Rabu, 19 Oktober 2011

Kak Long Demam...

Salam semua..
Lama sangat2 dah teman tak update blog ini...bercuti panjang ler katakan. Cuti bersalin 3 bulan dan tambah lak cuti sendiri 15 hari..hehehee...syok cuti lama-lama nie..

Cerita hari ini, Kak Long demam...balik sekolah tadi diam aje, rasa badannya tak lah panas sangat. Biarlah dia berehat petang ini dan jawabnya tak pergilah ke latihan Lawn Ball (Boling Padang). Latihan itu dijalankan setiap petang Rabu di padang dekat stadium.

sayu aje muka dia....

 laaa...malu plak..kesian dia yer...



Jumpa lagi.

Sabtu, 2 Julai 2011

Nasi Durian




As Salam...

Teman tunjuk sahajalah gambar-gambar makan nasi durian ini. Kami makan semalam, lepas balik kerja terus beli kelapa parut dan sediakan bahan-bahan untuk buat nasi durian ini.

Senang sahaja bahan-bahannya, paling penting mestilah ada buah durian segar, santan pekat (bubuh sikit garam di dalamnya), gula dan nasi putih. Cara memakannya, lagi senang....gaul sahaja semua bahan-bahan tadi sehingga secukup rasa, ada rasa lemak, manis dan berkrim...


PERINGATAN: sesiapa sakit jantung sila jauhi dari juadah ini...kehhh..kehhh...


















 
p/s: kami makan durian dengan nasi, setengah orang makan dengan pulut, tak kisahlah...yang penting sedappppp....









 

Rabu, 29 Jun 2011

Menunggu Hari...



As Salam semua..

Teman sekarang ini tengah berdebar-debar, rasa takut pun ada walaupun telah melalui pengalaman itu sebelum ini. Pengalaman apa pula ini?....heheheee...bersalin ler, insyaallah dalam masa terdekat ini. Walaupun ini untuk kali keempat tetapi debaran itu tetap ada, tertunggu-tunggu tanda yang pasti untuk bersalin. Semalam rasa sakit perut semacam, dalam hati sudah terdetik....."ehhh, nak bersalin ker nie"

Pagi ini pergerakan baby elok sahaja, seperti hari-hari yang berlalu tetapi perut sentiasa keras sahaja. Mungkin agaknya sarapan tadi dengan nasi, mungkin perut penuh, baby rasa tidak selesa dalam perut. Jadi tengahari ini teman makan jajan-jajan sahaja (Choc Chip Extreme Cream-O) dengan minum air orange Pulpy Minute Maid. Nanti, agak-agak pukul 3 petang teman cari pula pisang goreng Pakcik Caltex Tmn Cempaka dan air milo ais.

Apa agaknya jantina baby teman kali ini?  Ramai yang sudah bertanya, tetapi jawapan teman.."sudah scan, tapi tak nampak". Mahu buat kejutan untuk kakak dan abang-abangnya itu. Bagi teman, tidak kisah baby lelaki atau perempuan, moga-moga baby sihat walafiah hendaknya...amin. Esok, 30hb Jun 2011 ada temujanji dengan doktor Klinik Kesihatan Hillcity, sekarang pemeriksaan kesihatan ibu mengandung masuk seminggu sekali, jawabnya makin dekat masa teman hendak bersalin.

Sampai sini dulu, jumpa lagi...