Selasa, 10 Jun 2014
Isnin, 9 Jun 2014
Jalan-Jalan di Melaka
Assalamualaikum...
Petang tadi anggaran 5.45 petang saya keluar lagi jln-jln..
cadangnya saya nak cari jugak satu benda ini..kami jln terus menuju ke Klebang..
Lalu jugak kat gerai coconut shake Klebang tepi Caltex tu tapi ia dah tutup...
siap masuk lagi ke kedai kat dlm tu..klu tak silap saya tadi, nama lorong tu Solok Kg Bahagia..
(kalau saya tersilap saya mohon maaf byk2 ye, tadi tak tulis hanya ingat2 shj...)
adik kat dlm kedai itu pun tunjuk isyarat tangan 'tak ada' kpd saya..pada hal masa itu baru pukul 6.05 petang...
Agaknya tadi stok kelapa dia cepat habis...saya ni tak adalah rasa terkilan sgt tak dpt minum coconut shake tu.. sebabnya dah selalu rasa, boleh katakan setiap kali balik Melaka kami akan dtg ke tempat tu..
Tapi yg satu benda ini saya nak cari jugak sampai dpt...kami teruskan perjalanan sampai ke Pantai Puteri...dulu tu dikenali dgn nama Pantai Kundur kat Tanjung Kling...
tgk setiap gerai yg ada jualan di tepi jln tapi tak nampak jugak benda tu...
emmmm, sedihnya hati saya ini..huhuu..
Sebenarnya pagi tadi pun saya dah cari benda ini kat area Duyong tapi tak ada, kata org Perak tak memandang...saya pergi jauh lagi sampai kat depan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sharifah Rodziah kat Telok Emas tu..pun tak de jugak..
Jika ikut jln dalam dr Melaka nak ke Muar, kawasan ini terletak di sebelah kanan .. selalunya ada 2 buah gerai tepi jln yg jual benda nie...
Tu lah dia..bila teringin sgt nak, tak ada le pula dijual, kalau tak nak itu berlambak2 lah pulak dia kat tepi jln tuh...
emmm...kekwn boleh teka tak apa benda yg saya nak sgt tu?..heheee..
hendak bagi clue ker...ok, bentuknya leper2 sikit, berwarna hijau gelap...spesis makanan laut yang popular di sini..
haaa...siapa dpt teka dan beri jawapan yg betul saya akan kasi dia hadiah...
betul2 nie tau...nanti saya poskan satu keychain Melaka kepada insan2 yg bertuah tu, hanya utk 3 org pertama yg bagi jawapan betul shj ye..hihiii..
"tak pe lah mama, nanti lain kali kita balik Melaka..mama belilah benda tu banyak2.."
pujuk kak Long sambil gosok2 bahu saya..emmm..
**********************
Waktu dlm perjalanan hendak balik dr Klebang tu, ternampaklah satu kedai ini..
emmm..nak cubalah..
Cendol Bakar...
ni glamour kat Kuala Selangor sana..
siap ada drive-thru lagi...
ni sudah bagus!! tak perlu nak keluar kereta dan sibuk2 cari parking..
ni menu2 nya..
korang besarkan gambar tu utk lebih jelas penglihatan yer..
kakitangan kedai sedang bertungkus-lumus menyiapkan pesanan kami, 8 bekas berlainan perisa..
friendly adik nie..spotting dia masa saya ambik gambar...
insyaallah lain kali saya akan dtg sini lagi...
cendol2nya sedap2 belaka, secukup rasa...tak manis sgt dan berlemak..
tak percaya ke? korang tanyalah Husna nie, dia dah rasa...
"sedap kan mama"...hihii..
Balik tu kami lalu ikut jln utama Melaka - Muar..selepas fly over yg besar tu, kat area Semabok akan jumpa restoran nie...klu dr Melaka, ia terletak sebelah kiri..
Restoran Bokchik & Keluarga...
kat restoran tu ada gerai RoTi JoHn @ MeLaKa..
beroperasi/buka selepas magrib...
menunya..tentulah roti John kan...hihiii...
bahan utamanya, bawang Holland hiris nipis2...
dicampur dgn telur dan lain2 bahan...
segan saya nak tanya, ini kan rahsia org berniaga..
diletakkan bahan campuran telur tadi atas roti panjang tu...
kemudian digoreng atas kuali..guna minyak sikit shj nampaknya...
sekali goreng muat 20 keping roti panjang tu..
dah masak diangkat dan diapitkan 2 keping roti panjang itu sekali, jadik 1 set..
kemudian dipotong serong2 kpd 6 bahagian kecil...
kami beli 4 set, RM18.00..
kuah lada itu pedas dan manis2 sikit..rasanya tak lah pedas sgt dan sesuai utk selera anak2..
nak kata apa lagi?...
emmm...memang sedapppp!!!
p/s: esok saya nak balik semula ke Perak, kekwn doakan perjalanan kami lancar dan selamat ye..esok pun rasanya tak de post apa2, konfem ler penat jln jauh2 nie..
