Isnin, 30 Jun 2014

Ramadhan Dinanti, Bulan Yang Diberkati



Assalamualaikum..


Saya panjangkan dr sahabat saya, Pn. Rafidah Binti Ahmad, JPA


Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Bersyukur dan bergembiralah kita kepada Allah SWT kerana masih terpilih dan dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan yang mulia ini.
Bertepatan dengan Firman Allah: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (surah al-Baqarah 2:83)
Kita mengharapkan Ramadhan ini membuahkan mahabbah dan makrifat kepada Allah sebelum kita kembali kepada-NYA.
Meniti Ramadhan yang bakal menjelang persiapkanlah diri kita DENGAN:
1.
Menanamkan perasaan hati yang gembira dalam menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan.
Kerana ianya akan memberi dorongan dan semangat dalam menjalankan ibadah puasa di bulan suci Ramadhan
2.
 Menanamkan keazaman yang kuat dalam menyambut bulan suci Ramadhan untuk melipat gandakan amalan dan ibadah di sepanjang bulan suci Ramadhan tersebut.
3.
Memperbanyakkan doa kepada Allah agar ditambahkan lagi kekuatan dan kelapangan serta kesempatan juga keikhlasan dalam menempuhi cabaran di sepanjang menjalankan ibadah di bulan suci Ramadhan.
4.
Berusaha untuk melakukan perubahan dalam melaksanakan ibadah puasa di bulan suci Ramadhan. Dari bulan ADAT menjadi bulan SYARI'AT.
Seperti mengurangkan perbelanjaan makan minum untuk mengelakkan pembaziran serta mengutamakan ibadah sholat lima waktu untuk berjemaah di masjid atau surau berbanding sholat tarawih yang hanya sunnah.
5.
Mengulang kaji ilmu pengetahuan yang berkait dengan pelaksanaan ibadah di bulan suci Ramadhan, terutamanya ilmu yang berkait dengan hukum-hakam fiqh, adab-adab dalam berpuasa, hikmah dan tujuan berpuasa serta ilmu-ilmu yang lainnya yang berkait dengan ibadah puasa tersebut.
Semuanya bertujuan untuk  penambah baikkan serta kesempurnaan dalam melaksanakan ibadah puasa Ramadhan pada tahun ini. 
Kuatkanlah iman kita dan yakini lagi dengan riwayat Imam Ahmad yang menceritakan tentang perbuatan Rasulullah SAW yang sedang menaiki mimbar, lalu Baginda menyebut “amin” sebanyak tiga kali.
Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa disebut “amin” sebanyak tiga kali?
Rasulullah SAW menjawab bahawa Jibril datang ketika itu dan berdoa.
Sangat kecewa dan rugilah bagi:
#Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat atasnya.
#Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.
#Orang yang sempat hidup dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya.
Oleh kerana itu wahai sahabat sekalian, sambutlah Tetamu Ramadhan yang istimewa ini dengan sambutan yang terbaik agar kita dapat melaksanakan ibadah puasa pada Ramadhan tahun ini dengan yang terbaik dalam pelaksanaannya mengikut apa yang di ajarkan dalam syariat Islam yang sebenar, bukan mengikut pada adat kebiasaan masyarakat dalam bulan Ramadhan. 
***********
Berikut adalah beberapa info berkaitan dgn ibadah puasa..
1. Adakah Selamat Bagi Wanita Hamil Untuk Berpuasa? 
Sila dapatkan maklumat di SINI...
2. Mengurangkan Sakit Kepala Ketika Berpuasa
Juga dapatkan maklumat di SANA..
Kedua2 artikel di atas adalah dari blog Dr. Zubaidi Hj Ahmad..
Banyak maklumat yg berguna dr sudut perubatan dan Islam yang telah dipecah2 ke beberapa tajuk anataranya Umum, Wanita, Kehamilan, Bayi/kanak-kanak, Bina Keluarga, Fiqh Perubatan dan Farmasi.
*****************
Assalamualaikum wbt..
Saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog saya yang tidak seberapa ini.
Lahirnya blog ini sebenarnya adalah lanjutan dari aktiviti sosial maya saya di Facebook (FB).
Mulanya saya berpendapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman di FB sudah memadai. Namun atas cadangan rakan-rakan di FB, saya fikir ada baiknya saya menggunakan blog sebagai tempat penyebaran pengetahuan mengenai perubatan dan kesihatan.
Semoga pengetahuan dan pengalaman yang ada dapat dijadikan panduan dan iktibar kepada pembaca sekalian.
Alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi.
******************
Ok, jumpa lagi.

