Jumaat, 3 Oktober 2014

Khasiat Cekur


Assalamualaikum..

Semlm saya ada sebut tentang sepasu pokok cekur 'angkat' saya itu. Saya ini risau juga, takut-takut tumbesaran cekur itu tidak serasi dengan cuaca di Ipoh ini. Pada mula cekur itu sampai di rumah saya ini, pagi petang saya akan siram dengan air. Jika tidak sempat siram waktu pagi, waktu tengahari pula saya siram. Ada juga saya terdengar maklumat ini, pokok jangan disiram pada waktu tengahari. Kata mereka nanti akarnya 'terkejut' dan pokok boleh mati. Betul ker?

Saya selalu nampak di taman perumahan bersebelahan ini, seorg itu selalu menyiram pokok sayur-sayurannya pada waktu tengahari. Jika saya lalu kawasan tersebut dalam anggaran waktu tengahari, bilanya matahari terpacak di atas kepala nampaklah petani itu sedang menyiram tanamannya. Kadang-kala saya nampak dia menyiram tanamannya pada waktu petang. Saya pun tidak pasti waktu bila yang paling sesuai siram pokok-pokok ini.

Berbalik kepada cekur ini, saya akan pastikan ia disiram setiap hari. Tapi sejak kebelakangan ini kawasan saya ini selalu hujan. Jadi saya biarlah sahaja. Rasanya sudah dua tiga hari saya tidak membelek daun-daunnya. Tak sangka, pagi ini saya lihat daun-daunnya semakin besar dan merimbun.




gambar dari sisi, pasu kecil berwarna coklat.



ini gambar dari atas. besarkan daun-daunnya.
Bilalah agaknya saya nak tuai daun-daun itu?



Ini pula berkaitan maklumat tentang cekur ini.

Cekur termasuk di dalam famili halia (zingiberaceal). Ia merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar di bawah permukaan tanah. Biasanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan.



Cekur mempunyai banyak khasiat. Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia, rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatia pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakannya dengan jenis halia yang lain.
Rizomnya digunakan sebagai bahan ubatan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak, muntah, sakit urat saraf, dan lain-lain. Untuk tujuan tersebut biasanya bahagian rizom akan dimakan secara segar. Sesetengah orang lebih gemar meminum air perahan rizom bagi mengubati penyakit-penyakit-penyakit tersebut. Rizom cekur juga banyak digunakan dalam ramuan jamu yang terdapat di pasaran . Selain itu, kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat mencegah penyakit lelah telah menghasilkan kesan yang positif.

Rizom cekur juga digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim, bahan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan.

Sumber 



4 ulasan:

  1. wahh..subur nampak nya pokok cekur tu.. daun pun nampak subur.. banyak juga khasiat nya kan.. bagus utk kesihatan..

    BalasPadam
  2. Cantik pokok cekur akak.x pernah makan lg cekur..tp nk try jugak

    BalasPadam
  3. cantik pokok cekur tu...pandai jaga :-)

    BalasPadam
  4. Cekur? Macam pernah dengar. Sejenis ulaman ke?

    BalasPadam