Jumaat, 17 Oktober 2014

Penyedut Habuk Paling Berkuasa



Assalamualaikum..


Tu hari 'rakan kongsi' rumah saya membeli Vacuum Cleaner/Penyedut Habuk PVC-211 Pensonic. Pekerja kedai alat elektronik itu menyatakan ia jenama 1Malaysia, Malaysia Boleh. Harga yg dipersetujui ialah RM210.00 sebuah.

Daya kekuatan sedutan penyedut habuk ini telah dicuba semasa di kedai lagi, hampir terperosok tapak tangan Danial termasuk dlm lubang penyedut itu bila suis di ONkan. Ini menunjukkan bukti betapa kuat daya sedutannya. Kalau setakat stokin, sisa-sisa pensil warna yg bergelempangan pun tiada masalah, inikan pula sedut habuk2 yg halus itu.






Utk pengetahuan semua ini adalah penyedut habuk yg ketiga yg telah kami miliki. Pertama, bentuk lebih kurang sama seperti yg ketiga ini, besar dan gagah. Warna biru dan daya sedutannya bagus. Jenama Pensonic. Kami berpuas hati dgn kualitinya dulu.

Malangnya saya telah serahkan ia kepada lori barangan terpakai yg lalu depan rumah setelah batang penyedutnya retak. Ini semua gara-gara Pembantu Harian (PH) yg begitu taksub semasa menjalankan aktiviti membersihkan rumah. Mungkin dia tekan terlalu kuat semasa membuat kerja sehingga retak di bahagian tersebut. Mungkin juga petanda utk kami bertukar kpd penyedut habuk yg baru setelah agak lama juga kami menggunakan khidmatnya.

Kedua, kami beli yg lain, hebat jenamanya. Bentuknya comel dan saiznya kecil sedikit dari yg pertama. Jenama terkenal, mula dgn huruf P. Oleh kerana ia kecil maka daya sedutannya pun tidak sepower penyedut yg pertama dulu. Ini selalu dinyatakan oleh Pembantu Harian (PH) kami yg sentiasa mengeluh. Katanya penyedut kedua ini tidak bagus, tidak kuat menyedut habuk walaupun jenamanya terkenal.

Rakan kongsi saya pun selalu juga bising-bising pasal penyedut yg no 2 itu. Alasannya dia terpaksa memegang dengan kuat di bahagian sambungan di batang penyedut, jika tidak ia akan tertanggal dgn sendiri. Tidak selesa katanya membuat dua kerja dlm satu masa, memegang batang dan menyedut habuk.


Dan akhirnya pada hari Ahad lepas, dia membeli penyedut habuk yg baru. Sampai di rumah terus dirasmikan.



Warna hitam dan bentuknya gagah perkasa...


Terbukti!, ia memang berkuasa dan kuat hasil sedutannya. Sepetang ia bertugas, habis semua kawasan di dlm rumah digeledah. Rakan kongsi saya sgt berpuas hati, katanya selepas ini kami tidak perlu lagi mengambil khidmat PH. Kerja-kerja menyedut habuk ini boleh diserahkan kepadanya.


Kepada rakan kongsi saya ini hanya ucapan ribuan terima kasih yg mampu saya ucapkan, terima kasih daun keladi yer bang...hihihi...

   

9 ulasan:

  1. Assalam.. betul ke rm210 harganya.

    BalasPadam
  2. Rajin dia mengvacuum ye.
    Tapi, ganas tu sebab sampai boleh.pecah.
    Hehe

    BalasPadam
  3. Mama cik mah pun guna ni juga..bgus.

    BalasPadam
  4. Salam perkenalan sis nani,, jemput singgah blog sy juga ye.. sy pun tengah mencari vacum... belum beli lagi selama ni guna pnyapu je. rumah kecik hihi

    BalasPadam
  5. Nanti kalau nak cari vacuum baru bolehlah cuba Pensonic.
    Thank you for the review.

    BalasPadam
  6. Pensonic? aduhh sy pun ada beli sblum ni...habis warranty habislah riwayatnya huhu

    BalasPadam