Ahad, 29 Jun 2014

Tempat Jatuh lagikan Dikenang..






Assalamualaikum..


Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat yg mencorakkan kehidupan kita...segala peristiwa manis, masam dan pahit bergabung bersama menjadikan ia suatu kenangan yg mengasyikkan..

Begitulah perasaan suka dan duka rasa hati saya ini pada kawasan tempat kami membesar dahulu di tanah rancangan, terlalu byk kenangan manis dan tidak kurangnya saat2 sedih sepanjang kami menetap di sana dahulu..


Semuanya terpaksa diharungi demi erti sebuah kehidupan, biasalah kan..di mana2 shj pasti ada dugaan dan cabaran sekalipun kita ditakdirkan menetap di hujung dunia...


 
 
Saya ini tidak suka menyimpan perasaan sedih2, cukuplah sekadar kenangan itu menjadi peringatan selagi mana kita bernafas di dunia ini...
 
insyaallah, suatu yg baik itu dijadikan tauladan manakala yg tidak elok dan cela itu pula menjadi sempadan serta tidak diulangi lagi di masa2 akan dtg..


Selalu juga Pak Aji Mat dan Wan Timah ulang2 balik cerita suka dan duka kami, saat2 sedih dan drama2 'lawak' yg kami buat dulu..teringat balik kisah Nyah Rahman memasukkan serbuk pencuci dlm telaga..emmm..dulu kami mandi air telaga yg dikongsi sesama jiran2 sekeliling..

Bila air telaga kering, segala urusan mandi dan membasuh kain berpindah ke parit pula..budak2 mandi berkubang lagi sambil menyauk anak2 ikan..
tak pun kami jadi pelombong, menyaring pasir dlm besen jarang mencari duit siling yg tercicir dari poket seluar yg dibasuh....masa tu selalu nampak lintah besar2 dlm parit tu...tak tahu pula rasa takut masa itu,  hanya rasa seronok bermain dan meredah parit tu hari2..

 
Rumah kami 2 tingkat..selalu ler kami adik-beradik bermain lompat2 dr tingkat atas ke bawah tanpa rasa bersalah apa2...nasib baik lah tak de sapa2 yg patah kaki masa tu..agaknya itu latihan kami, tu yg jadi atlit memsg..kehkehkehh..
 
Ini belum lagi cerita kepala Adik Adham kena cangkul dgn Abang Halim dek kerana sungguh2 mencari cacing utk buat umpan memancing...emmm..kelam-kabut betul masa tu!!..masa tu pulak Pak Aji Mat dan Wan Timah sedang menunaikan haji di Tanah Suci..Saya yg paling tua berpaksalah arah2 kan diaorg pergi ke klinik kat atas bukit tu...

 
Sampai sana, org klinik kata tak sanggup nak buat, suruh Nyah bawak Adik Adham pergi ke Sungkai..sampai Sungkai pun diaorg tak sanggup jugak nak buat, katanya ini luka dlm..

suruh plak Nyah pergi Hospital Tapah..kat sini, barulah org hospital jahit kulit kepala Adik yg terkopak tu, ngeriii....

 
Nasib baiklah Adik tu panjang umur sampai ke besar nie, kesan jahitan tu masih kekal hingga sekarang di kepalanya...

eemmmm...mcm2lah perangai budak2 nie kan, sabar bebyk lah..









ni sekolah rendah saya dulu..


Saya mula masuk sini dlm pertengahan darjah 5 kerana waktu itu baru sekolah ini siap...
perasmiannya disempurnakan oleh Datuk Anwar Ibrahim (1986-1990) selaku Menteri Pelajaran..
sebelum itu sekolah kami menumpang di rumah peneroka...






Sepanjang hampir 14 tahun kami berpindah ke kg ini, ada juga sekali-sekala saya akan melencung masuk ke tanah rancangan itu...saje2 mengimbau kenangan lalu..
cerita kpd suami dan anak2 tentang lorong2 yg saya pernah berjalan dulu, tgk2 balik keadaan rumah yg sekarang nie nampaknya sudah semakin usang...

makan2 buah rambutan kat depan rumah tu, tak pun mengambil buah cempedak jika kena dgn musimnya...
dan ada juga saya terjumpa dan bersembang dgn jiran sebelah kanan rumah saya nie iaitu Makcik Zizah, dia nie peramah orgnya sejak dulu lagi..







Semlm, hari Sabtu..dgn ajakan suami maka sampailah juga saya sekali lagi ke tanah rancangan itu..saya bersetuju dgn hajat utk menyempurnakan penyerahan fidyah saya kepada Makcik Bas, jiran sebelah kiri rmh kami..Makcik Bas ini duduk di rumahnya itu bersama anak lelaki sulungnya, Nan dan isteri...

Sampai sana, kami terus memetik buah rambutan yg sedang ranum di hadapan rumah...seronok kami memakannya kerana rasanya yg lazat dan manis..
setahu saya rambutan itu hidup sendiri di situ...mungkin dulu bijinya dihanyutkan air semasa hujan lebat..



Selepas itu saya melawat ke persekitaran rumah...
kawasan belakang telah penuh ditanam dgn ubi kayu dan lain2 tumbuhan oleh jiran belakang rumah..kebanyakan pokok2 yg besar2 dulu (nangka, cempedak, belimbing, durian dan mangga) sudah ditebang dan diracun oleh Pak Aji Mat, tak pun oleh Nan...kasi kawasan bersih katanya..

Selepas itu saya terus ke rumah Makcik Bas..rasa terharu sgt kerana katanya dgr suara saya shj dia tahu itu Nani yg dtg...saya menyampaikan ucapan tahziah saya atas kehilangan anak perempuannya, Ilah pada bulan Feb lalu..ceritanya saya ada tulis di SINI...

Sedihnya saya mendengar  cerita Makcik Bas ini..katanya dia sangka dia yg dulu pergi mengadap Ilahi kerana sebelum itu dia yg selalu berulang-alik ke hospital tapi, itulah kematian tidak mengira usia..sampai masanya maka pulanglah insan itu kpd PenciptaNya semula..

Agak lama juga saya bersembang2 dgn Makcik Bas ini, dlm setengah jam gitu...Setelah itu saya mohon mengundur diri utk bersembahyang Zohor di masjid..rupa2 Makcik Zizah dan suaminya Pakcik Badul juga telah lama bersembang dgn suami saya sejak saya pergi ke rumah Makcik Bas tadi...Makcik Zizah memberi sebekas tempoyak dan duit kelapa utk disampaikan kpd Wan Timah...

Pokok kelapa kami masih banyak mengeluarkan buahnya, besar2 pula itu...selalu juga jiran2 mengambilnya utk jualan nasi lemak dan utk buat kenduri..selalunya Wan Timah niat sedekah shj tanpa ambik duit2 ni...

Selesai sembang, kami terus ke masjid utk sembahyang Zohor...selepas itu kami terus keluar dr tanah rancangan dan cadangnya nak balik ke kg utk menyampaikan kiriman Makcik Zizah tadi..



dlm perjalananan balik jumpa lori ni...
..sahdunya bila ingat2kan waktu dulu2 menolak buah kelapa sawit dlm kereta sorong...huhhh!!, penatnya Tuhan shj yg tahu..




Kami terus ke Teluk Intan, singgah sekejap kat Gulam Rasul utk makan..




paling yg dicari adalah ayam goreng berempah...umppph!!


tekun sungguh dia makan..



2 org nie sampai terpejam2 mata...sedap sgt ke tu??
Husna nak makan pinggan sendiri..tertukar plak dgn pinggan mama dia...


dia makan 2 jenis nasi, nasi putih separuh dan nasi beriyani separuh..
katanya dia lebih suka nasi yg warna oren tu!!
 

 ini menu terbaru, cendol...dlmnya ada kacang merah, cincau besar dan jagung..
simple tapi sedappp!!



cepat shj sudah tinggal separuh..


nak buat majlis besar2-an pun boleh, 
pihak Gulam Rasul ada menyediakan perkhidmatan katering..
sapa2 yg berhajat bolehlah hubungi no. tel. tu yer..


***************





Saya juga ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada kwn2 blog semua...
semoga Ramadhan kali ini memberi kebaikan, keberkatan dan kerahmatan buat kita semua..aminn..


p/s: Saya mohon maaf banyak2 lah yer, kat sini saya tunjuk pulak gambar2 makanan..
tapi ini catatan perjalanan saya semlm, iaitu sehari sebelum 1 Ramadhan...semlm pun org ramai makan kat Gulam Rasul tu, mungkin ramai yg balik kg utk sama2 bersahur dgn ayah, ibu dan sanak-saudara masing-masing...





Ok, jumpa lagi..

Segmen | Bloglist Irrayyan.com #1 Julai/Ramadhan 1435H





Assalamualaikum...


                                              Salam perkenalan semua ...




Klik Banner untuk Join



Tempoh berada dalam Blog List adalah dari 1 Julai -31 Julai.

 
 Tempoh penyertaan sehingga 30 Jun 11:59 pm. 

Jom sertai bloglist irrayyan.com!
Rapatkan ukhuwah antara kita.
Selamat menyambut Ramadhan.
Selamat berpuasa.
Selamat berblogwalking yer kawan-kawan...Dari Mommy Irra.

 
 
Ok, jumpa lagi...


Jumaat, 27 Jun 2014

Kucing




Assalamualaikum...


emmm, sapa2 yang belum tahu, ni saya nak bagi tahu yek...tu hari Ahad kami mengambil kucing angkat..seekor ibu dan anaknya 6 ekor..masa tu rasa punyalah comel anak kucing tu, gebu2 ajer bulu dia..4 ekor warna oren dan 2 ekor warna hitam...
 
 
Kami bawak balik rumah, dan masukkan semuanya dlm satu kandang..kandang tu sedang2 ajer, harganya RM70.00...ada juga rasa masa itu nak beli yg kandang yg besar, harga RM250.00 tapi kami tak mampu, almaklumlah masa tu belum masuk gaji lagi...
 
duit dlm dompet pun masa tu pun ada sikit so kami suami isteri terpaksa berkongsi duit utk membeli kandang, makanan kering dan pasir tempat kucing tu nak popooo..
 
Kami mengambil kucing2 itu pun atas permintaan, keinginan dan hajat anak2..
emmm...kadang2 kita buat semua ini dgn harapan untuk mengembirakan hati mereka walaupun kita tak berapa nak berkenan kan..
 
Mcm bela kucing nie..hati saya rasa berat jugak nak membelanya, almaklum shj lah, saya bekerja pagi petang, bila masa lak nak melayan kucing2 nie..nak basuh kandang lagi, nak membersihkan najis2 nya lagi, nak memastikan makan dan minum kucing2 tu terjaga..emmm, banyak kerja oiii...
 
 
tu belum lagi tekanan perasaan waktu kami nak membuat keputusan.. nak lepaskan tak ibu kucing tu pada waktu mlm?..haaa, berbincanglah kami suami isteri membuat keputusan yg paling tepat utk kebajikan kucing2 nie..sebolehnya kami nak kan yg terbaik utk kucing2 tu...tak lah dikatakan hendak menginaya binatang pula..
 
 
Mlm pertama dan kedua, kami kurung shj kucing2 tu dlm kandang, kang klu lepas takut pulak ibu kucing tu tak berapa nak cam rumah tuan baru dia ini..kami lepaskan ibu dan anak2nya bila waktu kami ada kat rumah, pada waktu petang2 anak2 bermain dgn kucing2 tu..
 
Hanya Danial dan Danish shj yg berminat dgn kucing tu, kak Long buat tak tahu shj..yg Husna lak lagi teruk, menangis kuat2 dan menjerit2 masa kucing tu masuk rumah, pada hal kucing tu tak dgt pun dekat dia, hanya lalu shj...penakut sungguh dia tu...
 
 
Mlm ketiga suami yg last kunci kandang kucing tu..kami tak lepaskan lagi takut dia menceroboh ke rumah jiran2, almaklum shj duduk rumah dekat2 nie, bentuknya sama pula, risau juga kut2 ibu kucing tu tersesat dan harunya takut dia 'melepas' kat dlm kawasan rumah jiran..emmm...klu jadi kesian lah dgn jiran2 nie kan..
 
Pagi tu suami saya terkocoh2 ckp dgn saya, siap mintak maaf beriya lagi...katanya ibu kucing tu dah terlepas dr kandang, tinggal anak2 shj dlm tu..katanya mungkin mlm tu dia kunci kandang tak berapa rapat kut, tu yg ibu kucing tu terlepas...emmm...
 
Sebenarnya ibu kucing tu baik2 shj, dia lepak2 shj kat depan rumah...suami yg risau sgt...tak nampak ibu kucing dlm kandang terus gabra...saya cadangkan dia suruh panggil2 kucing tu, ada rezeki dia akan dtg semula, lagi pun kan anak2 dia menyusu lagi..tentu ibu itu akan dgt tgk anak2 dia kan...
 
Alhamdulillah, lepas panggil2 tu, ibu kucing tu cepat2 dtg dan masuk kandang semula...
 
 
Mlm keempat lak kami lepaskan dia...rasa percaya yg ibu kucing tak kan pergi jauh..pagi tu saya perasan dia mengiau2 dlm kawasan rumah jiran sebelah, mungkin tak pandai lagi nak lompat tinggi lepas pagar..
 
bila shj jiran saya membuka pintu rumah dia terus cabut lari entah ke mana..
saya panggil2 tapi dia tak dtg..emmm, nasib lah..saya terpaksa segera pergi ke pejabat..
 
 
Lepas thumbprint saya balik rumah semula..rasa tak puas hati, dan takutnya ibu kucing tu tak dgt balik..kesian dgn anak2 dia, sapa nak bagi susu..
 
Saya panggil2 ibu kucing tu..rupanya dia melepak kat rumah no 4 dr rumah saya, agaknya takut benar dia tadi...saya panggil2 dia terus dia masuk kandang....
selamattt...
 
Mlm tadi tak lepas dah, haaa...duduklah ko baik2 dlm kandang tu ye..kang saya balik tengahari ini baru saya lepaskan ibu dia sekejap...
 
 
Emmm, sedihnya..anak dia mati seekor petang semlm, yg paling kurus dan sebelah matanya sakit, tak boleh buka..memang saya dah terasa yg seekor ini tak panjang umur, menyusu pun kurang..siap muntah2 lagi..jln pun terhoyong-hayang...
 
 
Malam tadi lepas isyak, kami kebumikan dia kat tanah kosong tepi highway tu..saya korek lubang dan Danial yg semadikan jasad anak kucing tu dlm tanah..kembalilah ia semula kpd asal kejadiannya, pergi mengadap penciptaNya..
 
Selesai kambus tanah itu, Daniah siap baca doa lagi, katanya bagilah kami benda2 yg baik2 yer..hihiii...
 
 
 
 
ptg semlm saya membeli tisu basah ni, Pureen Baby Wipes..
macam memjaga baby kecik lah pulak kan..
 
 
 
Saya sental2 bulu2 anak kucing yg comot2 tu kasi bersih..
 
 
 
emmm, tinggal 5 ekor shj anak dia..3 oren dan 2 hitam..
 
 
 
Harapnya yg ada ini akan hidup sampai ke besar lah...kemain aktif anak2 kucing nie, asyik nak memanjat keluar shj..tak pandai duduk diam...
 
Insyaallah bila sudah putus susu nanti barulah kami fikir nak buat apa dgn kucing2 nie..nak bela terus atau nak sedekahkan kepada kwn2 yg berminat membela kucing ini...
 
Ehhh, ada tak kwn2 yg berminat nie??
 
 
 
Tuhari Wan Timah dah offer, katanya klu tak mampu nak bela dia nak ambik bawak balik kg...emmmmm...
 
 
 
Ok, jumpa lagi..
 
 
 
 
 
 
 
 

Khamis, 26 Jun 2014

SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist





Assalamualaikum...




SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist

Klik Banner untuk Join






Semua yang join SEGMEN: Kapas Putih Julai Bloglist akan dapat masuk dalam Kapas Putih Bloglist Julai 2014.
 
 
Segmen berakhir pada 11.59 mlm, 30 Jun 2014.
 
 
 
 
 
Ok, jumpa lagi..
 


Resepi Makaroni Bakar



Assalamualaikum...


Mari sini, duduk rapat2 sikit yer..
 
Hari ini saya nak berkongsi resepi Makaroni Bakar dgn kawan2 sekalian..saya sudah hafal resepi nie sebab dah selalu sgt buat..anak2 saya menggemarinya...sedap dimakan semasa panas2, tidak kira waktu pagi, waktu minum petang or makan malam..
 
