Assalamualaikum...
Hari Sabtu tu kami, adik-beradik berbuka puasa bersama2...semua ini atas cadangan Si Anjangnya, almaklum lah sekarang ini dia masih lagi bercuti..seronok betul dia kan, tidur baring shj kerjanya dia duduk sorang2 kat rumah...
Oleh yg demikian, dia banyak masa utk memikirkan apakah acara yg sesuai utk kumpulkan semua anak dan cucu Pak Aji Mat dan Wan Timah nie lagi2 sempena bulan Ramadhan yg mulia ini.....
mulanya dia bercadang nak buat majlis berbuka puasa ini kat kg, tapi fikir2 balik susah plak diaorg yg duduk kat area Kedah tu..iyalah kan, Kedah kerja hari Ahad, klu buat hari Sabtu makanya diaorg ini kena jugak berangkat balik malam tu...
nak mintak cuti alang2 le pula, sebabnya raya nanti sudah pastilah kena ambik cuti lama sikit..Insyaallah raya ke-5 nanti adik saya, Kakchik akan melangsungkan majlis pernikahannya selepas bertunang tempohari...
So, setelah difikir2 dgn semasaknya oleh Anjang ini dan dgn persetujuan saya jugak, makanya keputusan pun diambil...majlis itu dibuat di Ipoh shj, bertempat di homestay saya..semua bersetuju 100% kerana Ipoh terletak di tgh2 antara KL dan Kedah, memasing perjalanan anggaran 2 jam shj..
Adik-beradik saya ini 2 keluarga tinggal di KL iaitu Uda dan Andak..2 keluarga lagi menetap di Kedah, Yang dan Anjang..yang lain2 ada di kawasan Perak shj...
Utk memudahkan pengurusan makanan, makanya saya sebagai tuan rumah menyediakan hidangan utama...terpulanglah samada nak masak sendiri or tempah..
saya fikir lebih baik saya tempah shj sebabnya rumah saya ini tak de periuk nasi besar...bayangkanlah berapa kali nak masak nasi guna periuk kecik tu utk 35 org makan..
Suami jugak cadangkan saya tempah shj, klu masak2 nie kang tak pasal2 plak dia terpaksa jadik tukang urut...iyalah kan, bini dah sakit urat seluruh badan...
Lagi satunya, saya seronok jugak tempah2 nie...makanan tersebut terjamin kesedapan dan kuantitinya..sampai masanya kita ambik shj makanan tersebut dan hidangkan, habis cerita...
nak masak2 bebagai2 itu kita buat kat kg lah yer adik2...kat sana mcm2 periuk belanga dan kuali ada..ko nak masak seekor lembu pun boleh...
nak panggang2 ikan ke ayam ke tak de masalah, berlambak2 kayu api...tak de sapa2 marah asap masuk rumah org..
klu buat gitu kat sini, alamatnya terpaksalah jiran tetangga yong tutup tingkap dan pintu kan....
Jadinya saya buat keputusan utk tempah makanan utamanya iaitu nasi tomato...
sudah lengkap dgn lauk dan sayurnya..utk anak2 yg tak tahan pedas, saya sudah ckp dgn makcik tu suruh asingkan 10 ketul ayam goreng yg tak perlu masuk dlm kuah pedas itu...
Manakala kuih-muih dan air pula terpulang kpd citarasa masing2, bawak lah sikit seorg...
Jadi petang Sabtu itu berkumpullah seluruh ahli keluarga Pak Aji Mat, kecuali seorg yg tak dpt dtg iaitu Abang, dia ada exam di Uitm Shah Alam pagi Ahad tu...semua sekali ada 35 nyawa kecuali 2 org yg ada kat hospital Ipoh tu...
Majlis dimulai dgn bacaan doa selamat dan tahlil..seterusnya berbuka puasa beramai2..
bawah ini antara gambar makanan yg sempat saya ambil utk dijadikan kenangan...
aneka kuih-muih, popia itu masih panas2 lagi..
diaorg baru goreng di rumah saya sebelum bawak ke homestay...
2 kotak kurma...
ayam masak merah dan dalca..ini pelengkap dgn nasi tomato tu...
ayam goreng dan jelatah/acar mentah..
kuih lapis dan seri muka ini ditempah dr Sri Talamaz Bandar Sri Damansara..
sebekas itu RM30.00...
rasanya sedap dan sangat teliti hasil kerja mereka ini, memang puas hati...
juga tersedia donat dan tat telur..
sebekas lagi popia..ni dah terlebih masak...
diaorg ni masak sambil sembang2 dan gelak2, tu yg rentung sikit..
air tembikai campur laici...
nampak sikitkan, tapi sebenarnya kami bancuh dlm plus nasi yg besar tu..3/4 penuh...
pujilah tukang buat air ni, memang sedap!!!...
klu buka gerai kat pasar ramadhan tu pasti laku, tapi untung sikit lah..hihiii...
ni pun ada jugak, air punch buah-buahan..sejug besar..
3 dara pingitan, Fatin, Mia dan Aisyah...
nak duduk sama2, tak boleh berenggang..
3 org mak dara...Saadiah, Afiah dan Safura..
merangkap menantu p'puan Pak Aji Mat dan Wan Timah..
Bazilah, Yang dan Wan Timah..
Husna tu tak makan nasi, asyik minum air punch tu shj..
Klong, Ila dan Uda..
Nampaknya semua kenyang dan berpuas hati..semua makanan sedap2 belaka dan banyak pilihan, rambang biji mata dan perasaan, emmm...
Lepas berbuka, kami sama2 bersembahyang Magrib dan Isyak...kemudian diikuti pulak dgn sembahyang sunat Tarawih..
kami bentang tikar dan sejadah dr depan ruang tamu sampai tepi meja makan tu..penuh dgn anak, menantu dan cucu2 Pak Aji Mat...
kata Wan Timah masa itu, tak sangka yer, ramainya cucu dia...
emmmm, rezeki dr Tuhan..anak 11 org dan cucu pula dah nak dekat 16 org..
syukur, Alhamdulillah...
Lepas selesai sembahyang itu, mereka rehat2 shj..masa ni pulak Pak Aji Mat keluarkan pula buah durian yg dibelinya masa kat kg tu..
ada lah 3 plastik besar, nak penuh dah bonet keretanya...
katanya demi cucu2 tersayang...org2 tua ni sebenarnya sayangkan lagi cucu dibandingkan dgn anak sendiri, tu yg cucu2 tu manjanya lebih...
Yang pulak keluarkan buah manggis...haaa, berlawan lah durian dgn buah manggis dlm perut korang tu...emmmm, jgn sakit perut sudah lah...
Makanan waktu bersahur pula, saya sudah beli siap2 petang Sabtu tu...pagi2 tu saya hanya panaskan sup ayam, asam pedas ikan, sambal goreng Jawa dan kuah lemak labu...tapi sayangnya kuah lemak ini sudah berlendir2, tak sesuai utk dimakan dah..
Kami makan bersahur dgn lebihan nasi tomato mlm tu, diaorg hanya panaskan dlm periuk nasi dr mula tidur, dlm pukul 12.30 mlm gitu sehinggalah ke jam 5.00 pagi...
ok, selesai...
Insyaallah, utk tahun2 yg akan dtg kami akan buat lagi majlis sebegini...semoga majlis ini dirahmati dan diberkati oleh Allah..
didoakan juga agar silatulrahim antara kami sesama adik-beradik dan ipar-duai semakin akrab dan berpanjangan hendaknya...aminnn..
Ok, jumpa lagi...
Bestnye buat pertemuan keluarga. Ana ary tu pun buat majlis berbuka ngan family. Hehe..datang je terus jd tukang perabis makanan. :D
BalasPadambestnye berbuka ramai ramai...
BalasPadamtahniah
http://coratcoretpinkummi.blogspot.com/2014/07/peserta-bertuah-untuk-segmen-24-jam.html?m=1
Alhamdulillah berkesempatan beriftar bersama keluarga dengan juadah yang enak2..salam ukhwah di Ramadan ke 14 hari ini.
BalasPadamNani emel.je nama n alamat...sy tgu
BalasPadamSusah kan bila cuti x sama hari - ikut negeri pulak. N.Sembilan pun Jumaat kerja.
BalasPadamdalam banyak2 tu onde onde lak yang menangkap mata saya hihi. sedapp. salam kenal...
BalasPadambestkan yong....berkumpul ramai2...hihi...
BalasPadamWoowwww...geram tengok food sume sedap belaka.
BalasPadamJemput semua singgah sini juga.
Life is beautiful...don't waste it.
Nasib baik baca entry ni malam. Kalau siang terliur dah..hehe
BalasPadam