Jumaat, 10 April 2015

Puding Batik




Assalamualaikum..



Saya kongsi resepi ini, kut2 ada masa terluang hari Sabtu dan Ahad ni boleh buat kat rumah. Anak-anak saya semua suka, sedap kata diaorg. Lagi-lagi Danial, lepas balik dr main basikal terus bukak peti ais cari kuih yg mama buat tu...


Terima kasih kak Azie yer, saya masukkan resepi di sini yer...

Puding Batik
 
Bahan bahan:
20 - 25 gram agar agar
4 mug air
1 1/2 cawan gula - kurangkan jika tak suka manis
1 tin susu cair
1 sudu besar butter
2 sudu besar tepung kastard
2 biji telur
1/4 cawan serbuk koko

 
Cara cara:
Masak agar-agar dengan air sehingga hancur, sebelum dimasukkan gula. Masak hingga gula hancur.

 
Blend semua bahan lain kecuali serbuk koko. Masukkan bahan di blend ke dalam agar-agar tadi dan kacau hingga agak pekat.

Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko yang dibancuh dengan air suam. Manakala satu bahagian lagi biarkan dalam warna asal/putih.




Tuang adunan dalam loyang secara berselang seli hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk kerana ianya sedap dimakan sejuk sejuk.


(yg 2 ketul puding nampak warna coklat tu, saya buat bawahnya warna putih dan atas warna coklat.)



Wassalam.

4 ulasan:

  1. Resepi puding batik tak pernah buat lagi.
    Nampak sedap :).

    BalasPadam
  2. Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. best2 saya suka ni !

    BalasPadam
  3. Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. best2 saya suka ni !

    BalasPadam
  4. Wah... Sedapnya... Cantik pula tgk coraknya..

    BalasPadam