Ahad, 17 April 2011

Tidak disangka...

Hari ini banyak perkara yang tidak disangka berlaku....teman akan ceritakan satu per satu:

Perkara1: Pagi tadi masa bangun tidur rasa macam nak pitam, nampak bergoyang-goyang pintu bilik. Gagahkan juga bangun dan tunaikan solat subuh tetapi rasa macam hendak terjatuh dan perut rasa mual. Dalam hati terdetik juga mungkin ini perasaan 'seksaan mengandung', paling teruk semasa masuk 2 bulan hingga 3 bulan dahulu. Selepas 30 minit berlalu akhirnya...uwekkk...uwekkk....muntah juga akhirnya, terkeluar segala isi perut, pedih rasa ulu hati ini.....alhamdulillah, ini rezeki teman.

Perkara2: Anak teman yang sulung, kak Long pagi-pagi lagi telah dihantar ayahnya ke SRAR Solathiah...pukul 7.00 pagi perlu sampai ke situ untuk menghadiri pertandingan Bercerita di SRAR IPP (sebelah Padang Polo). Dari Solathiah, mereka akan menaiki bas Pakcik Din ke SRAR IPP. Teman tidak menaruh sebarang harapan walaupun kak Long selalu praktis depan teman dan ayahnya. Kami sampai di SRAR IPP pada pukul 9.30 pagi, terus menuju ke tempat pertandingan bercerita, baru peserta ke 12, padahal kak Long nombor 30....fuhhhh!!!...lama lagi jika ditunggu...

Kami balik semula ke rumah pada pukul 12.00 tengahari, cadangnya akan datang semula pada pukul 2.30 petang untuk upacara perasmian penutup dan penyampaian hadiah.Pukul 2.30 pergi semula...tetapi majlis macam sudah tamat. Salah seorang ustazah di situ menyatakan bahawa VIP (Datin Hjh Saripah Binti Zulkifli, isteri MB Perak) ada hal lain dan majlis dipercepatkan dan beliau menunjukkan keputusan bercerita itu kepada MDZ...terkejut MDZ, kak Long naib johan dari 32 orang peserta.Teman juga terkezut...heeeheee..."tahniah kak Long, esok mama belanja kek coklat Secret Recipy yer".

Perkara3: Tadi 6.25 petang, kawan teman datang bersama rakannya, mereka bercadang hendak menempah homestay teman. Cerita demi cerita, rupanya kawan-kawan mereka ini kawan teman juga semasa sekolah menengah dahulu, kesimpulannya dunia ini kecil sahaja, tidak disangka...setelah hampir 20 tahun berlalu, insyaallah kami  akan bertemu kembali...

p/s: teman risau nie, esok pagi anak-anak buah teman nak masuk exam....

Sabtu, 16 April 2011

Gaduh...gaduh...

Gaduh!!!...gaduh!!!!...baca baik2 yer, ini bukan makanan gado-gado tu....benda tu rasanya sedap dan menyelerakan tapi ini bab gaduh-gaduh, berkelahi, bergomol2 dan akhirnya nangis...kadang-kadang teman geram dgn anak-anak teman yg baru 3 org nie...tiap kali nak mandi waktu petang/malam begitu ler ceritanya...

Rumah teman nie dah ada 4 buah bilik air, 3 buah tu sama aje fesyennya dan 1 lagi tu best ler sikit (heeehee..dlm bilik teman ler...). Alongnya masuk bilik air dulu, yg tengah tu pun nak masuk jugak, dah berebut-rebut dan ada ler adegan ketuk2 pintu bilik air tu.."cepat ler bukak..cepat ler bukak...nak masuk nie...". Padahal dah berbuih2 mulut teman pesan, "jantan betina tak boleh masuk sekali"...

Bab adik lak, dia tengok aje gelagat kakak dan abangnya....dia mula buka seluar dan tarik pelekat pampers....(saje nak bagitau, jenama Drypers WeeWeeDry saiz XL (12-17kg) 60 keping tu...niatnya nak masuk sama padahal baru 5 minit ke 10 minit tadi dah teman mandikan...bila teman pasangkan balik pampers tu mulalah adegan nangis plak...huhuhuuuu...huhuhuu...klu korang dengar mcm anak2 teman kena dera...modalnya nangis..nangis..nangis...huhuhu...huhuu...

.....ceritanya semua nak masuk bilik air yg satu tu, padahal 2 buah lagi kosong.....dan anggaran selepas 20 minit semua peristiwa tu berlalu dan kembali normal cam biasa.....

p/s: anak2 korang ada ker macam nie...

Selasa, 12 April 2011

Hari Wanita Sedunia

Hari ini, Selasa 12 April 2011...kat opis teman diadakan sambutan Hari Wanita 2011 dengan tema "Wanita Sepakat Negara Meningkat". Biasa2 saje, dr ucapan aluan oleh Puan Pengerusi sehinggalah ucapan perasmian oleh Tuan Pengarah, teman mendengar dgn penuh khusyuk....majlis bermula 8.00 pagi yek, nasib baik teman dah sarapan dulu....

Selepas tetamu VIP bergerak ke gerai2 jualan diadakan pula sesi dialog dengan tajuk 'Ujian Bencana Wanita Waspada'....benda yang tak disangka selalu datang menjelma...begitulah antara kata2 2 org tetamu tu, ketabahan dalam menghadapi penyakit barah....seorg kena barah payudara dan seorg lagi barah tulang di kaki...terima kasih kerna berkongsi pengalaman....kesimpulannya jika ada apa2 penyakit, silalah berjumpa dengan doktor terlatih, jgn hanya baca buku sahaja atau dgr2 cakap org...

Habis membeli-belah di gerai2 jualan yg ada di situ, teman bergerak pula ke dewan lain pula utk majlis lain pulak.....majlis perpisahan rakan2 seofis dulu...utk Kak Midah dan En Hasnan, kedua2nya pernah menjadi pengajar teman masa belajar2 dulu...(kat mana yek, heheheeee.....korang cari le sendiri)...teman dgn rendah hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas segalanya....

p/s: teman lama lagi nak pencen, mahu dekat 20 tahun lagi niee....