Khamis, 2 Oktober 2014

Seram


Assalamualaikum..


Lama betul saya tidak menulis nie..dari akhir bulan Ramadhan sehinggalah sekarang, hampir pula hari Raya Aidil Adha, dekat 2 bulan juga membisu seribu bahasa. Dulu itu bila ada idea nak menulis saya tetiba rasa takut. Takut apa plak ni?

Saya klu nak menulis blog di waktu pejabat selalu mula dlm jam 4.45 ptg dan terus menulis sehingga jam 5.30 ptg. Semasa itu semua rakan ofis sebilik saya ini telah balik, yg ada mungkin rakan yg duduk di bilik bahagian atas. Saya sebenarnya lagi seronok menulis sorang2 begitu, idea bagaikan air mencurah2..

Tapi nak dijadikan cerita pada suatu petang itu, sedang saya menyiapkan posting INI, tetiba saya tercium bau bangkai binatang yg agak besar seperti bau kucing mati betul2 lalu di lubang hidung saya..busuk sesgt!!!

ehhh!! tidak pernah rasanya bilik saya ini ada binatang mati..kucing atau tikus pun rasanya tidak pernah masuk, ini pula mati di sini. Hendak kata bau-bauan dr luar masuk pun mungkin agak mustahil sebab pintu bilik ini sentiasa tertutup.

Otak terus ligat berfikir dan berfikir. Tetiba bulu roma tangan saya terangkat. Apa lagi, saya dgn segera terus offkan komputer, tutup suis lampu dan penyaman udara dan capai gugusan kunci bilik. Tanpa pandang belakang terus cabut keluar bilik.

Selepas peristiwa itu saya hampir2 fobia membaca semula posting-posting di blog saya, sentiasa teringat-ingat peristiwa tersebut. Agaknya mungkin ini peringatan utk diri saya sendiri supaya menggunakan masa sebaik mungkin. Selesai waktu pejabat hendaknya terus keluar dan balik ke rumah, luangkan pula masa untuk anak2 dan keluarga.

Sepanjang tidak menulis di blog saya membaca majalah dan buku jenis Motivasi. Antaranya Cendol Pulut Santan Lebih karya Datuk Abd. Jalil Ali dan yg terbaru saya telah selesai membaca buku Ulu Yam Di Liverpool ditulis oleh En. Nazali Noor merupakan seorang pensyarah kanan di John Moores University Liverpool.
(mari kita sama2 melompat ke blog Saadah Khair ini, terima kasih yer Saadah..)

Secara keseluruhannya kedua buah buku ini tidak menyecewakan saya, cukup segala rasa di dalamnya. Ada cerita gembira, sedih, pilu dan lawak. Kadang-kala saya gelak bersendirian hingga keluar air mata. Tidak rugi membelinya. Mana-mana coretan di dlm buku itu yang membawa kebaikan boleh kita ikuti utk menghadapi hari-hari mendatang. 


Sepanjang ketiadaan tulisan saya di alam maya, kehidupan kami sekeluarga berjalan seperti biasa. Seminggu selepas hari raya Aidilfitri yg lalu diadakan majlis perkahwinan Kakchik, adik perempuan saya. Meriah dan tersusun rapi majlis ini, kata Nyah inilah majlis perkahwinan yg paling sempurna sepanjang 9 kali majlis perkahwinan ini diadakan di rumah kami. Segalanya berjalan lancar dan sangat mengembirakan hati kami seisi keluarga. Alhamdulilllah, syukur kepada MU.


Selepas itu pada 16 September pula diadakan majlis perkahwinan di rumah suami kakchik, Shahir. Kami telah menyewa sebuah homestay yg selesa dan cantik. Namanya Homastay Nur Izzah di pinggir pekan Pendang. Berdekatan dgn rumah Shahir di Kg. Pondok Chegar. Mempunyai 4 buah bilik tidur dan 3 buah bilik air. Sangat selesa untuk keluarga yg besar seperti kami ini.

Setelah selesai majlis di rumah Shahir, saya sekeluarga singgah sebentar di rumah adik ipar saya, Ija. Nama tamannya saya sudah lupa, tetapi lokasinya terletak bersebelahan dgn Tol susur keluar Pendang. Rumahnya telah dibuat pengubahsuaian, ditambah bilik dan dibesarkan bahagian dapur. Terujanya saya melihat dan melawat kebun suami Ija, subur-subur sayurnya.

Mereka dengan baik hatinya telah memberi sebuah pasu-sederhana kecil pokok cekur yg rimbun dan segar kepada saya untuk dijadikan kenangan. Setakat hari ini pokok itu masih hidup menghijau di tepi pintu pagar rumah saya. Saya belum berkesempatan lagi utk menggunakan daun atau ubinya untuk dijadikan bahan perencah dalam masakan. Daunnya yang hijau segar itu juga belum saya tuai, kata Ija suaminya Din selalu makan mentah daun cekur itu, dijadikan ulam dan sgt baik khasiatnya utk kesihatan.


Jika berkesempatan nanti saya masukkan gambar cekur kesayangan saya itu yer, tunggu..


 

3 ulasan:

  1. kalau hidung tetiba terbau benda busuk tu maksudnya ada 'sesuatu' ye. Saya pernah mengalami, tapi tak fikir apa-apa pulak time tu

    BalasPadam
  2. terbayang2 pula rasa cekur tu.. sedapnya bila dimasukkan dalam masakan... nyummm.. :D

    BalasPadam
  3. Oooo..patutlah lama menghilang. 2 bulan lebih kot. Huhu. Salam AidilAdha kak nani.

    BalasPadam