Selasa, 19 April 2011

Cuti sehari...

Hari ini 19 April 2011, penduduk negeri teman ini dapat cuti sehari, cuti apa ye???...tak kan tak tahu kut...hehehee, nanti korang carilah sendiri sebabnya....yang penting kami warga Perak ini sangat gembira, kalau boleh dapat cuti lagi 2 atau 3 hari...tentu lagi gembira..heheheee...

Sejak pukul 9.00 pagi lagi kami telah keluar, mula-mula menuju Restoran Kelantan di Taman Cempaka. Bila perut kenyang hati pun senang, jadi kami teruskan perjalanan....mulanya tak tahu hendak ke mana tetapi biasalah MDZ cakap "ikut sajeee...".

Dalam perjalanan itu, ada sebuah kenderaan yang 'special'....pemandunya pun baik, siap 'bye bye bye' lagi dengan anak-anak teman dan dia cuba menunjukkan keistimewaan kenderaan kesayangannya itu...teman senyum memanjang aje....



p/s: korang nampak ker apa yang kami nampak nie, patung-patung kecil tu comel.....

Isnin, 18 April 2011

Sabar itu separuh dari iman...

Ya Allah, ya tuhanku...

hambamu ini mohon petunjukMu....

Berilah kesabaran itu kpdku, insan yang lemah ini....

Ampunlah segala dosa-dosaku, manusia yang hina ini....

Ya Allah, ya tuhanku....

Kumohon kepadaMu....

Jauhilah diriku ini dari segala bencana....

Selamatkanlah diriku ini...

Ya Allah....

Terimalah permintaanku ini...

Perkenankanlah doa-doaku ini.....

Aminnnn..... 

Ahad, 17 April 2011

Tidak disangka...

Hari ini banyak perkara yang tidak disangka berlaku....teman akan ceritakan satu per satu:

Perkara1: Pagi tadi masa bangun tidur rasa macam nak pitam, nampak bergoyang-goyang pintu bilik. Gagahkan juga bangun dan tunaikan solat subuh tetapi rasa macam hendak terjatuh dan perut rasa mual. Dalam hati terdetik juga mungkin ini perasaan 'seksaan mengandung', paling teruk semasa masuk 2 bulan hingga 3 bulan dahulu. Selepas 30 minit berlalu akhirnya...uwekkk...uwekkk....muntah juga akhirnya, terkeluar segala isi perut, pedih rasa ulu hati ini.....alhamdulillah, ini rezeki teman.

Perkara2: Anak teman yang sulung, kak Long pagi-pagi lagi telah dihantar ayahnya ke SRAR Solathiah...pukul 7.00 pagi perlu sampai ke situ untuk menghadiri pertandingan Bercerita di SRAR IPP (sebelah Padang Polo). Dari Solathiah, mereka akan menaiki bas Pakcik Din ke SRAR IPP. Teman tidak menaruh sebarang harapan walaupun kak Long selalu praktis depan teman dan ayahnya. Kami sampai di SRAR IPP pada pukul 9.30 pagi, terus menuju ke tempat pertandingan bercerita, baru peserta ke 12, padahal kak Long nombor 30....fuhhhh!!!...lama lagi jika ditunggu...

Kami balik semula ke rumah pada pukul 12.00 tengahari, cadangnya akan datang semula pada pukul 2.30 petang untuk upacara perasmian penutup dan penyampaian hadiah.Pukul 2.30 pergi semula...tetapi majlis macam sudah tamat. Salah seorang ustazah di situ menyatakan bahawa VIP (Datin Hjh Saripah Binti Zulkifli, isteri MB Perak) ada hal lain dan majlis dipercepatkan dan beliau menunjukkan keputusan bercerita itu kepada MDZ...terkejut MDZ, kak Long naib johan dari 32 orang peserta.Teman juga terkezut...heeeheee..."tahniah kak Long, esok mama belanja kek coklat Secret Recipy yer".

Perkara3: Tadi 6.25 petang, kawan teman datang bersama rakannya, mereka bercadang hendak menempah homestay teman. Cerita demi cerita, rupanya kawan-kawan mereka ini kawan teman juga semasa sekolah menengah dahulu, kesimpulannya dunia ini kecil sahaja, tidak disangka...setelah hampir 20 tahun berlalu, insyaallah kami  akan bertemu kembali...

p/s: teman risau nie, esok pagi anak-anak buah teman nak masuk exam....