Selasa, 30 Mei 2017

Doa Selepas Tarawih




Bismillah...



Ya Allah…Ya Rahman…Ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, dengan rasa rendah diri, kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah, semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar.

Ya Fattahu Ya 'alim…

Ajarkanlah kami yg lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah.. takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, jgnlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami Ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah.. ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kpdMu Ya Allah. Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, kami lupa kpdMu ketika senang, kami ingat kpdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu di saat kami gembira, kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu ketika usia sudah tua.
Ya Allah... ampunilah semua dosa kami, berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah.

Ya Allah…Ya Rahman..Ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, setiap titik susu ibu yg mengalir dalam diri kami kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh membawanya ke syurgaMu ya Allah...ya Rahman. Pada setiap keringat yg mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kpd keluarga kami kau gantikanlah dgn keampunan yg membawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan. Kelak Engkau kurniakanlah kepada  kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurgaMu ya Allah…

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh, golongkanlah mereka dlm golongan org2 yg Engkau redhai. Apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2, dlm keampunan dan rahmatMu Ya Allah…

Ya Allah Ya Azizz…

Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab. Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak, takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…Ya rahman…Ya Rahim..

Jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka Ya Allah, agar mereka dapat beribadah bersama kami. Jika ada di kalangan kami mereka yang derhaka kpd ibubapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak2 yg taat dan berbakti, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar dan Mengasihi...

Ya Allah Ya Malikal Mulk…

Ya Razak..Ya Fattahu Ya 'Alim…

Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lagi diberkati dan jadikanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu. Sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yg lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….

Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami. Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali untuk selama2nya. Jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yang tenang….

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram…

Ya Allah….Janganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yg terakhir buat kami, temukanlah kami dgn Ramadhan yg akan datang......

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yg Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dgn cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus dosa2 kami. Ya Allah, Temukanlah kami dgn lailatul qadr, pilihlah kami dikalangan hambaMu yg dapat beramal di mlm al-Qadr. Ya Allah, terimalah amalan kami, terimalah taubat kami, ampunkanlah segala dosa kami, amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi dan kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya.


aamiin3 ya rabbal'aalamiin...


* CnP dari Ustazah Norhayati Haris . Jazakillah khairan atas perkongsian *

1 ulasan: