Lembu hasilkan susu manusia
BEIJING - Sekumpulan saintis di China berjaya menggunakan teknologi genetik untuk menghasilkan lembu betina yang mengeluarkan susu 'badan manusia' lapor sebuah akhbar tempatan semalam.
Saintis-saintis itu memasukkan gen manusia ke dalam embrio lembu susu bagi tujuan tersebut. Setakat ini, sebanyak 300 ekor lembu memiliki keupayaan mengeluarkan susu modifikasi tersebut yang mengandungi protein manusia dinamakan lisozim bagi melindungi bayi daripada jangkitan bakteria.
Penyelidik projek berkenaan dari Universiti Pertanian China, Profesor Ning Li berkata, susu modifikasi itu selamat diminum seperti mana susu lembu normal. "Dalam tempoh 10 tahun lagi, orang ramai akan dapat membeli susu modifikasi ini di pasaraya-pasaraya, " katanya. - Agensi
p/s: hebat juga kajian ini tapi sanggupkah ibu-ibu sekalian....10 tahun lagi anak-anak teman dah besar panjang....hehehhee....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan