As Salam...
Teman tunjuk sahajalah gambar-gambar makan nasi durian ini. Kami makan semalam, lepas balik kerja terus beli kelapa parut dan sediakan bahan-bahan untuk buat nasi durian ini.
Senang sahaja bahan-bahannya, paling penting mestilah ada buah durian segar, santan pekat (bubuh sikit garam di dalamnya), gula dan nasi putih. Cara memakannya, lagi senang....gaul sahaja semua bahan-bahan tadi sehingga secukup rasa, ada rasa lemak, manis dan berkrim...
PERINGATAN: sesiapa sakit jantung sila jauhi dari juadah ini...kehhh..kehhh...
p/s: kami makan durian dengan nasi, setengah orang makan dengan pulut, tak kisahlah...yang penting sedappppp....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan