cik Han kita yang comel dan sentiasa senyum sahaja. Gambar-gambar berikut masa akad nikahnya, malam 16hb Dis 2011. Layannnnnn..... 







                 2 orang sepupu teman ini pun selalu juga senyum, Senyum 1 Malaysia gitu..hehehee..

Jumpa lagi.

Ahad, 23 Oktober 2011

Kari Ketam

Salam semua.. Pernah tak korang makan kari ketam? Teman ini pun pertama kali masak kari ketam ini, boleh tahan jugak rasanya, jika yang ada anak2 kecik tu kalu buat jgnlah pedas sangat...Kuahnya kalau cicah dgn roti kosong...emmmm sedapnyaaaa!!!!....

                                     tinggal banyak ini ajer...


                                       telur sambal tu beli kat kedai.....


                                       sayur tu ada fishball dan cendawan...

Jumpa lagi...

Sabtu, 22 Oktober 2011

Husna meniarap...

Semalam sampai rumah terus baringkan husna. Lepas tu nampak dia bersungguh-sungguh cam nak meniarap....tup-tup terus meniarap. Tak sangka, baru Rabu tuhari nurse tanya baby dah pandai ker meniarap. Masa tu teman jawab belum lagi, baru mengiring aje...seronok sangat rasanya macam baby sulung lak...heheheee...

                                      kepala berat sikit tu...

                                                 dah ok ler..

                                         ..saya berjaya ler mama...
 
                                     dah penat pun ada hati nak buat lagi...


Jumpa lagi.

Pam susu

Salam semua...Sebenarnya tiap-tiap hari teman memerah susu ini, buat bekalan husna di taska. Buat anggaran 20 minit, dapatlah separuh botol. Selepas itu terus hantar ke taska.

                                                  pakai tangan sahaja...

                                                hasil sebelah kanan dulu...

                                                      ok, dah siap..

Sikit pun tak per, asalkan ada setiap hari.

Rabu, 19 Oktober 2011

Kak Long Demam...

Salam semua..
Lama sangat2 dah teman tak update blog ini...bercuti panjang ler katakan. Cuti bersalin 3 bulan dan tambah lak cuti sendiri 15 hari..hehehee...syok cuti lama-lama nie..

Cerita hari ini, Kak Long demam...balik sekolah tadi diam aje, rasa badannya tak lah panas sangat. Biarlah dia berehat petang ini dan jawabnya tak pergilah ke latihan Lawn Ball (Boling Padang). Latihan itu dijalankan setiap petang Rabu di padang dekat stadium.

sayu aje muka dia....

 laaa...malu plak..kesian dia yer...



Jumpa lagi.

Sabtu, 2 Julai 2011

Nasi Durian




As Salam...

Teman tunjuk sahajalah gambar-gambar makan nasi durian ini. Kami makan semalam, lepas balik kerja terus beli kelapa parut dan sediakan bahan-bahan untuk buat nasi durian ini.

Senang sahaja bahan-bahannya, paling penting mestilah ada buah durian segar, santan pekat (bubuh sikit garam di dalamnya), gula dan nasi putih. Cara memakannya, lagi senang....gaul sahaja semua bahan-bahan tadi sehingga secukup rasa, ada rasa lemak, manis dan berkrim...


PERINGATAN: sesiapa sakit jantung sila jauhi dari juadah ini...kehhh..kehhh...


















 
p/s: kami makan durian dengan nasi, setengah orang makan dengan pulut, tak kisahlah...yang penting sedappppp....









 

Rabu, 29 Jun 2011

Menunggu Hari...



As Salam semua..

Teman sekarang ini tengah berdebar-debar, rasa takut pun ada walaupun telah melalui pengalaman itu sebelum ini. Pengalaman apa pula ini?....heheheee...bersalin ler, insyaallah dalam masa terdekat ini. Walaupun ini untuk kali keempat tetapi debaran itu tetap ada, tertunggu-tunggu tanda yang pasti untuk bersalin. Semalam rasa sakit perut semacam, dalam hati sudah terdetik....."ehhh, nak bersalin ker nie"

Pagi ini pergerakan baby elok sahaja, seperti hari-hari yang berlalu tetapi perut sentiasa keras sahaja. Mungkin agaknya sarapan tadi dengan nasi, mungkin perut penuh, baby rasa tidak selesa dalam perut. Jadi tengahari ini teman makan jajan-jajan sahaja (Choc Chip Extreme Cream-O) dengan minum air orange Pulpy Minute Maid. Nanti, agak-agak pukul 3 petang teman cari pula pisang goreng Pakcik Caltex Tmn Cempaka dan air milo ais.

Apa agaknya jantina baby teman kali ini?  Ramai yang sudah bertanya, tetapi jawapan teman.."sudah scan, tapi tak nampak". Mahu buat kejutan untuk kakak dan abang-abangnya itu. Bagi teman, tidak kisah baby lelaki atau perempuan, moga-moga baby sihat walafiah hendaknya...amin. Esok, 30hb Jun 2011 ada temujanji dengan doktor Klinik Kesihatan Hillcity, sekarang pemeriksaan kesihatan ibu mengandung masuk seminggu sekali, jawabnya makin dekat masa teman hendak bersalin.

Sampai sini dulu, jumpa lagi...

Jumaat, 10 Jun 2011

Lost World Of Tambun, Ipoh


As Salam semua,

Hari Rabu lepas pada 8 Jun 2011, berangkatlah teman anak-beranak ke Lost World Of Tambun (LWOT) tu, heehehe...walaupun rumah teman ini sekangkang kera sahaja jaraknya tapi sebelum ini tiada 'seru' ke situ.
Jadi pada petang yang agak panas itu tercapailah hasrat anak-anak teman sempena cuti sekolah ini, melawat LWOT itu....
jika tiada aktiviti luar, kerjanya asyik mengadap ASTRO CERIA sahaja.

