Hari ini banyak perkara yang tidak disangka berlaku....teman akan ceritakan satu per satu:
Perkara1: Pagi tadi masa bangun tidur rasa macam nak pitam, nampak bergoyang-goyang pintu bilik. Gagahkan juga bangun dan tunaikan solat subuh tetapi rasa macam hendak terjatuh dan perut rasa mual. Dalam hati terdetik juga mungkin ini perasaan 'seksaan mengandung', paling teruk semasa masuk 2 bulan hingga 3 bulan dahulu. Selepas 30 minit berlalu akhirnya...uwekkk...uwekkk....muntah juga akhirnya, terkeluar segala isi perut, pedih rasa ulu hati ini.....alhamdulillah, ini rezeki teman.
Perkara2: Anak teman yang sulung, kak Long pagi-pagi lagi telah dihantar ayahnya ke SRAR Solathiah...pukul 7.00 pagi perlu sampai ke situ untuk menghadiri pertandingan Bercerita di SRAR IPP (sebelah Padang Polo). Dari Solathiah, mereka akan menaiki bas Pakcik Din ke SRAR IPP. Teman tidak menaruh sebarang harapan walaupun kak Long selalu praktis depan teman dan ayahnya. Kami sampai di SRAR IPP pada pukul 9.30 pagi, terus menuju ke tempat pertandingan bercerita, baru peserta ke 12, padahal kak Long nombor 30....fuhhhh!!!...lama lagi jika ditunggu...
Kami balik semula ke rumah pada pukul 12.00 tengahari, cadangnya akan datang semula pada pukul 2.30 petang untuk upacara perasmian penutup dan penyampaian hadiah.Pukul 2.30 pergi semula...tetapi majlis macam sudah tamat. Salah seorang ustazah di situ menyatakan bahawa VIP (Datin Hjh Saripah Binti Zulkifli, isteri MB Perak) ada hal lain dan majlis dipercepatkan dan beliau menunjukkan keputusan bercerita itu kepada MDZ...terkejut MDZ, kak Long naib johan dari 32 orang peserta.Teman juga terkezut...heeeheee..."tahniah kak Long, esok mama belanja kek coklat Secret Recipy yer".
Perkara3: Tadi 6.25 petang, kawan teman datang bersama rakannya, mereka bercadang hendak menempah homestay teman. Cerita demi cerita, rupanya kawan-kawan mereka ini kawan teman juga semasa sekolah menengah dahulu, kesimpulannya dunia ini kecil sahaja, tidak disangka...setelah hampir 20 tahun berlalu, insyaallah kami akan bertemu kembali...
p/s: teman risau nie, esok pagi anak-anak buah teman nak masuk exam....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan