Assalamualaikum..
Saya panjangkan dr sahabat saya, Pn. Rafidah Binti Ahmad, JPA
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.
Bersyukur dan bergembiralah kita kepada Allah SWT kerana masih terpilih dan dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan yang mulia ini.
Bertepatan dengan Firman Allah: “Wahai orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (surah al-Baqarah 2:83)
Kita mengharapkan Ramadhan ini membuahkan mahabbah dan makrifat kepada Allah sebelum kita kembali kepada-NYA.
Meniti Ramadhan yang bakal menjelang persiapkanlah diri kita DENGAN:
1.
Menanamkan perasaan hati yang gembira dalam menyambut kedatangan bulan suci Ramadhan.
Kerana ianya akan memberi dorongan dan semangat dalam menjalankan ibadah puasa di bulan suci Ramadhan
2.
Menanamkan keazaman yang kuat dalam menyambut bulan suci Ramadhan untuk melipat gandakan amalan dan ibadah di sepanjang bulan suci Ramadhan tersebut.
3.
Memperbanyakkan doa kepada Allah agar ditambahkan lagi kekuatan dan kelapangan serta kesempatan juga keikhlasan dalam menempuhi cabaran di sepanjang menjalankan ibadah di bulan suci Ramadhan.
4.
Berusaha untuk melakukan perubahan dalam melaksanakan ibadah puasa di bulan suci Ramadhan. Dari bulan ADAT menjadi bulan SYARI'AT.
Seperti mengurangkan perbelanjaan makan minum untuk mengelakkan pembaziran serta mengutamakan ibadah sholat lima waktu untuk berjemaah di masjid atau surau berbanding sholat tarawih yang hanya sunnah.
5.
Mengulang kaji ilmu pengetahuan yang berkait dengan pelaksanaan ibadah di bulan suci Ramadhan, terutamanya ilmu yang berkait dengan hukum-hakam fiqh, adab-adab dalam berpuasa, hikmah dan tujuan berpuasa serta ilmu-ilmu yang lainnya yang berkait dengan ibadah puasa tersebut.
Semuanya bertujuan untuk penambah baikkan serta kesempurnaan dalam melaksanakan ibadah puasa Ramadhan pada tahun ini.
Kuatkanlah iman kita dan yakini lagi dengan riwayat Imam Ahmad yang menceritakan tentang perbuatan Rasulullah SAW yang sedang menaiki mimbar, lalu Baginda menyebut “amin” sebanyak tiga kali.
Selesai memberi khutbah, para sahabat bertanya kenapa disebut “amin” sebanyak tiga kali?
Rasulullah SAW menjawab bahawa Jibril datang ketika itu dan berdoa.
Sangat kecewa dan rugilah bagi:
Sangat kecewa dan rugilah bagi:
#Orang yang apabila disebut nama Muhammad, tidak dibaca selawat atasnya.
#Orang yang sempat hidup bersama orang tuanya, tetapi tidak dapat masuk syurga.
#Orang yang sempat hidup dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak terampun dosa-dosanya.
Oleh kerana itu wahai sahabat sekalian, sambutlah Tetamu Ramadhan yang istimewa ini dengan sambutan yang terbaik agar kita dapat melaksanakan ibadah puasa pada Ramadhan tahun ini dengan yang terbaik dalam pelaksanaannya mengikut apa yang di ajarkan dalam syariat Islam yang sebenar, bukan mengikut pada adat kebiasaan masyarakat dalam bulan Ramadhan.
***********
Berikut adalah beberapa info berkaitan dgn ibadah puasa..
1. Adakah Selamat Bagi Wanita Hamil Untuk Berpuasa?
Sila dapatkan maklumat di SINI...
2. Mengurangkan Sakit Kepala Ketika Berpuasa
Kedua2 artikel di atas adalah dari blog Dr. Zubaidi Hj Ahmad..
Banyak maklumat yg berguna dr sudut perubatan dan Islam yang telah dipecah2 ke beberapa tajuk anataranya Umum, Wanita, Kehamilan, Bayi/kanak-kanak, Bina Keluarga, Fiqh Perubatan dan Farmasi.
*****************
Saya dengan rendah diri mengucapkan terima kasih kepada anda yang sudi melawat blog saya yang tidak seberapa ini.
Lahirnya blog ini sebenarnya adalah lanjutan dari aktiviti sosial maya saya di Facebook (FB).
Mulanya saya berpendapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman di FB sudah memadai. Namun atas cadangan rakan-rakan di FB, saya fikir ada baiknya saya menggunakan blog sebagai tempat penyebaran pengetahuan mengenai perubatan dan kesihatan.
Semoga pengetahuan dan pengalaman yang ada dapat dijadikan panduan dan iktibar kepada pembaca sekalian.
Alhamdulillah. Terima kasih sekali lagi.
******************
Ok, jumpa lagi.
Insya-Allah..terima kasih atas perkongsian ni kak nani. :)
BalasPadambab belanja besar makan dan minum tu memng dah jd tabiat kita..
BalasPadamtp tahun ni ingt nk kurngkan.. mknan bazar ramadhan pun mhal2.. sedapnya tidak.
sama2..mana yg baik tu ambiklah buat pedoman...
BalasPadambetul tu PB..semlm saya beli aje makanan berbuka kat kerja kegemaran saya tu..terkejat beruk suami saya..semua sekali RM37...mak datuk mahal betul!!..tu ambik biasa2 shj...
BalasPadamAssalamualaikum.. Selamat berpuasa dari Ros :)
BalasPadam