Cara membuatnya tidaklah terlalu susah sgt tetapi tidak juga sesenang seperti menggoreng telur mata kerbau...emmm..kena 3 kali masak, rebus, tumis dan bakar..
barulah dapat sebekas Makaroni Bakar yg lazat..
mungkin kekawan buat lagi sedap agaknya...
emmm...nanti cubalah yer..
 
Mengadun Makaroni Bakar ini memakan masa juga, paling kurang 45 minit baru siap..klu nak makan segera pun boleh jugak, kita rebuskan dulu makaroni siap2 dan prepare bahan2 tumisan lebih awal. Sampai masa nak buat, hanya terjunkan makaroni rebus tu dlm bahan tumisan dan bakar..
 
Sebenarnya byk resepi Makaroni Bakar nie di ruang alam maya itu, hanya taipkan shj resepi Makaroni Bakar, maka terkeluarlah segala mcm resepi yg berkaitan, kwn2 ambik lah yg mana satu kwn2 suka...
emmm..tiada paksaan dalam penyediaan masakan yek..hihii...

Di sini, harga jualan utk sebekas Makaroni Bakar ini RM25.00...
dr bayar harga mahal2 tu rasanya lagi baik kita buat sendiri, baru puas hati dan puas menikmatinya...


 
 

RESEPI MAKARONI BAKAR

 **500 g macaroni kering (bahagi 3 bahagian)/jika 400 g macaroni kering (bahagi 2 bahagian)
1 peket daging/ayam kisar Ramly (bahagi 3 bahagian )   
 
Bahan2 di bawah ini utk satu bahagian/bekas:
 
7 biji telur 
(3 biji blender sekali dan masukkan semasa menumis makaroni)
(4 biji lagi blender sekali dan masukkan ke dlm makaroni sebelum dibakar)    

2 biji bawang besar didadu*
2 ulas bawang putih didadu*
sedikit halia didadu* 
2 sudu besar rempah kari daging/ayam/terpulang kpd selera msg2
sedikit cili kisar/serbuk cili
2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
(boleh juga gunakan serbuk ketumbar/jintan manis/jintan putih)
 garam/gula secukup rasa
minyak untuk menumis
 
 
Untuk hiasan      
  
Cili sos, daun bawang, daun sup dan bawang goreng
 
 
 
Cara Membuatnya:       
1. Makaroni direbus lembut dan ditoskan.  

 2. Panaskan ketuhar, setkan 180/190 darjah Celsius dengan api atas bawah.





 
 
3. Blender 3 biji telur dan ketepikan.    
 
 
 
  
 
bahan2 ini saya buat utk 2 bahagian..
 
 
 
semua potong dadu..
 
 
lembutkan daging/ayam kisar..
 
 

4. Tumis bahan yang bertanda*.
5. Masukkan serbuk kari daging/ayam dan cili kisar sampai harum. Masukkan daging/ayam kisar dan serbuk kulit kayu manis. Boleh juga masukkan buah tomato yg telah didadu. 
 
6. Masukkan makaroni, garam dan gula. Kacau hingga rata.   
 

 

7. Tuangkan aduan telur (3 biji blender sekali) ke dalam makaroni. Kacau2 hingga sebati dan telur akan bersalut dgn makaroni. Pastikan makaroni lembab2 dan jgn terlalu kering.
8. Lengserkan marjerin dalam bekas yang tahan panas/sesuai untuk dimasukkan ke dlm ketuhar-saya gunakan bekas kaca Pyrex. 
 
9. Masukkan makaroni ini dalam bekas dan tekan2 sedikit makaroni itu dengan sudu/senduk sehingga aduan sekata tingginya. 
 
 
 
 
 10. Tuangkan aduan telur (4 biji blender sekali) ke atas makaroni tadi.
 
 
 

11. Bolehlah dibakar di dalam ketuhar selama 30 minit/sehinga telur masak. 
     (sebelum bakar, boleh juga letakkan cheese atas aduan makaroni ini)
 

12. Setelah masak, keluarkan makaroni dari ketuhar.
 
 
 
13. Sapukan cili sos atas makaroni tadi. Taburkan juga daun bawang, daun sup dan bawang goreng di atas cili sos tadi. Boleh juga juraikan dengan majonis.
 
 
 
 
14. Potonglah makaroni tadi mengikut saiz yang digemari dan hidangkan. 

 
 
Layannnn....
 
 
 

 
Ok, jumpa lagi.