Di sana, apa lagi......mandi-manda ler sampai kecut jari-jemari Klong dan Angah. Adik pun apa kurangnya, siap berenang kuak lentang.
Main-main air, naik pelampung besar itu dan kelilinglah 'parit' yang ada bunyi gajah dan monyet.
Sampai balik rumah pun buat bunyi gajah lagi, "takut betul kami"..kata Angah sampai Adik angguk-angguk kepala.
Anak-anak gembira, teman pun bahagiaaaaa.



Saksikan gambar-gambar keceriaan kami semasa di LWOT.

























p/s: harga tiket, dewasa RM38.00, kanak-kanak RM32.00 dan kanak-kanak tinggi bawah 90cm percuma....




Sabtu, 4 Jun 2011

Cerita Pagi Sabtu

Salam semua...

Hari ini Sabtu, selalunya Teman lepak2 dulu....agak2 dah dekat 8.00 pagi baru ler siap-siap nak keluar sarapan. MDZ balik jogging terus aje keluar. Tapi pagi ini lain sikit, otak asyik terfikir, ada KERJA sedang menantiku. Ehhhh!!! hari Sabtu pun kena kerja ker???...


Ya, hari ini kerja Teman kemas homestay. Petang nanti tetamu Teman dari Kelantan akan bertandang ke Ipoh ini, jadi semua kerja perlu disiapkan sebelum 2.00 petang. Pasang cadar dan sapu habuk, walaupun tak nampak sangat habuknya tapi Teman sapu juga.

Pastikan sabun May disediakan di setiap bilik air dan pasangkan plastik sampah. Bersihkan bilik air walaupun sudah bersih....heheheee, itu ler kerjanya. Selesai semuanya dalam 12.30 tengahari dan balik rumah, duduk-duduk tengok tv sambil makan kuih bahulu.  Sedapnyaaaa....walaupun tulang punggung Teman ini sakit-sakit.

p/s: Hari Raya kuih bahulu ini macam tak laku sahaja, kesian....

Jumaat, 3 Jun 2011

Kecilkan Peha Anda




Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau 'walkathon', dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda?

Maklumat lanjut, klik di sini.....

p/s: untukmu Yang yang jauh di mata, Yanbu Arab Saudi....moga berjaya mengecilkan pehamu..heheeehee...

Rabu, 1 Jun 2011

Maaf Saya Tidak Bersalam Dengan Lelaki



Nuur Zaffan
Editor: itqan11

"I noticed you did not shake hands with guys", sapa Sian Hodgson berketurunan Welsh, kawan sekuliah saya.


"True. It is Islam. We are not allowed to physically touch the opposite gender except our spouses and family members", secara ringkas diterangkan kepadanya.


"Just like the Jews! Jewish women do not shake hands with men", ujarnya.

Jika Sian teruja dengan ilmu baru berkaitan Islam, saya pula teruja dengan apa yang dia kongsikan.

Saya tahu, Yahudi dan Islam percaya tuhan adalah Esa.

Saya tahu, Yahudi dan Islam mengaku Nabi Musa as adalah utusan Yang Maha Pencipta.

Namun, tidak pernah pula saya tahu bahawa Yahudi tidak bersalaman dengan yang berlainan jantina, kecuali yang halal sahaja! Menarik.

Keterangan lebih lanjut, klik di sini

p/s: selalunya yang baik itu tentu memberi manfaat untuk manusia sejagat.

Selasa, 31 Mei 2011

Baiki Pam Tangki dan RFC Ipoh

As Salam semua...
Cerita hari ini, Pakcik Subra Tukang Paip datang ke homestay dalam jam 2.45 petang. Teman tel pada 9.30 pagi semalam dan hari ini baru dia berkesempatan tengok pam tangki homestay teman. So, anak dia panjat tangga dan naik ke atas dan terus tukar pam yang baru dan terus elok.

Lagi satu mintak dia tgkkan apasal siling bilik air bawah asyik basah aje, kut-kut paip bocor ker....senang sahaja jawapannya, lubang air lalu di bilik atas tak simen elok-elok, air meleleh keluar. Dia ambil 'gam' simen dan sapu sekeliling lubang air tu, katanya jangan guna bilik air 2 hari nie dan tunggu sampai kering dan pasti gerenti kering....so kita tungguuuuuuuuuuuu......itu ajeee....

Petang tadi pegi RFC  makan ayam goreng.....tak sangka, ada juga bangsa lain makan kat situ. Ini bermakna makanan yang halal dan organik ada peminatnya...tapi teman nak komen ler....hehheee...tokey jgn marah yek....apasal aiscream tak der??, dah habis ker...cepat2 ler cari lagi....apasal sayur kobis tu tak dak??.....kobis tak jual ker, heeheheee...lain kali klu dah dekat nak habis cepat2 cari yang lain......ini cerita Bapak lak....

Teman nie datang dari jauh, utara ke selatan nak makan ayam RFC tu, perjalanan dekat 30 minit...klu perkhidmatan baik dan memuaskan, lain kali pelanggan datang lagi....takut gak teman nie, bagi komen lebih2...hehehhe....ini komen membina, membina sebangsa dengan teman...moga2 perniagaannya terus maju dan maju dan maju lagi di masa2 akan datang.

INFO:
RFC Ipoh telah beroperasi pada 28hb Feb 2011 di alamat No.13 Bangunan Komas, Jalan Keledang Raya 22, Taman Alkaf, 30100 Ipoh Perak. 
 



  Sekian, jumpa di sana..di sana lagi.

p/s: rasa ayam RFC tu lebih sedap dari KFC, ikut tekak teman dan anak2 ler..MDZ pun kata gitu...