Ok, jumpa lagi..
Ahad, 8 Jun 2014
Menu Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat (7 Jun 2014)
Assalamualaikum..
Di sini saya kongsikan bersama kalian gambar2 makanan pada majlis kenduri kesyukuran dan doa selamat tengahari semlm...pagi tu saya relax sikit, tak buat apa2 dah..
hanya tgk2 shj keadaan sekeliling bak senior mandur...
hanya tgk2 shj keadaan sekeliling bak senior mandur...
Masa nie ramai dah penolong emak mentua saya, adik-beradiknya serta ipar-duai saya telah sampai..mlm tu dekat2 pukul 2.00 pagi lah diaorg sampai sini...
ceritanya mereka tersekat kat Sg. Buluh lagi dgn kenderaan langsung tak boleh nak gerak2...lambat sesgt2...
ceritanya mereka tersekat kat Sg. Buluh lagi dgn kenderaan langsung tak boleh nak gerak2...lambat sesgt2...
Pagi tu saya hanya siapkan anak2 dan diri sendiri...dah comel2 gitu saya hanya menunggu kedatangan tetamu...bila ada saudara-mara yg dtg saya tunjuklah muka, bersalam-salaman dan berkenalanlah serba sedikit...
masa berjumpa nie lah baiknya kita bertanya khabar berita sesama saudara, maklumlah memasing duduk jauh2..
masa berjumpa nie lah baiknya kita bertanya khabar berita sesama saudara, maklumlah memasing duduk jauh2..
Utk tetamu yg tak berapa kenal, saya hanya memberi senyuman yg paaaaaling manis shj..
...ni utk org p'puan aje yek!
...ni utk org p'puan aje yek!
Bawah nie gambar2 yg sempat saya tangkap shj...ada lagi kuih-muih tapi diaorg letak kat bahagian lelaki, saya malu plak nak ke bahagian sana...
ni tapai pulut, berbalut dgn daun getah..
eeee...manisnya mengalahkan ibu gula!..
..ulam raja, kcg kelisa/botol dan timun...
ulam2 ni dilawan dgn sambal belacan dan sambal tempoyak...
nie tauhu sumbat dgn kuah kcg..
kawan emak mentua saya yg bagi...
papadom goreng...
ni pun kwn emak yg kasi..dia kasi 3 balang besar..
kuih apa ni yek? saya pun tak tahu namanya...
rasa lemak2 manis gitu..
inang-inang ni Makcik Piah yg kasi...
teringat saya masa kecik2 dulu selalu makan keropok ni..
dibuat dr beras pulut dan dikeringkan...nak makan kita gorenglah dlm minyak panas...
nie memang kuih kegemaran org Melaka..kuih lapis..
bila ada kenduri/majlis keramaian, kuih nie selalu dihidangkan..
ada lagi kuih lain yg diberi oleh rakan2 emak mentua saya nie, mcm2 jenis...kek, karipap, bingka tepung, kuih koci, abuk2 dan kuih kaswi..
kami bungkus2 masuk dlm plastik dan sedekahkan semula kpd tetamu yg hadir...
ia dipanggil 'berkat'...
Bawah ni gambar menu utamanya...nasi putih bersama lauk2...
kuah nangka bersama ikan kurau masin...
ayam goreng...wangi baunya...
nampaknya diaorg hanya gaulkan garam, serbuk kunyit dan daun kari...
eeemmmm...sedapnya saya meratah waktu panas2 tu...
klu mlm seblm tu ada asam pedas ikan pari..ni plak asam pedas ikan parang..
org Melaka dg asam pedas ini macam isi dan kuku, tak boleh nak dipisahkan...
ni rendang kambing..tak letak santan, hanya bubuh kerisik shj...
klu rajin boleh panaskan ia sampai kering, terus jadik serunding..
nie khemah utk org lelaki, betul2 dpn rumah..
Kenduri kat sini, tetamu boleh dtg sampai ke petang/malam, tuan rumah sedia menerima kehadiran tetamu2 mereka dgn senang hati...
Ok, jumpa lagi...
Langgan:
Catatan (Atom)
